Purdah Diharamkan Di Perancis

>> Thursday, January 7, 2010

Pada Januari 2010, ahli parlimen meluluskan undang-undang bagi mengharamkan tudung menutup muka yang dipakai oleh segelintir wanita Islam. Ironinya, ramai agama beragama kristian tinggal di Magribi. Tetapi tidak ada orang memaksa mereka memakai tudung.

Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy semalam mengisytiharkan purdah yang dipakai oleh wanita Islam sebagai pakaian yang tidak diingini di negara ini.

Beliau mengecap pakaian yang menyelubungi seluruh badan wanita Islam itu, sebagai simbol tunduk, yang menghalang identiti wanita serta menjadikan mereka sebagai 'tahanan di sebalik tabir'.

Namun, di sebalik kata-kata tegas itu semalam, terdapat juga pengakuan bahawa prinsip asimilasi etnik negara ini yang menuntut pendatang menyingkirkan tradisi mereka dan menyesuaikan diri dengan budaya Perancis - menemui kegagalan kerana tidak memberi peluang saksama kepada pendatang dan anak-anak mereka yang lahir di negara ini.

Dalam ucapan kepada ahli Parlimen di Versailles, Sarkozy menyifatkan pakaian purdah yang lebih dikenali sebagai burka di kalangan etnik Arab sebagai bercanggah dengan nilai-nilai hidup masyarakat Perancis.

Kenyataan Sarkozy menentang burka itu adalah yang paling keras pernah disuarakan oleh seorang pemimpin Eropah ketika beberapa pemimpin Barat sedang berusaha untuk meredakan ketegangan dengan dunia Islam.

Perancis mempunyai penduduk Islam paling ramai di Eropah dengan jumlah dianggarkan 5 juta orang.

Sebilangan kecil wanita Islam Perancis memakai burka seperti wanita Islam di Afghanistan dan niqab yang menyelubungi seluruh badan kecuali mata.

Pengkritik khuatir isu pakaian yang menutup seluruh tubuh itu yang setakat ini hanya membabitkan minoriti kecil penduduk Islam Perancis boleh meningkatkan diskriminasi terhadap seluruh umat Islam di negara ini.

Pengarah masjid terbesar di Paris, Dalil Boubakeur berkata, kenyataan Sarkozy yang menolak burka itu mencerminkan budaya Perancis tetapi beliau menghadapi risiko memarakkan ketegangan dengan penduduk Islam.

Have you found this post useful? If so please share it:
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Read more...

Ciri-Ciri Si Tanggang Moden

>> Sunday, January 3, 2010

JANGAN BIARKAN HATI IBUMU MENANGIS...
anak yang terlalu mementingkan diri, mengejar keduniaan hingga lupa masa kecilnya boleh membuat hati ibu bapa terguris, jiwa mereka terdera dan impian hari tua yang indah menjadi hancur dan berkecai..
http://people.bethelks.edu/jthiesen/Images/kroeker1947.jpg
Ciri-ciri Si Tanggang  Moden :
  1. Enggan menjaga ibu bapa yang menghadapi masalah fizikal dan mental.
  2. Membalas dendam kerana sikap dan sejarah lampau ibu bapa.
  3. Enggan menjaga ibu bapa dengan alasan mempunyai tanggungan yang ramai.
  4. Mengambil barang kemas, wang dan harta benda ibu bapa.
  5. Memaksa ibu bapa menukarkan nama harta kepada namanya
  6. Merajuk kerana tidak sependapat dengan ibu bapa sehingga mengabaikan mereka.
  7. Bertindak kasar seperti menengking, menampar, ugut dengan  senjata, memukul dan membunuh.
  8. Menyuruh ibu bapa menjaga anak-anak meskipun mampu menghantar meraka ke pusat penjagaan kanak-kanak.
  9. Tidak memberikan wang, makanan dan perlindungan kepada ibu bapa.
  10. Meninggalkan ibu bapa sendirian dan tidak menjaga kebajikan mereka.
  11. Tidak menjenguk ibu bapa.
  12. Menghantar ibu bapa ke rumah orang tua.
  13. Tidak mengaku ada ibu dan bapa.
  14. Tidak menjaga hati dan perasaan ibu bapa.

Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Read more...
Resources Blogs
Top  blogs

  © Blogger template Socolatajuz by Rahman Bashri 2011

Back to TOP