Showing posts with label Lawak Jenaka. Show all posts
Showing posts with label Lawak Jenaka. Show all posts

Kucing Cemburu

>> Monday, December 19, 2011


Punyalah besar muka bumi Allah ni kat tengah-tengah tu jugak die nk lalu...cemburu la tu, cinta tak dibalas...hahaha..

Read more...

Fesyen Rambut Pelik Di Utara Mexico

>> Sunday, December 18, 2011


Agak pelik bukan? Tapi inilah gaya Estilo Colombiano, gaya rambut yang diterima pakai oleh puak Cholombians of Monterrey di utara Mexico. Mereka agak terkenal dengan gaya mereka berpakaian dan kebanggaan mereka untuk mengekalkan warisan budaya mereka. Mereka meminati muzik Cumbia, muzik yang dibawa dari Colombia dan diminati oleh puak Monterrey sejak tahun 1960-an..










P/S : Anda rasa-rasa la kalau kat Malaysia ni orang kata stylo ke orang gelak?

Read more...

Koleksi Lawak Jenaka Dari Rahman Bashri

>> Sunday, May 15, 2011


Kisah 3 beradik perempuan yang kahwin serentak
Alkisah, ada 3 orang adik beradik, yang mana ketiga-tiga perempuan.

Anak yang sulung, namanya Rozana, yang kedua namanya Rozita, dan yang ketiga nama Roslina. Oleh kerana mereka ini anak kesayangan kedua orang-tuanya, maka mereka dikahwinkan bertiga secara serentak dengan pasangan pilihan masing-masing.

Selepas berkahwin, pergilah mereka berbulan madu atau dalam bahasa Inggerisnya Honeymoon ditempat yang berasingan mengikut selera mereka dan pasangan masing-masing. Rozana memilih untuk berbulan-madu ke Pulau Tioman di Pahang, Rozita pula bercadang nak ke Pulau Pangkor, Perak dan Roslina ke Langkawi, Kedah.

Sebelum mereka pergi berbulan madu, kedua-orang tua mereka berpesan dan meminta agar mereka menghantarkan berita tentang segala apa yang terjadi sepanjang tempoh berbulan-madu itu. Oleh kerana kedua orang-tua mereka menggunakan telefon bimbit, maka ketiga-tiga anak mereka diminta mengirimkan pesanan ringkas (SMS) mengikut KOD yang mereka faham berdasarkan iklan di TV, Majalah, Akhbar dan lain-lain media.

Tiga hari selepas mereka pergi berbulan madu, sampailah mesej pertama dari anak sulung mereka Rozana, berbunyi ringkas "STANDARD CHARTERED". Setelah kedua orang-tua mereka mendapat pesanan tersebut, cepat-cepat mereka mencari iklan standard chartered di dalam akhbar. Iklan itu berbunyi " BESAR, TEGUH, PERAMAH", maka tersenyumlah ayah dan bonda Rozana? Fahamlah mereka yang anak meraka sedang berbahagia.

Pada hari keempat, tiba lagi satu SMS dari Rozita di Pulau pangkor. SMSnya pendek saja, "NESCAFE". Dicarinya iklan Nescafe di dalam majalah dan dibacanya iklan tersebut,..berbunyi,? "NIKMATNYA SAMPAI KETITISAN TERAKHIR". Tersenyum bangga kedua orang tua Rozita, sambil ketawa tak kering gusi, happy.

Masuk hari kelima, tiada apa diterima. Begitu juga hari keenam dan ketujuh. Tiada berita dari anak bongsunya. Ayah dan emak Roslina mengeluh dan terdetik dalam hati mereka? "anak aku ni, dah dapat suami langsung lupakan aku?sampai hati mereka,..hingga tak menghantar khabar berita kepada aku pun?"

Seteleh masuk minggu kedua, akhirnya tiba-tiba handphone ayah Roslina berbunyi "Beep, beep" tanda mesej sampai. Lalu dibaca mesej ringkas itu berbunyi?. "CATHAY PACIFIC" Dengan segera kedua orang-tua Roslina mencari iklan dari majalah. Didapati iklan tersebut berbuny,? "7 KALI SEMINGGU, 3 JAM SEHARI, NON-STOP!!!!!!" ??????????????..

Anak Tumpang
Sepasang suami isteri dah lama mencuba utk mendapatkan anak. Lalu satu hari mereka bersetuju utk menggunakan kaedah "anak tumpang" atau kata lain.. isterinya itu menggunakan benih lelaki lain utk mengandung.. Setelah bersetuju dan memilih bakal lelaki yang akan "menyedekahkan" (heheh) spermnya.. maka satu hari.. si suami berkata.. "Ok sayang.. abang pergi dulu... sebentar lagi lelaki tersebut akan datang..." (lelaki yang nak gunakan sperm dier la..). Kebetulan sebelum lelaki tersebut muncul..

tiba2 seorang photographer bayi datang meng'offer'kan servis nya "Selamat pagi puan.. saya datang utk.." Belum sempat habis bercakap.. isteri memotong kata2nya dan berkata "oh ya.. saya memang menunggu awak." "Errr ya ka?" kehairanan photographer tu.. "Kalau macam tu.. bagus la.. Saya dah buat banyak bayi yang istimewa.. (maksudnya gambar yang baik la.. ). "Itu la yang suami dan saya harapkan.."kata si isteri.. "Silakan masuk.. dan duduk la.." "Hmmm macamana kita nak start???" tanya si isteri setelah beberapa ketika...

"Serahkan pada saya puan... saya selalunya buat di bathtub... sekali kat atas sofa.. dan beberapa kali di katil.. kekadang kat atas lantai di ruang tamu saja. . itu pun seronok juga.. Anda akan benar2 enjoy..."kata lelaki tadi menerangkan tempat2 yang sesuai utk diambil gambar."Bathtub??? Atas lantai...??? Patutlah ianya tak pernah berkesan pada saya dan suami. Kami selalu lakukan di bilik tidur saja.. "jelas isteri. "Puan, tak ada orang yang bleh gerenti ianya baik setiap kali.. tapi kalau kita pelbagaikan posisi dan saya shoot dari beberapa angle.. saya jamin, anda akan suka dengan resultnya..." Si isteri tercengang."Puan.. dlm keja saya nie seseorang mesti mengambil masa skit. Saya suka berada di luar dan di dalam buat beberapa ketika.. tapi tentu puan tak suka.."."Macam saya tak tau???" kata si isteri.

Photographer tadi mengeluarkan gambar2 bayi yang sungguh comel dari briefcasenya. "Yang ini saya buat maser di atas bus kat London.. "Hah!...atas bas????" terkejut si isteri. "Yang kembar ini plak memang tak disangka2.. bila anda tau bahawa memang susah nak bekerjasama ngan emaknya.. " kata photograper tadi.. "Emaknyer susah nak bekerjasama??" tanya si isteri.. "Ya... memang susah.. sehingga saya terpaksa bawa dia ke Hyde Park utk buat keja dengan baik.. orang ramai mengerumuni kami ketika itu.. utk melihat dengan jelas apa yang kami lakukan..." "Di depan public???" "Ya.. dah tu.. lebih kurang 3 jam baru selesai. Emaknya menjerit terpekik sehingga saya tak boleh nak concentrate. Bila tupai2 dah datang menghampiri alat saya.. saya terpaksa berhenti melakukannya.. " cerita si Photograper.

"Awak maksudkan tupai2 tu really usik awak punya.... alat???" tanya si isteri. "Ya puan... tak per la.. Puan dah bersedia ker.. Saya akan siapkan tripod. Lepas tu kita akan mulakan.." "Tripod???? Nak buat aper..??? "tanya si isteri.. "OH..itu utk laraskan alat saya nanti. Ianya terlalu besar utk saya pegang lama-lama.." "Er.. puan???Puan??? La..dier pengsan!!!

p/s : agak2 faham tak citer tu..kekeke hahaha.. sorry jangan tersinggung ya.. jenaka saja...

Analisa Air Mani
Pada satu hari, seorang lelaki tua berumur 75 tahun telah berjumpa dengan seorang doktor untuk membuat analisis kesuburan dan jumlah kandungan sperma yang ada dalam air maninya. Kemudian doktor itu pun memberikan sebuah botol lalau berkata,

"Pakcik ambil botol nie, esok datang balik jumpa saya bersama dengan contoh air mani pakcik kat dalam botol nie ye."

Pada keesokan harinya, lelaki tua datang kembali bersama botol yang diberikan oleh doktor itu semalam. Tapi doktor tu tengok takde apa pun yang terisi kat dalam botol tu, kosong jer. Doktor tu bertanya ler kat orang tua tu, "Apsal pakcik tak isi contoh air mani pakcik dalam botol nie??".

Lelaki tua tu pun menjawab, "Tuan doktor, ceritanya begini, pada mulanya tu, saya guna tangan kanan saya, tapi tak dapat jugak. Kemudian saya gunakan plak tangan kiri, pun tak dapat jugak. Kemudian saya suruh isteri saya tolong. Isteri saya guna tangan kanan pun tak dapat, tangan kiri pun tak dapat. Kemudian isteri saya pakai mulut plak, tak dapat jugak. Pas tu dier gunakan gigi, pun tak dapat. Susah betul, sebab kami dah habis ikhtiar, saya panggil anak perempuan jiran sebelah rumah kami, dier pakai tangan dengan mulut jugak, pun tak dapat-dapat jugak", terang lelaki tua tu.

"APA??? Awak mintak tolong dari anak perempuan jiran awak..???", tanya doktor tu terkejut beruk. Lelaki tua tu pun menjawab lagi,

"Ya., betul tuan doktor, bagaimana kuatnya kami cuba, tapi masih jugak tak dapat nak bukak TUTUP BOTOL nie!!!"...

Analisa Komputer
Suatu hari Ali mengeluh sakit siku kepada ash. Ash menyarankan kepada Ali pergi membuat analisa penyakit menggunakan komputer doktor yang ada di farmasi. Komputer doktor tersebut boleh menganalisa penyakit lebih cepat dari doktor dan kosnya lebih murah dari doktor biasa.

"Cukup masukkan sampel urine dan komputer akan menganalisa masalah kamu lalu mengatakan pada kamu apa yang harus kamu lakukan. Kosnya cuma RM 10.00 saja."

Ali berfikir tak ada salahnya dicuba, jadi dia mengisi botol kecil dengan sampel urine-nya dan pergi ke farmasi. Melihat ada komputer yang dimaksud, Ali meletak urine-nya pada tempat yg dikhaskan dan memasukkan RM 10.00.

Komputer lalu mengeluarkan bunyi aneh dan lampu berkelip2 disana-sini. Setelah muncul bunyi BEEP, keluarlah kertas kecil hasil print yang menganalisa penyakit Ali, tertulis : "Penyakit di siku kamu kerana banyak bermain tennis. Bilaslah siku kamu dengan air panas. Jangan mengangkat beban yang terlalu berat. Semoga sembuh dalam masa dua minggu."

Malamnya, Ali yang masih terkejut dengan kecanggihan teknologi komputer doktor itu berfikir bahawa dunia kedoktoran benar-benar mengubah zaman. Ali lalu terfikir apakah komputer itu boleh ditipu. Lalu Ali membuat campuran dari air masak di rumahnya ditambah urine dari kambingnya, isterinya dan anak perempuannya. Lalu di atasnya, Ali menambah spermanya hasil masturbasi. Lalu Ali kembali ke farmasi tersebut, mencari komputer doktor, meletakkan campuran itu dan memasukkan RM 10.00. Komputer mengeluarkan bunyi aneh dan lampu berkelip2 disana sina, lalu mengeluarkan printohut:

"Air masak di rumah kamu terlalu dingin. Cubalah beli pemanas air. Kambing kamu kecacingan. Beri dia vitamin. Anak kamu menagih dadah. Masukkan dia ke pusat pemulihan. Isteri kamu hamil lagi, bayi kembar perempuan. Bukan hasil dari hubungan denganmu. Cari peguam. Dan kalau kamu tidak berhenti masturbasi, siku kamu tidak akan sembuh."

habis semua rahsia terbongkar.....canggih tul komputer tu...

Ayam Panggang
Razak pergi ke sebuah restoran kegemarannya dan memesan ayam panggang seekor..Beberapa minit kemudian pesanannya sampai... Tapi sedang dia menikmatinya makanannya.. pelayan yang lain menghampirinya dan berkata..

"Maaf, Encik... Itu sebenarnya pesanan lelaki yang ada di sana itu. Dan ini merupakan stok ayam terakhir yang kami ada... Maaf ya Encik."
Razak menoleh ke arah lelaki yang ditunjuk, ternyata badannya besar dan gagah.. lalu berkata,"Kerana terlanjur sudah makan sedikit..jadi ayam ini milik saya. lagi pun saya juga membayarnya."
Sementara si pelayan restoran nampak kebingungan, lelaki gagah tadi dengan wajah marah sambil membawa pisau menghampiri Razak.

"Hai budak.. jangan sentuh lagi..!! Apapun yang akan engkau lakukan terhadap ayam itu akan aku lakukan juga terhadap engkau. Kalau kau potong kakinya, aku akan potong kaki engkau. Kalau engkau potong perutnya, aku akan potong juga
perutmu. Pendek cerita.. apapun yang engkau lakukan, akan aku lakukan juga pada engkau."
Razak terdiam beberapa minit.. lalu perlahan-lahan Dia mengangkat ayamnya, membawa ke mulutnya dan menjilat bontot ayam tersebut...

Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Read more...

Dunia Arab..Ish2

>> Friday, March 18, 2011

Helmet Tercanggih setakat ni kalah Arai...

Di negara arab sehari ada 24 jam...

Nokia dan selipar

Kepuyaan anak tauke Carrefour tak caye try la Google.fames tau kedai ni...

Chick Point stand for Check point

tekan atas naik atas,tekan bawah turun bawah...puye sengal sampai itu pun nk tulis ke..

Limited Edition 1 je dalam dunia

Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Read more...

Bush Pernah Berkerja Sebagai Pemandu Pelancong

>> Wednesday, October 21, 2009

Sewaktu Bush mengunjungi Malaysia baru-baru ini.. dia dibawa mengeliling ibukota dengan menaikisebuah kereta mewah.

Pemandu kereta mewah itu tiba2 berkata..."Tuan Cakap aje apa yang nak di ibukota ini.. saya pasti tunaikan.."

"Well", kata Bush..

"Sebenarnya saya sudah lama ingin memandu kereta sendiri. Di US.. kalau saya mahu keluar kemana-manapastinya sudah tersedia pemandu dan kereta peribadi untuk saya. Saya ingin sangat memandu sendiri.. tapi tidak pernah mendapat melakukannya."

"Wah," kata pemandu.."Kalau itu saja permintaan tuan.. tidak jadi masalah.."

Dan kemudian merekapun bertukar tempat.

Bush memandu dan pemandu tadi duduk di belakangnya.

Tetapi bila sampai di persimpangan pertama.. Bush lupa untuk berhenti di lampu merah..

Tiba-tiba polis mengikuti kereta tersebut dan memberhentikannya... polis turun dari motornya, dan menghampiri kereta tersebut.

Tetapi sebaik sahaja dia mendekati.. ia melihat Bush..dan ia segera kembali ke motornya dan menghubungi pegawai atasannya.

"Tuan.." kata Polis itu"Saya baru saja menahan seorang pembesar."

"Apa?" kata atasannya, "Ketua Polis ke?"

"Bukan Tuan.. dia lebih tinggi dari Ketua Kita"

"Hey, adakah kamu menahan Perdana Menteri?"

"Tidak Tuan.. malah dia lebih tinggi lagi."

"Well, siapa yang kamu tahan itu?" tanya pegawai atasan kebingungan.

"Tidak tahu Tuan.." jawab Polis. "tapi siapapun dia, yang pastinya pemandunya saja sudah Bush!"


Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Read more...

Zack Dan Mira

>> Wednesday, April 22, 2009

Zack dan Mira sepupu. Tiap-tiap kali kat kampung diorg akan kongsi satu bilik. Masa tu malam raya.

Zack: Mira!

Mira: Nape Zack?

Zack: Ikut aku kat bilik tidur jap!

Mira: Jangan tarik!

Dalam bilik......

Zack: Kau tahu tak aku ni seorg lelaki yg pantang kalau tak dapat apa yg dia nak selama ni.......

Mira: Huh?

Zack: Dah tak tahan dah Mira! Cepat tanggalkan kain kau tu sekarang jugak!

Mira: Ape ni Zack??!!

Zack: Setelah sekian lama aku berkongsi bilik ngan kau Mira........ aku betul-betul dah tak tahan dah ni Mira! tanggalkan cepat!

Mira: Zack nanananti dulu.....Mira....

Zack: No excuse! tanggalkan skang! kau nak aku guna kekerasan???!

Mira: Jajajangan buat perangai camni Zack....Mira takut....... esokkan dah raya..... baru habis sebulan berpuasa....

Zack: Pasal esok nak raya lah aku suruh kau tanggalkan kain langsir kau ni!! Tiap2 tahun mesti guna kain langsir kau utk bilik ni! Aku tak kira tahun ni kain langsir aku pulak!

Mira: ce.....la.....ka.......


If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email
Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.
Have you found this post useful? If so please share it:

Read more...

Gengsters

Sebuah kumpulan gangster menghadapi masalah untuk mengutip wang perlindungan dari peniaga. Ini kerana pihak polis sering membuat intipan dan tangkapan. Ketuanya mengambil seorang bisu untuk mengutip wang tersebut. Pada pendapatnya, tentulah polis sukar untuk menyoal siasat si bisu tersebut.

Maka si bisu pun mula mengutip wang dan berjaya memperolehi RM50,000.

Walaubagaimana pun, dia menyembunyikan wang tersebut di suatu tempat rahsia.
Maka pada hari yang telah ditetapkan, ketua gangster mengarahkan orang-orangnya memanggil si bisu. Apabila dipanggil, si bisu itu berpura-pura tidak dapat berkomunikasi dengan mereka. Lalu mereka pergi berjumpa dengan seorang pakar bahasa isyarat.

Gangster : Mana wang tu?

Pakar menunjukkan isyarat kepada si bisu...

Sibisu menunjukkan isyarat untuk "Aku tak tahu apa yang mereka katakan."

Pakar bahasa isyarat memberitahu gangster tersebut. Dan gangster tersebut menghalakan pistol ke arah kepala si bisu.

Gangster : Aku akan tembak kepala kau, bisu...

Sibisu menunjukkan isyarat "Duit RM50,000 tu aku telah sembunyikan di taman permainan di bawah kerusi yang ketiga dari pintu masuk."

Pakar bahasa pun berkata kepada ketua gangster, "Dia tidak tahu dimana wang itu dan kalau kau nak tembak-tembaklah... "


If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email
Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.
Have you found this post useful? If so please share it:

Read more...

Teksi Berhantu

Kul12mlm..amid & alan pulang dari keje,naek teksi..kje byk kt opis,blk pun lewat,sblum ni x pernah mcmni,selalu blk pun naek kereta alan..tapi kereta dah takde,kene curik..

Alan : eh,betol ke org cakap kt sini de teksi berhantu?? Ade dengar x??

Amid : Ade dengar.. diorg cakap..die jmput pnumpang tu,pastu die menjelma jd antu..bau busuk..muke huduh.. pastu isap darah org plak tu.. nape ko tanye?? Wat seram je la ko ni..

Alan : 1st time aku blk keje naek teksi ni..aku rase Laen mcm plak..debar2 jek..something wrong ni.. ah..!! biar la..jgn pkir bkn2..tahyul2..

Amid : tau..x pe.. haa..!! tu teksi tu..tahan2..

Pemandu Teksi : Nk blk mne dik?? Korang ni last passenger abg ni..jgn jauh2 da la..


Alan : kitorg nk ke subang..USJ1 bang..apartment permai..tau x bang?? Boleh la bang..jauh cket jek.. bole ye bang..

Pemandu Teksi : Eh..!! jauh tu dik dari pandan ni..jauh nye kje..dari subang ke pandan..

Amid : sbelum ni naek kereta bang..arini jek naek teksi..bole ye bang..

Pemandu Teksi : Naek Lah..cian aku tgok korg ni..

Alan & Amid : Mekasih bang.. Hehe..!!

Si brader teksi ni pun bukak la cite..

Pemandu Teksi : korg pernah dengar cite teksi hantu kt sini x??

Alan & Amid : Pernah..nape bang?? Betol ke cite ni??

Pemandu Teksi : eh..betul la.. korang ni x caye ek bende2 mcmni?? Memang ade pun..pnumpang yg naek tu akan terhidu bau busuk dari teksi tu..itu tande2 nye la..pastu teksi tu akan benti kat tmpt sunyi,gelap..pmandu die pun akan menjelma jadi lembaga itam yg bsar & bertaring..pastu lembaga tu akan isap darah pnumpang tu.. haa.. mcm tu la cite nye..

Alan : yeke..malang la nasib sape yg kene tu..hehe.. sy x caye la bende2 ni bang..tahyul-mahyul jek..

Amid : (sambil berbisik)..oii..mangkuk..pehal cabul sgt mulut ko ni?? Ntah2 brader teksi ni antu tu.. Laen mcm jek aku tgok.. die pun arif bercerita..mcm die jek antu tu.. takut aku..

Alan : hahahahahaha.. wat lawak la ko ni..

Pemandu Teksi : Pe yg lawak nye dik?? Gelak besar lagi tu?? Jgn maen2 dik..dgn bende2 halus ni.. hehehe..

Lepas kene tegur..amid & alan pun terdiam..tiba2 terbit 1 bau yg agak busuk,menusuk dlm kalbu sanubari hidung diorg..

Amid : (sambil berbisik)..wei..ko bau x ape yg aku bau?? Bulu roma tengkuk aku da tegak2 ni..Laen mcm jek..abg teksi ni senyap jek.. wei..aku takut La..

Alan : (sambil berbisik).. eh..ko jgn takut,kalau kau takut..aku pun takut..memang ade bau pun..jgn die benti kt depan tu dah..tempat tu sunyi,gelap..

Tibe2 teksi tu benti kat tempat gelap tu..sunyi jek suasane nye..

Maka..

Alan & Amid : Aaahhh..sudaahh..!! knape benti bang??

Pemandu Teksi : hehehe..tempat sunyi ni elok benti..gelap,x de orang..x de sape2 nmpak.. hehehe.. korang duduk sini diam2.. hehehe..

Alan & Amid : Hah..!! Alamak tok..!! jgn isap darah kami tok,kami x kawin lagi.. kursus kawin baru je daftar,tu pun kelas die x pegi Lagi.. ampun kan kami tok.. waa..waa..

Pemandu Teksi : Tok?? eh..apahal korang ni..?? aku nak gi berak la kat semak tu,kang terang2 kang orang nampak..eh!! aku sakit perut la..makan jering&petai tghari tadi..ko x bau ke kentut aku tadi?? Lagipun sini bukan ade toilet pun.. dah..dah.. lepas kaki aku..siap melutut,merayu Lg ni.. ape kes?? eishh..!! Lepas2..berak dLm seluar plak aku kang..!! eish..!!

Alan & Amid : Hah?? Laa..!!


Have you found this post useful? If so please share it:
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Read more...

Isteriku Curang


Johan pulang dari kerja satu petang dan terdengar suara isterinya dalam bilik mengerang. Dia berlari naik ke bilik dan melihat isterinya terlantar di katil berpeluh tanpa pakaian.

"Kenapa ni sayang?" tanya Johan. "I diserang sakit jantung", jawab isterinya. Johan berlari ke bawah untuk menalipon doktor tapi belum sempat dia talipon, anaknya yang berumur 5 tahun berlari datang dan berkata,

"Papa, acik Lan ada bawah katil ayah tak pakai suar."

Johan mula naik angin dan naik semula ke biliknya. Memang betul Mazlan jiran mereka ada di bawah katil tanpa pakaian.Johan menarik Mazlan keluar dan berkata,

"Lahanat kau Lan, isteri aku kena sakit jantung. Kau pulak cuba menakutkan anak aku ye?"


If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email
Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.
Have you found this post useful? If so please share it:

Read more...

Lawak - Surat Dari Sahabat

Kepada: Teman baikku Lelouch...

Lelouch,

dengan duit engkau dapat ...

Membeli tempat tidur, tapi tidak dapat membeli "tidur nyenyak".

Membeli sebuah jam, tapi tidak dapat membeli waktu.

Membeli sebuah buku, tapi tidak dapat membeli pengetahuan.

Membeli jawatan yang bagus dalam pekerjaan, tapi tidak dapat membeli kehormatan.

Membeli ubat-ubatan, tapi tidak dapat membeli kesihatan.

Membeli darah, tapi tidak dapat membeli kehidupan.

Jadi duit bukanlah segalanya .... Bahkan duit terkadang membuatmu merasa sakit dan menderita. Aku memberitahu perkara ini kepadamu, kerana aku adalah temanmu, dan sebagai teman aku ingin menyingkirkan semua rasa sakit dan penderitaan yang engkau alami. Jadi segera pindahkan semua duitmu kepadaku kerana aku rela menderita untukmu.

Salam manis,

Sahabatmu yang terbaik


If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email
Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Have you found this post useful? If so please share it:

Read more...

Boleh Ke Saya Hamil?

Ketika sedang belajar dalam sebuah kelas darjah satu, Jenet cuba bertanyakan soalan pada gurunya,


Jenet : "Cikgu, bolehkah ibu saya hamil?"


Cikgu : "Berapa umur ibu Jenet?"


Jenet : "40 tahun, cikgu.."


Cikgu : "Ya, dia masih boleh hamil, Jenet"


Jenet : "Bolehkah kakak perempuan saya hamil?"


Cikgu : "Berapa umur kakak Jenet?"


Jenet : "19 tahun, cikgu.."


Cikgu : "Ya, sudah tentu. Kakak Jenet juga boleh hamil"


Jenet : "Mmm... bolehkah saya hamil, cikgu?"


Cikgu : "Berapa umurmu, Jenet?"


Jenet : "7 tahun, cikgu"


Cikgu : "Oh, Kamu belum cukup umur. Kamu masih belum boleh hamil lagi"


Tiba-tiba, Rizal yang duduk dibelakang jenet, mencelah sambil berbisik sesuatu pada jenet, "betulkan, apa saya cakap.. tidak ada yang perlu kita khuatirkan!"


If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email
Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.
Have you found this post useful? If so please share it:

Read more...

Cerita Pasal Sex

>> Friday, March 13, 2009

Suatu pagi seorang anak yang baru masuk sekolah rendah bertanya kepada daddynya,

'Daddy.daddy .... sex tu apa, daddy ....?'

Terkulat-kulat si ayah. Terfikir dia tentang arus kemodenan zaman sekarang yang membuatkan manusia berfikiran terbuka, termasuklah anak-anak yang masih kecil. Sesuai dengan konsep pendidikan seks yang sedang hangat dibincangkan, mulalah si ayah mencari-cari jawapan yang sesuai dengan harapan anaknya takkan tertinggal dalam arus pendidikan moden.

Maka si ayah pun memberikan jawapan secara mengkiaskan kumbang dan bunga, telur yang yang menetaskan berudu dan seterusnya menjadi katak, hujan serta benih yang mencetuskan tunas, diikuti dengan pembentukan bayi dalam kandungan.

Sebelum mengakhiri jawapannya itu, si ayah menyelitkan pula kisah percintaan antara dia dan mamanya sejak dari zaman sekolah menengah lagi hinggalah kepada kelahiran seorang bayi comel iaitu si anak yang bertanya itu. Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak. Si ayah kehairanan.

'Eh kenapa ni?'

Si ayah bertanya kehairanan. Si anak masih juga menangis.

'Jawapan daddy tu panjang sangat, tapi tempat nak tulis jawapan ni pendek. Daddy ajalah yang tulis, waaaaa!!!!'

Kata si anak lantas menyerahkan buku latihan Bahasa Inggerisnya yang pada muka depan tertulis.... ..


LIHAT DI BAWAH...




Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Share/Save/Bookmark

Read more...

Lawak - Video Orang Takut

>> Thursday, February 12, 2009

Aku suka tengok video ni. Yang part akhir sekali paling best.hehehe.





Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Read more...

Peralihan Dari Bush Ke Obama



Peralihan kuasa Presiden Amerika Syarikat dari Bush ke Obama di terjemahkan dalam bentuk gambar oleh kreativiti Photoshop. Macam-macam, tapi bila tengok lama-lama lawak juga. Cuba anda tengok yang tengah tu, sangat sempurna wajah Obama digabungkan dengan Bush. Jadi layan jelah...Peace

Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Read more...

Budak Pizza Hut...

>> Sunday, February 8, 2009




Patutla bila aku order je Pizza Hut salah satu bahagian mesti senget sana sini. Ini kerja diorang sebelum menghantar Pizza Aku..hehehe..dan rasa pun lain macam je.Orang malaysia memang kreatif, tentu orang AS akan meniru cara baru menghantar Pizza. Aku rasa Tauke Pizza Hut yang berpengkalan di Addison, Texas Amerika Syarikat tentu bangga bila tengok video ni. hihihi...

Bagi aku, walaupun nampak memang tak baik dan merbahaya buat begitu, kita kena positif. Pizza Malaysia boleh guna video macam ni untuk pengiklanan, jadi bila orang tengok je iklan video macam ini mereka akan ingat dengan Pizza Hut.

Ape-apepun jangan la tiru aksi sebegini, kerana di dalam video ni hanya orang profesional je..jadi sanyangilah kerja anda semasa krisis ekonomi ni..

Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Read more...

Ragam Rakyat Malaysia

>> Sunday, February 1, 2009

Selalunya anda lihat gambar-gambar pelik adalah dari luar negara, sekarang aku tunjuk Malaysia juga banyak gambar yang boleh luntuk di kategorikan lawak, pelik, dan ajaib...hehehe...
layan je la....














Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Read more...

Kenapa Aku Pemalu Sangat?

>> Wednesday, January 28, 2009

Aku nak cerita sedikit tentang diriku ini. Aku dilahirkan didalam sebuah keluarga yang besar. Ibu bapa aku tidaklah sekaya mana tapi masih mampu menyara hidup kami. Aku mempunyai 12 adik-beradik. aku anak ke 8 dan sudah meningkat menjadi gadis sunti. Abang dan kakak aku semuanya berjaya dalam hidup mereka tetapi bila sampai turn aku, aku seolah-olah memalukan ibubapa aku. Apa boleh buat. Sebenarnya aku ni cacat, tak cantik dan hitam pulak tu. Dan lebih teruk lagi aku mempunyai penyakit malu yang amat sangat. aku malu nak berhadapan dengan masyarakat, malu dengan adik beradik malah malu yang amat dengan mak abah. Memang malulah hidup aku nih. Hinggakan nak tengok muka aku di cermin pun malu yang amat. Kalau jalan aku pasti menunduk, menunjukkan malunya aku pada tahap kronik. Apatah lagi berhadapan masyarakat, rasa macam nak pakai topeng je. Tapi mak abah selalu marahkan aku, mereka kata aku tak mensyukuri nikmat tuhan. Tapi malu tu kan anugerah tuhan juga.
Disebabkan mak dan abah dah fedap, maka mereka merancang untuk mengahwinkan aku. Apa lagi, meraung la aku. Aku ni kan malu yang amat dasyat. Macam mana nak berhadapan dengan suami pulak nanti? Dah la aku cacat, hitam ditambahkan dengan sifat malu yang menebal, macam mana aku nak hadapi semua tu?
Hari ni aku nekad, aku musti berjumpa abah untuk menghalang perkahwinan aku. Apa nak jadi, jadilah!!
"Abah kan tahu yang saya ni malu nak berjumpa orang ramai. Lagi abah mahu saya kawin dengan orang lain. Abah tak berperasaan ke?" Tempik aku penuh semangat.
"Apa yang kau nak malukan sangat?" Tanya abah aku serius.
"Laaa.. abah tak nampak ke, saya ni kan ke cacat, hidung panjang, hitam pulak tu, gemuk lagi. Malu la saya macam ni." balas aku penuh keyakinan.
"Woi anak durhaka, kau tau tak kenapa hidung kau panjang, hitam dan gemuk, kau tau tak kenapa? Sebab kau tu tapir. Tapir memang la muka macam tu. Tapir atau nama saintifiknya cipan adalah spesis kau!! paham tak tapirrrrr!!!"

Lerr...tapir ke aku ni? Patut la aku malu amat sangat. Tapir rupanya aku ni. Ingatkan aku cacat semualajadi. Itulah dia kalau malu sangat menanya.***** sungguh aku sampai ke tulang.

MORAL: kenalilah diri anda. Janganlah menapirkan diri anda walau dimana jua anda berada.

Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Read more...

Bagaimana Menulis Surat Perletakan Jawatan

>> Tuesday, January 13, 2009

Ada empat cara menulis surat perletakan jawatan, anda pilih yang mana...


Ringkas tetapi tidak formal


Sedikit formal


Formal


Atau anda boleh pilih yang nie...

Read more...

ASAL USUL PERKATAAN

>> Wednesday, December 3, 2008

ASAL PERKATAAN UBAT

Semasa Melaka dijajah Portugis, Hang Nadim telah bekerja sebagai penjaga kaunter klinik untuk askar-askar Portugis. Pada hari pertama dia bekerja tidaklah tahu dia apakah yang perlu di sebut di deretan botol-botol di rak almari. Dia pun bertanya kepada Doktor yang bertugas. "Sir, air dalam botol-botol ni saya nak panggil apa?" tanya Hang Nadim. Semasa Hang Nadim bertanya, doktor omputih itu tengah membuka sebuah botol lama untuk mengenalpasti apa isi kandungannya. Lalu terkeluarlah bau-bauan yang busuk dan membuatkan doktor omputih tu berkata " Uhhh...bad...". Hang Nadim pun mengangguk sambil berkata "ooo..ubat".

ASAL PERKATAAN CELEBRATE

Semasa British menjejak kaki ke Johor, sebuah kampung sedang mengadakan pesta keramaian bagi meraikan hari keputeraan ketua kampung yang ke 59. Pegawai British yang sedang mengkaji adat budaya orang melayu ini pun pergilah hadir ke majlis tersebut. Semasa majlis sedang berlangsung ada 3 orang pemuda yang 3 suku akalnya (mereng) telah membuat kacau di majlis tersebut dengan mengadakan tarian separuh bogel di hadapan ketua kampung. Pegawai British yang baru tiba terkejut dengan suasana huru-hara sambil menjerit-jerit (macam parti omputih). Lalu pegawai British itu bertanya kepada salah seorang penduduk " Apa yang mereka lakukan?(slang omputih)". Orang itu mempedulikan pertanyaan omputih tetapi berkata pada dirinya sendiri " Selebet betul la mamat-mamat 3 suku ni, rosak majlis ni...heee...heeee...slebet betul." Maka tahulah omputih itu bahawa majlis keramaian macam itu dipanggil selebet. Lalu di'slang'kan omputih jadilah celebrate. Sebab itulah bila omputih selebret je apa-apa, mesti ada tarian separuh bugil.

ASAL PERKATAAN AYAM

Ketika Parameswara menobatkan pemerintahaannya di Melaka, berjalan-jalanlah beliau sambil memerhati keadaan sekeliling kampung untuk bertanya khabar dengan orang-orang kampung. Semasa beliau berjalan-jalan ternampaklah beberapa ekor ayam lalu tanyalah parameswara kepada pengiringnya " Kalao disini, binatang seperti burung itu dipanggil appa?". Pengiring itu tidak tahu kerana berasal dari negara yang sama dengan parameswara. Ketika mereka terpinga-pinga untuk mencari jawapannya, maka lalulah seorang budak yang sedang membawa kuih yang dikirim maknya untuk dihantar ke rumah jiran. Lalu parameswara bertanya "Hoi Budak..binatang seperti burung tu kalau disini dipanggil appa?". Budak itu berkata "Kejap tuanku saya ada hal ni". Budak itu pun terus mengetuk pintu rumah jirannya. Parameswara bengang dengan kelakuan budak itu kemudian bertanya buat kali kedua "Hoi aku tanya ni. Apa nama binatang itu?". Budak itu ketakutan sambil menjerit " Makcik Yam..ooo makcik Yam, ni mak hantar kuih ni. Cepat sikit, tuanku ada depan umah makcik Yam ni."
Parameswara masih belum puas hati, kali ini tempiknya sangat kuat "APA NAMA KAU CAKAP TADI?" Budak itu terkejut sambil melatah " mmmaakkcik Yammm...yam..". Puaslah hati parameswara kerana sudah tahu namanya. Binatang itu dipanggil makcik yam sehinggalah baginda mangkat. Kemudian ditukarkan ke Ayam kerana makcik Yam telah mengemukakan saman malu terhadap budak tersebut.

Read more...

LAWAK ANTARABANGSA

>> Saturday, April 5, 2008

Suatu hari di KLCC

Satu hari ketika baru saja tiba dr kuantan, aku singgah sekejap di KlCC.Aku ada something utk dibeli. Ketika aku sedang melihat brg dikedai,tiba-tiba perut aku terasa memulas.Apalagi aku pun terus bergegas ke tandas kat level satu.Masuk saja kat situ,aku tengok ada 3 bilik air.Satu tu bertutup,so aku pegi yg disebelahnya. Baru saja aku duduk,aku terdengar suara dari sebelah "Haa,camna sekarang ?" Aku pun bukan suka nak berbual ngan org yg aku tak kenal kat tandas tu.Ntah camna, akhirnya aku balas juga "Ok gak ler" Kemudian suara tu bertanya lagi "Ko nak gi mana ni??" Iskk..Aku mula rasa musykil skit..tapi aku kata "Aku nak balik, singgah sini nak beli brg sikit" Lepas suara tu bertanya lagi "Bila ko nak gerak ni??" Aku selamba jer kata. 'Lepas aku sudah ni,abis beli aku chow la". Kemudian aku terdengar lagi suara org sebelah tu berkata "Hei,aku call balik ko lepas nilah,tiap kali aku tanya soalan kat ko, mamat bodo sebelah aku ni asyik jawap jer!!! Moral: jangan menyampuk time orang bercakap...


Suami Yang Baik

Irra sedang tenat ditempat tidur menunggu ajal nya yang hampir tiba, ia dipangku oleh suaminya Awie yang sudah berlinang air mata....di tangannya masih berada saputangan untuk menghapus air mata yang berjatuhan....kemudian si Irra berbisik.. "Bang Wiee ku sayang.."(dengan suara yang lemah..).... "Ssshhht....sudahlah Irr jangan terlalu banyak bicara".... "Bangg". (dengan nada kesakitan dan kepiluan...) Irra memaksa untuk berkata-kata... "Aku mau mengatakan sesuatu bangg...aku ingin membuat pengakuan.." .....terus si Awie menyapa .."Tiada apa lagi yang harus kau akui Irr...sudah berehatlah..."(sambil menghapus air matanya Irra)... "tidak...tidakk...tidakk...Yang seharusnya Irr harus beritahu sesuatu pada abang Wie sekarang, biar Irr tenang nanti......bangg aku pernah tidur dengan adik mu,sahabat mu, dan ayahmu..hhhgggh..." ucap Irr dengan nada teresak-esak...... terus si Wie menyambung kata-kata si irr..." suudahlah Irr jangan paksa diri kau berbicara terus,..tidak apa-apa, aku tidak kisah semua itu, aku sudah tahu semuanya itu .....kalau tidak kenapa aku meracuni engkau dengan racun tikus untuk apa..?"


Malu

Pulang dari kekalahan dalam sebuah perlawanan persahabatan... pemain-pemain bolasepak Kg. Pandan dirundung rasa malu yang amat sangat. Kerana itu Hashim dan Roslan bercadang untuk menyamar agar tidak dikenali orang. Hashim yang menyamar sebagai koboi.. berjalan-jalan kekedai di kampungnya... Tiba-tiba seorang nenek menegurnya.. "Hey Hashim..." Kerana terkejut yang beliau masih dikenali orang... dia segera mengubah penyamarannya.. kali ini sebagai Syeikh Arab.... Sekali lagi dia keluar ke kedai untuk membeli barang... Untuk kali kedua dia bertembung dengan nenek.... Dalam hatinya berkata.. Dia takkan mengenali aku lagi.." Tiba-tiba nenek berkata " Hey Hashim" Kerana kehairanan yang amat sangat... "Maaf , bagaimana nenek dapat mengenali saya?" Nenek itu menjawab.. "La engkau ni... ini aku la... Roslan!"


Janda

Kisah benar... .bacelahh sampai habisss... . Beberapa tahun lepas Ramli jumpa seorang janda bernama Ramlah yang mempunyai anak dara bernama Jamilah. Ramli berkahwin dengan Ramlah danJamilah adalah anak tiri Ramli. Selepas itu bapa kepada Ramli, Jamrud berkahwin dengan anak tiri Ramli, Jamilah. Ini membuatkan Jamilah, mak tiri kepada Ramli yang sebelum ini anak tirinya. Jadi ayah Ramli, Jamrud adalah anak tiri Ramli dan memjadikan Ramlah sebagai Mak Mertua kepada Bapak Mertuanya. selang beberapa bulan kemudian, Jamilah anak kepada isteri Ramli, Ramlah melahirkan anak lelaki, Jarul. Jadi Jarul dalah adik kepada Ramli. Tetapi Jarul adalah anak kepada Jamilah, anak kepada isteri Ramli, Ramlah. Menjadikan Jarul adalah cucu kepada isteri Ramli, Ramlah. Sekaligus menjadikan Ramli datuk kepada Jarul, adiknya. Itu tak seberapa lagi. Selepas itu, Ramli dan Ramlah mendapat anak bernama Jayzee. Sekarang Jamilah, anak tiri Ramli dan juga Mak mertua Ramli menjadi kakak dan juga nenek kepada Jayzee. Jadi ayah Ramli, Jamrud menjadi abang ipar kepada anak Ramli yang mana kakak ipar Jayzee adalah isteri kepada ayah Ramli, Jadi sekarang, Ramli adalah abang ipar kepada emak mertuanya, isteri Ramli, Ramlah adalah makcik kepada anaknya sendiri, Jamilah... Anak Ramli, Jarul adalah sepupu kepada ayah Ramli, Jamrud dan Ramli adalah datuk kepada dirinya sendiri... muahahahahahahahhahaha... .isk isk isk... .. nennooo nennooo..neenooo..nenoooo.. phewiiittttt tebabooooooooooo.. aku pening... .... aku sindirik naik fening menterjemahkan semua nih..bengang sehhh... !!


Menantu

pak kasim seorang yg tamak harta.. dia menawarkan anak dara suntinya yg cun melecun kepada golongan yg kaya raya sahaja.. suatu hari datang la seman, seorang usahawan muda ingin melamar anak pak kasim. beliau cukup sifat tanpa cacat cela tetapi beliau malas solat. setelah 3 hari berkahwin.. seman masih duk kat umah mentuanya. setelah azan maghrib berkumandang..pak kasim mengajak seman utk solat maghrib berjamaah. seman gelabah.. sebelum ini dia tak pernah solat. lalu seman masuk ke bilik untuk menemui isterinya. "yang.. camner ni.. abg tak penah solat ni" "takpe bang.. abg ikut je ape yg ayah buat" isterinya berbisik perlahan.. seman pun keluar untuk solat bersama pak kasim. setelah pak kasim takbir.. seman ikut takbir...lalu pak kasim membaca surah alfatihah.. "bismillahirrahmanirrahim..." seman pun turut membaca bismillah dengan lantang... "bismillahirrahmanirrahim..." aisyh! pelik menantu aku ni. mazhab mana yg dia ikut? setahu aku imam je yg baca kuat.. getus hati pak kasim.. pak kasim buat selamba. dia terus membaca surah al-fatihah. seman pun turut membaca surah al-fatihah dgn kuat seolah-olah seorang budak yg baru nak belajar mengaji. pak kasim pelik.. lalu dia terus berpaling ke belakang utk melihat seman. seman turut berpaling ke belakang kerana mengikut gerak langkah pak kasim. "ish! gila ke menantu aku ni??" pak kasim berjalan ke depan utk menjauhkan diri dari seman. seman turut berjalan ke depan mengikut langkah pak kasim. pak kasim terus melarikan diri melalui pintu depan dan terus menuju ke sawah di tepi rumahnya. seman terus berlari mengejar pak kasim sampai ke tepi sawah. tiba-tiba pak kasim tergelincir lalu jatuh ke dalam sawah padi. seman pun turut menjatuhkan badannya ke dalam sawah seolah-olah tergelincir. pak kasim pun terus bertanya kepada seman. "seman. apesal yg ko ikut aku sampai ke sawah ni?" "ayah.. susah ye nak solat maghrib ni. baru saya tau. sampai kena berlari.."



Read more...
Resources Blogs
Top  blogs

  © Blogger template Socolatajuz by Rahman Bashri 2011

Back to TOP