Pulau Buatan Manusia

>> Wednesday, February 3, 2010

Pulau Mutiara (The Pearl Island) - Qatar
The Pearl Island yang terletak di Doha, Qatar adalah pulau buatan manusia yang terbentang dengan keluasan empat juta meter perseg. Pulau yang terletak kira-kira 350 meter dari luar pesisiran West Bay Lagoon mempunyai lebih 32 kilometer pinggir laut yang digunakan pembinaan kawasan kediaman. Dianggarkan terdapat sebanyak 15,000 kediaman pada 2010 yang dibangunkan oleh United Development Company iaitu syarikat sepenuhnya milik Qatar.

http://www.outnext.com/photos/uncategorized/2007/10/05/thepearlquatar05100705.jpg

Pulau Eden (The Eden Island) - Amerika Syarikat
Ia bermula dengan sebuah idea untuk menbina sebuah pulau di Seychelles. Pulau Eden Akhirnya terbina dengan tebus guna tanah seluas 40 hektar dan 16 hektar lagi jalan air yang bersambungan dengan laut. Pulau Eden bersmabungan dengan pulau utama Mahe melalui sebuah jambatan menghala ke lapangan terbang di ibu negeri Victoria.

http://2.bp.blogspot.com/_IveFNaXc6Mo/R-OTZFkIwhI/AAAAAAAAAUE/XbG02Nj_H5w/s400/Eden%2BIsland.jpeg

Pulau Palma (The Palm Islands) - Dubai
Palm Islands atau Pulau Palma terletak di Dubai, United Emirates (UAE) dan dibina  oleh Nakheel Properties dengan tenaga dari Belgium dan Belanda. Ia Sebuah pulau yang menempatkan pusat komersil, kediaman serta mempunyai pelbagai infrastruktur kehebatan teknologi dan pembinaannya telah dijadikan sebuah dokumentari untuk dipertontonkan ke seluruh dunia. Pulau Palma juga adalah diantar pulau buatan manusia tercantik di dunia dan tidak hairanlah David Beckam membeli sebuah kediaman mewah di sana.

http://www.realestatewebmasters.com/blogs/uploads/palm%20jebel%20ali.jpg
Kepulauan Venetian (The Venetian Islands) - Amerika Syarikat
Pulau-pulau Venetian adalah satu rangkaian pulau buatan di pantai Biscayne di Miami, Florida. Selain  Pulau Biscayne, pulau-pulau yang terdapat si situ ialah Pulau San Marco, Pulau San Marino, Pulau Di Lido, Pulau Rivi Alto dan Pulau Bellse Isle (Miami Beach). Pulau-pulau ini bersambungan oleh jambatan dari bawah tanah besar Florida ke Pantai Miami. Pada hari ini Venetian Causeway sangat popular sebagai tempat berjogging, berbasikal, berjalan kaki dan bersiar-siar.

http://commondatastorage.googleapis.com/static.panoramio.com/photos/original/6322998.jpg
Pulau Archipelago (The World Islands) - Dubai

The World adalah gugusan pulau-pulau buatan yang mengandungi kira-kira 300 pulau yang dibina dalam bentuk berlekuk seperti peta bagu daratan bumi. Ia dibina kira-kira empat kilometer dari Dubai, UAE. Gugusan pulau-pulau dibina darpada 14,000-42,000 meter persegi dengan jarak di antara pulau dianggarkan 100 meter. Anggaran kasar kos pembangunannya pada 2005 ialah sebanyak 14 bilion.

http://masoodmemon.files.wordpress.com/2008/10/the-world-islands-dubai.jpg
Pulau Thilafushi (The Thilafushi Islands) - Maldives
Thilafushi adalah pulau buatan dibina sebagai sebuah pusat perbandaran yang terletak di antara Kaafa Atoll Giraavaru dan Ghulhifalfu di Maldives. Thilafushi asalnya sebuah lagun dipanggil Thilafushi dengan keluasan 77 km dan kelebaran 200 meter di kawasan cetek . Setelah tebus guna tanah dilakukan, pada hari ini Thilafushi adalah sebuah daratan dengan lebih 4.6 juta kaki persegi dengan 1.2 juta kaki persegi daripada tanah tersebut telah digunakan untuk pembangunan infrastruktur.

http://www.bluepeacemaldives.org/blog/wp-content/uploads/2008/02/thilafushi1.jpg
Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Read more...
Resources Blogs
Top  blogs

  © Blogger template Socolatajuz by Rahman Bashri 2011

Back to TOP