Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Penyelidikan Tentang Khasiat Lintah

>> Thursday, August 27, 2009

Ketika penternak lintah berkembang bagai cendawan tumbuh selepas hujan, ramai juga yang ragu-ragu dengan bidang penternakan haiwan eksotik yang semakin popular itu.Ada yang mendakwa sukar untuk dipasarkan dan tidak mempunyai kilang untuk memproses lintah sebagai produk hiliran.Semua ini tidak mematikan semangat sekumpulan penternak lintah untuk mewujudkan Persatuan Usahawan Industri Lintah Malaysia (Pelintah) bagi memajukan industri lintah negara.Pelintah yang ditubuhkan pada November tahun lalu telah mengadakan mesyuarat agungnya yang pertama pada Mac tahun ini.

Yang Dipertuanya, Mahadzir Md Zin berkata, buat masa ini Pelintah mempunyai lebih 350 orang ahli yang terdiri daripada penternak, pemborong, pengusaha dan peruncit.
"Buat masa ini, Pelintah menyasarkan mempunyai ahli sehingga 10,000 penternak."Pelintah juga merupakan persatuan yang diiktiraf di bawah Jabatan Perikanan Malaysia," katanya.
Beliau menerangkan terdapat lebih 600 spesies lintah di seluruh dunia tetapi antara tiga yang terbaik terdapat di negara ini.Terdapat dua spesies lintah tempatan yang mendapat pasaran dunia iaitu lintah hijau dan lintah perang. Bagi menghasilkan pelbagai produk berasaskan lintah, Pelintah sedang cuba mendapatkan dana bagi tujuan penyelidikan.Ini bagi memastikan produk yang dihasilkan menepati dan diiktiraf oleh semua masyarakat tempatan dan secara global.

http://www.shamiyu.com.my/images/seekor_lintah%5B1%5D.jpg

Sehingga kini lintah banyak digunakan dalam perkhidmatan terapi, produk kecantikan, bahan anti-penuaan dan rawatan alternatif seperti bekam.Mahadzir berkata, bekam dan terapi lintah telah lama digunakan di luar negara dan buat masa ini Pelintah telah mula membuat penghantaran lintah ke luar negara bagi tujuan terapi.Buat masa ini, Pelintah dalam perancangan menjalankan kajian dengan institut pengajian tinggi (IPT) tempatan bagi terapi perubatan serta klinikal.Misalnya kajian mengenai lintah untuk menyembuhkan luka selepas pembedahan kecil, kosmetik serta dalam bidang pertanian.

"Kajian menunjukkan lintah mempunyai banyak hormon berguna serta 16 jenis enzim yang berguna," katanya.Bagi penternak persendirian yang berminat mendapatkan maklumat mengenai Pelintah, boleh melayari laman web www.pelintah.ws atau e-mel kepada admin@pelintah.ws


Have you found this post useful? If so please share it:
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Read more...

Makanan Yang Mudah Gemuk

>> Monday, August 17, 2009

Aiskrim
Menikmati aiskrim berperisa vanilla, strawberi atau coklat pada musim panas memang enak. Bagaimanapun anda harus berhati-hati kerana kalori yang terkandung di dalam makanan dingin ini boleh menyebabkan tubuh anda cepat gemuk. Bagi menggantikan aiskrim, anda disyorkan supaya memilih yogurt atau aiskrim rendah lemak.

Hot Dog
Anda tentunya tidak dapat menahan rasa saat melihat hot dog dibaluti dengan roti hangat dengan siraman mayonis dan sos cili di atasnya. Begitu pun, jangan berlebih-lebihan menyantapnya cukup hanya sekadar satu. Ini kerana, hot dog tidak hanya mengandungi lemak tetapi juga mempunyai bahan pengawet dan perasa tambahan.
Coklat
Coklat bukan sahaja enak tetapi juga mempunyai fungsi untuk menenangkan minda. Dark Chocolate misalnya memiliki banyak manfaat untuk kesihatan, itu pun sekiranya diambil dalam kuantiti yang sedikit. Sebaiknya, hadkan pengambilan coklat kerana makanan ini mengadungi lemak dan gula yang tinggi.

Makanan Yang Digoreng
Berhati-hatilah dengan makanan yang digoreng. Ini kerana makan seumpama ini banyak mengandungi lemak yang mudah membuatkan tubuh gemuk. Bagi mengurangkan lemak, sebaiknya anda mengubah kaedah memasak dengan cara makanan merebus, memanggang atau membakar.
Makanan Bersantan
Makanan jenis ini adalah penyumbang terpantas masalah kegemukan. Untuk mengurangkan penggunaan santan dalam masakan seperti nasi lemak atau gulai, gunakan susu rendah lemak sebagai pengganti.


Have you found this post useful? If so please share it:
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Read more...

Jagalah Kesihatan Anda

>> Wednesday, May 27, 2009

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca blog Info To You.Lama sungguh saya tidak mengemaskini blog ini,rindu rasanya...hihihi... Entri saya yang terakhir bertarikh May 05, 2009 hari selasa. Itupun menulis dalam keadaan sedih sangat oleh kerana mak saya masuk ICU kerana ada masalah kuman di darahnya, itu yang Doktor cakap. Tapi sebenarnya mak saya mempunyai penyakit lain iaitu kencing manis, sakit kaki dan banyak lagi.

Hari ini rasa macam rajin je nak menulis. Jadi saya nak beri sedikit nasihat kepada anda pembaca blog saya ini mengenai kesihatan. Walaupun saya mengakui saya bukanlah seorang yang menjaga kesihatan sangat. Tapi tak salahkan jika saya ingin berkongsi pengalaman sebagai panduan kita semua.

Mungkin kita semua agak sibuk dan terlepas pandang atau tidak ambil peduli tentang kesihatan kita sebab kita masih kuat dan sihat buat masa sekarang. Tetapi anda tahu tak yang tubuh manusia adalah seperti sebuah jentera yang sangat kompleks. Memerlukan penjagaan, penyelenggaraan dan juga pembaikan sekiranya ia rosak. Kita biasanya hanya akan memberi perhatian kepada penjagaan luaran sahaja kerana itu yang kita selalu nampak. Kalau Kotor kita boleh bersihkan,kalau luka kita boleh ubatkan,kalau buruk kita boleh elokkan. Namun ramai yang lebih suka mengubati daripada pencegahan. Mungkin kerana kita masih amalkan budaya Takpa.

Kebiasaannya amalan pemakanan yang tidak sihatlah yang banyak membantu kita semua menghadapi pelbagai penyakit seperti kencing manis(gula), darah tinggi(garam), sakit jantung(lemak) dan sebagainya. Tidak kurang juga penyakit yang berpunca dari amalan merokok. Inginkah anda sihat sampai ketua? Pengambilan makanan yang tidak sihat akan dipengaruhi oleh perubahan-perubahan anda di usia tua seperti :

  • Kekurangan deria rasa dan bau.

  • Kehilangan gigi.

  • Kurang kepadatan tulang dan kurang ketahanan bagi melakukan aktiviti fizikal.

  • Kurang kekuatan jantung dan paru-pau.

  • Kurang keupayaan menghadam dan menyerap makanan.

  • Kurang kandungan air badan.

Ketahui Makanan Yang Baik Untuk Kesihatan Anda

Anda perlu mengambil pelbagai jenis makanan, kerana tiada satu makanan yang boleh membekalkan kesemua zat atau nutrien yang diperlukan oleh badan.Makanlah makanan berikut setiap hari …

  • Bijirin dan hasil bijirin (pilihan yang Merupakan sumber tenaga yang utama.baik adalah bijirinan hasil bijirin mil Selain itu membekalkan karbohidrat, penuh) dan ubi-ubian. protein, vitamin B, mineral dan serat.

  • Sayur-sayuran dan buah-buahan. Membekalkan vitamin A, vitamin C, asid folik, mineral dan serat.

  • Daging (pilihan yang baik) adalah Membekalkan protein, vitamin B, mineral. daging tanpa lemak), ayam, ikan, kekacang.

  • Susu dan hasil tenusu (pilihan yang Membekalkan protein, kalsium, vitamin D, baik adalah susu dan hasil tenusu vitamin B2, magnesium. rendah lemak).

  • Karbohidrat

  • Magnesium

  • Protein

  • Asidfolik

  • Vitamin

  • Kalsium

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email
Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.
Have you found this post useful? If so please share it:

Read more...

Berhati-hati Dengan Wabak Selsema Babi

>> Wednesday, April 29, 2009

Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan mengaktifkan Bilik Gerakan untuk membuat pemantauan situasi wabak swine flu atau selesema babi, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

Beliau berkata kementerian akan bekerjasama dengan pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi memastikan tindakan proaktif diambil untuk melindungi kesihatan penduduk awam di negara ini.

Selain itu, Dr Mohd Ismail berkata semua pengamal perubatan termasuk di sektor swasta yang merawat kes mempunyai tanda atau gejala "influenza-like illness" atau "severe pneumonia" dan pernah melawat Mexico, California atau Texas selepas 17 April lalu, diminta untuk memaklumkan kepada pejabat kesihatan daerah terdekat dengan serta merta untuk tindakan pencegahan dan kawalan.

"Kementerian juga membuat saringan tanda jangkitan swine flu di semua pintu masuk negara untuk pelawat atau warga Malaysia yang ada melawat ke negara Mexico, California atau Texas selepas 17 April lalu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kenyataan akhbar juga akan dikeluarkan dari semasa ke semasa situasi wabak selesema itu untuk maklumat orang awam dan langkah kawalan serta pencegahan yang diambil kerajaan.

Beliau berkata sehingga kini pihak WHO memaklumkan bahawa tiada sebarang tindakan sekatan dari segi kesihatan, perjalanan dan perdagangan yang perlu dilakukan oleh setiap negara bagi perlindungan kesihatan antarabangsa susulan daripada kejadian ini.

Dr Mohd Ismail turut menasihatkan masyarakat supaya mematuhi nasihat-nasihat yang diberikan oleh kerajaan dan maklumat lanjut berkaitan dengan wabak swine-flu ini boleh didapati menerusi talian 03-88810200 atau 03-88810300 atau layari laman web www.moh.gov.my.

Terdahulu, bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Forum "Etika dan Profesionalisme: Peranan Pendidikan Ortodontik Pasca Siswazah Sepenuh Masa" di sini, beliau berkata orang ramai diminta tidak risau serta panik dengan situasi yang berlaku di negara Amerika Latin itu.

"Jangan risau dan panik dengan situasi ini, kerajaan bersedia menghadapi situasi sebegini sebagaimana berlakunya kejadian Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) dan kita akan mengambil beberapa tindakan segera," katanya.

Sementara itu, di GUANGZHOU, Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata rakyat Malaysia tidak dihalang daripada melawat Mexico tetapi dinasihatkan supaya berhati-hati.

"Saya memang nasihatkan macam tu, kecuali mereka terpaksa ke Mexico kerana kerja, untuk tunggu sekejap sehingga keadaan itu stabil," katanya kepada pemberita selepas sesi pasaran pelancongan hari ini.

Setakat ini, wabak baru selesema babi di Mexico telah meragut 159 nyawa dan WHO mengesahkan bahawa kematian disebabkan oleh virus H1N1 yang tidak pernah dikesan sebelum ini yang menggabungkan genetik babi, burung dan manusia.

Laporan terbaru agensi berita asing menyebut bahawa selesema babi itu telah menular ke Amerika Syarikat dan WHO bimbang ia mungkin merebak ke seluruh dunia.


If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email
Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.
Have you found this post useful? If so please share it:

Read more...

Sistem Penapis Air Waterlife Dari CNI

>> Friday, March 20, 2009



Saya nak berkongsi sedikit info tentang penapis air dari CNI ni. Semalam berjaya juga saya membeli Waterlife, setelah sekian lama mengidamkannya. Saya beli dengan harga ahli sebab saya adalah ahli CNI. Sebelum membeli saya telah membuat 'servey' berkenaan penapis air, dan keputusan saya penapis air Waterlife adalah yang termurah. Cuba anda bayangkan Waterlife mempunyai 7 penapis dengan harga bawah RM2000 dan produk lain yang saya lihat, walaupun ada 5 - 7 penapis tetapi harganya melebihi RM2000, bahkan ada yang melebihi RM3000. Kalau tidak silap saya kos untuk membuat penapis air tidak sampai RM1200 dan selebihnya adalah keuntungan.

Saya jugalah yang memasang sendiri Waterlife tersebut. Cara pemasangan nya sangat mudah tak payah tengok manual book pun boleh pasang. Waterlife itu saya tempatkan disebelah rak pinggan mangkuk. Ok dibawah saya sediakan Info berkenaan Waterlife yang diambil dari blog kawan-kawan CNI saya.



Berkenaan Dengan 7 Penapis Waterlife


Penapis Seramik

Saiz liang cuma 0.9 mikron, dihasilkan pada suhu melebihi 1000°C, berongga dibahagian tengah dan dipenuhi liang yang boleh ditembusi. Berupaya menapis lumpur, pasir dan batu halus, karat besi dan jirim-jirim lain dalam air. Ujian membuktikan liang berukuran 0.45 hingga 1.0 mikron dapat menghapuskan 99.9% bakteria dan menepati piawian keunload keselamatan.

Penapis Pelembut Resin

Penukaran ion melembutkan air dan mengimbangkan ion dalam air. menghapuskan logam berat atau bahan karsinogen agar air menjadi lebih lembut dan lebih manis.

Penapis Butiran Karbon Aktif

Diperbuat daripada butiran arang tempurung kelapa yang berupaya mengurai bahan-bahan kimia dalam air, menghapuskan bau klorin yang tidak menyenangkan, racun rumpai dan sebagainya serta menyingkirkan pewarna, memulihkan kesegaran dan rasa manis air.

Penapis Bio-Seramik

Berupaya menjana dan memancarkan gelombang magnetik infra merah jauh. Resonans yang tercetus antara gelombang magnetik dan molekul air meningkatkan muatan oksigen dan tenaga dalam air, mengaktifkan molekul air dan memecahkan kelompok molekul air yang besar menjadi kecil, menghasilkan air lembut dan hidup supaya ia lebih mudah diserap oleh sel-sel dan menjadi lebih bertenaga. Sel-sel yang bertenaga dapat membantu merangsangkan metabolisme dan peredaran darah, meningkatkan daya penyerapan dan daya imun serta mengawalatur sistem endoktrin yang seimbang. Semua ini adalah syarat untuk membina tubuh yang sihat, cergas dan bertenaga.

Penapis Tourmaline

Diperbuat daripada Tourmaline yang berupaya memancarkan ion negatif dan physioletrik yang semulajadi. Pengambilan air ini secarakerap dapat membantu mengimbangi ion negatif dan positif dalam tubuh, membolehkan tubuh mencapai "Keseimbangan Ying dan Yang", meningkatkan sistem peredaran, meredakan tekanan, meningkatkan kecergasan dan menguatkan sistem imun.

Penapis Blok Karbon Aktif

Penapis ini dibentuk dengan memampatkan karbon aktif yang dikisar halus bersama bahan pengikat dan kemudiannya iakur hingga terbentuknya blok pejal dengan penyerapan dan keberkesanan kinetik yang terunggul. Penapis ini menulenkan air buat kali kedua, meyerap dan menghapuskan bahan-bahan kimia, gas bertoksik, sisa-sisa radiasi dan bahan cemar lain secara menyeluruh

Penapis Seramik Anti-Bakteria Nano

Penapis seramik ini dihasilkan melalui teknologi nano terkini bagi mengingkatkan Air WaterLife yang bertenaga tinggi dan selamat dari segi mikribiologi. Partikel seramik nano mempunyai keluasan permukaan realtif yang sangat besar dapat meningkatkan kadar pengaliran air yangberoksigen, seterusnya meningkatkan fungsi penghapusan bakteria dan kulat.

Keselamatan Air Disahkan Oleh Pakar Kualiti Air

Sistem WaterLife CNI telah diuji dan terbukti menepati standard kesihatan air minuman, air bertenaga yang berupaya menulenkan tubuh badan sekali gus meningkatkan kualiti kesihatan oleh pelbagai makmal di dalam dan luar negara.

Parameter Ujian Saintifik:

Nilai pH, bau, warna, rasa, kekeruhan, pepejal terlarut, sisa klorin, ammonia, flourida, klorida, nitrit, nitrat, sebatian fenolik, raksa, sianida, boron, kealkalian, fosfat, sulfat, aluminium, tembaga, kromium, besi, magnesium, plumbum, zink, kalsium, kalium, nitrat, mangan, barium, kadmium, molibdenum, nikel, arsenik, selenium, perak, 'total hardness', pembilang koliform, pembilang E.Colo, gugusan molekul air.


WaterLife disahkan diperbuat daripada bahan suci & Halal oleh JAKIM.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Share/Save/Bookmark

Read more...

Air Boleh Turunkan Berat Badan

>> Tuesday, January 20, 2009

Berapa banyak anda miminum air sehari? 1/2 liter, 2 liter, @ 4 liter. Sebaiknya adalah meminum air sebanyak 2 liter sehari. Tapi saya minum lebih 2 liter,Air dalam badan berfungsi menjaga kesegaran, membantu bahagian pencernaan serta mengeluarkan toksik. Selain dari itu, air dapat juga dapat membantu mengurangkan berat badan. Dengan minum air 2 liter dalam sehari, ia dapat membantu dalam pengurangan berat badan.

Air membantu proses metabolisme dalam tubuh badan dengan mengubah makanan menjadi tenaga. Air berperanan sebagai bahan bakar bagi mendorong reaksi kimia metabolisme. Kalori tidak dibakar dengan baik sekiranya kurang meminum air dalam sehari.

Orang dewasa perlu meminum 2.5 liter air sehari termasuk jus buah buahan, teh, kopi. Jumlah ini disarankan untuk menjaga keperluan cairan sehari hari.
Sekiranya anda sedang menjalani program diet, pengambilan air perlu ditambah lagi sebanyak 750ml air dalam sehari.

Jadi mulakan hari anda dengan meminum air.

Read more...

Kelebihan Epal

>> Wednesday, December 31, 2008



Belum punya resolusi 2009? Apa kata anda tanamkan cita-cita untuk menjaga corak pemakanan anda? Mulakan dengan panambahan dalam pengambilan buah-buahan seperti epal, yang bukan sekadar sedap dan rangup, malah baik untuk tubuh badan! Menurut saintis, epal mempunyai bilangan bahan kimia, yang terdapt pada isi dan kulitnya, yang lebih berkesan dari pengambilan Vitamin C. Bahan kimia tersebut dikenali sebagai flavanoid dan polyphenol yang menjalankan fungsi sebagai anti-oksida, menghapuskan molekul yang bertanggungjawab merosakkan sel yang menyebabkan penyakit.

Kandungan Sebiji Epal

  • Asid Malik dan tartaric
  • Pektin
  • Flavonoid

Read more...
Resources Blogs
Top  blogs

  © Blogger template Socolatajuz by Rahman Bashri 2011

Back to TOP