Curi Seluar Dalam Untuk Jual Di Kedai Bundle

>> Wednesday, December 28, 2011




Kalau sebelum ni ada kes seorang lelaki yg di tangkap sebab berjoging sambil curi coli, ni plak lain ceritanya…lelaki ini telah di tangkap kerana mencuri seluar dalam lelaki dan wanita di mana2 pasaraya…untuk apa?? untuk di jual di kedai bundle…puncanya, dia di berhentikan kerja dan hilang sumber pendapatan, terdesak maka terpaksa mencuri…ermmm…baca jom baca kisahnya….semoga jadi iktibar…

Seorang bapa anak tiga terpaksa meringkuk dalam penjara selama lima tahun selepas didapati bersalah mencuri seluar dalam di sebuah pasaraya dekat Nibong Tebal.
Raju (bukan nama sebenar) melakukan kegiatan itu hampir enam bulan sebelum dia ditangkap pada jam 2.45 petang di sebuah pasaraya dekat sini apabila seorang pekerja menyedari akan tindakannya.Menceritakan kembali kisah hidupnya, Raju ketika ditemui wartawan di Kompleks Penjara Seberang Perai berkata, dia mencuri seluar dalam lelaki dan wanita di mana-mana pasaraya adalah bertujuan menjualnya kepada seorang kenalan.

“Dahulu saya bekerja sebagai kerani kilang tetapi diberhentikan apabila syarikat mengalami masalah kewangan.“Ketika itu, hidup saya dan beberapa pekerja yang diberhentikan itu ibarat layang-layang terputus tali apabila sumber pendapatan untuk menyara keluarga sudah tiada,” katanya.Menurutnya, selepas beberapa bulan diberhentikan, seorang kenalan lama menawarkan pekerjaan buatnya.“Rakan saya membuka sebuah kedai bundle di hadapan rumahnya dan beberapa minggu selepas bekerja, barulah saya tahu bahawa kedai berkenaan adalah hasil daripada barang curi. Rakan saya ini akan membeli pakaian lama dan curi daripada mana-mana kenalannya sebelum menjual kepada orang ramai dengan harga yang berpatutan.“Perasaan janggal untuk melakukan kegiatan terbabit pada mulanya memang menguasai diri ini tetapi apabila sudah biasa, saya menjadi gian untuk mencuri seluar dalam pada mana-mana pasaraya.“Pulangan lumayan yang diberikan rakan membuatkan saya semakin alpa dan akhirnya membawa padah,”katanya.Raju berkata, dia hanya mencuri seluar dalam lelaki dan wanita sahaja kerana pulangan yang diperoleh menerusi kenalannya itu amat lumayan.

“Sehelai seluar dalam lelaki dan wanita, saya akan memperoleh RM10 dan disebabkan itulah saya nekad untuk membawa seberapa banyak yang mungkin kepada rakan kerana saya amat memerlukan duit untuk menyara keluarga.“Bagaimanapun, kegiatan saya itu akhirnya membawa padah apabila ditangkap ketika mencuri untuk kali ke-17 dalam tempoh enam bulan.“Saya berterima kasih kerana dihukum dan jika masih diluar sana, saya pasti akan terus hanyut.“Di sini, banyak pengajaran yang saya pelajari dan akui bahawa, tindakan saya itu amat memalukan kerana tidak berfikir panjang sebelum melakukannya.Diharap, isteri, anak-anak dan ahli keluarga saya dapat memaafkan diri ini serta memberi peluang kedua untuk saya berubah,”katanya.Raju dijatuhi hukaman penjara selama lima tahun dan bakal dibebaskan pada Ogos 2014.

Read more...

Kucing Cemburu

>> Monday, December 19, 2011


Punyalah besar muka bumi Allah ni kat tengah-tengah tu jugak die nk lalu...cemburu la tu, cinta tak dibalas...hahaha..

Read more...

Fesyen Rambut Pelik Di Utara Mexico

>> Sunday, December 18, 2011


Agak pelik bukan? Tapi inilah gaya Estilo Colombiano, gaya rambut yang diterima pakai oleh puak Cholombians of Monterrey di utara Mexico. Mereka agak terkenal dengan gaya mereka berpakaian dan kebanggaan mereka untuk mengekalkan warisan budaya mereka. Mereka meminati muzik Cumbia, muzik yang dibawa dari Colombia dan diminati oleh puak Monterrey sejak tahun 1960-an..










P/S : Anda rasa-rasa la kalau kat Malaysia ni orang kata stylo ke orang gelak?

Read more...

Teguran Tan Sri Dato' Syaikh Hj.Ismail bin Hj.Muhammad Kepada Mereka Yang Memperkecilkan Ahli Quran

>> Saturday, December 17, 2011



Sesungguhnya Al-quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W untuk Panduan kepada Umat manusia adalah yang terbaik. Janganlah memperlekehkan dan memperlekehkan Al-Quran kerana ia berdoasa dan boleh runtuh Akidah kita. Video di atas adalah salah satu teguran yang dibuat oleh Imam Besar Masjid Negara iaitu Tan Sri Dato' Syaikh Hj.Ismail bin Hj.Muhammad kepada mereka yang memperlekehkan dan memperkecilkan Al-Quran. Dengar dengan teliti ye...

Dalam sibuk melakukan kerja-kerja harian dan menjalani kehidupan yang sangat-sangat sibuk ni…. Agama jangan dilupakan….. Dalam mengejar impian dan tuntutan harian, Al-Quran jangan diketepikan… Walaupun aku ni bukanlah alim ulama’ atau pendakwah yang pandai menyusun ayat dalam ceramahnye, tapi serba sedikit asas wajib Islam ada di dalam hati saya ini…. Di kala kita berseorangan, di kala kita bersendirian dan di kala kita mengecapi apa yang dihajati, kadang kala diri ini terasa kosong dan kadang kala juga terasa diri ini tidak berguna di sisi Allah…. Adakah kita telah puas hati dengan apa yang telah kita sembahkan atau kita sudah pasti kita akan ke jalan-Nya…. Itu bukanlah keputusan kita tapi ketentuan-Nya, sebab kita diarah untuk melakukan segala yang suruh dan dalam masa yang sama kita diwajibkan meninggalkan apa yang dilarang-Nya….

Apa komen anda tentang teguran ini kongsilah dengan saya...

Read more...

Jom Layan Fakta


Salam kepada semua pemabaca blog saya. Kadang-kadang membaca fakta memang menarik, jom kita layan. Mana fakta yang paling menarik perhatian anda..jom kongsi..


  1. Otak manusia mempuyai lebih kurang 100 bilion sel saraf.
  2. Saraf berdenyut dari dan ke otak selaju 274km sejam.
  3. Mustahil anda boleh membuka mata ketika bersin.
  4. Apabila anda bersin, seluruh fungsi badan anda berhenti termasuk jantung.
  5. Interaksi 72 pelbagai otot diperlukan untuk manusia menghasilkan suara.
  6. Secara purata, kelajuan batuk yg keluar dari mulut anda ialah 96 km sejam.
  7. Bergantung pada saiz, otot paling kuat di tubuh manusia ialah lidah.
  8. Bayi lahir tanpa tempurung lutut hinggalah ia berusia 2-6 tahun.
  9. Secara purata, orang yang mempunyai tangan kidal hidup 9 tahun lebih pendek.
  10. Kanak-kanak membesar lebih cepat pada musim panas.
  11. Perut memerlukan 1 jam untuk menghadam susu lembu.
  12. Orang yang berambut perang punyai lebih banyak rambut dari yang berambut hitam.
  13. Jika anda buta sebelah mata, anda hanya kehilangan 1/5 penglihatan, tetapi anda akan hilang langsung deria menjarak.
  14. Hidung dan telinga akan terus membesar sehingga anda mati.
  15. Purata setiap kulit kepala ada 100,000 helai rambut. (Kecuali orang botak lerr)
  16. Purata setiap tahun manusia mengelipkan mata sebanyak 6,205,000 kali
  17. Jika diukur panjang bulu mata yang gugur sepanjang hidup seseorang manusia ialah 30 meter.
  18. Tengkorak manusia terdiri 29 jenis tulang.
  19. Orang Mesir purba mencukur bulu kening mereka untuk berkabung di atas kematian kucing mereka.
  20. Setelah anda mati, tubuh anda akan mula mengecut dan ini mencipta satu ilusi seolah-olah rambut dan kuku terus panjang.
  21. Rambut dan kuku adalah dari satu bahan yang sama.
  22. Seorang manusia boleh menyedut sehingga 4 liter udara, tetapi hanya 5% saja yang digunakan.
  23. Luas kulit manusia ialah 6.5 kaki persegi.
  24. 15 bilion sel darah manusia musnah setiap saat.
  25. Buah pinggang menghasilkan insulin.
  26. 80 peratus tubuh manusia adalah air.
  27. Jantung manusia membuat tekanan yang cukup untuk mengepam darah sehingga 30 kaki.
  28. Anda dilahirkan dengan 300 tulang. Apabila anda dewasa, anda cuma ada 206 tulang.
  29. Tulang peha manusia lebih kuat dari batu konkrit.
  30. Jika dicampur, panjang urat dalam seseorang manusia ialah 72 km.
  31. Secara purata, setiap jantung manusia mengepam sebanyak 3000 kali sepanjang hayatnya dan mengepam 48 juta galen darah.
  32. Dalam sehari, manusia akan bernafas sebanyak 23,040 kali.
  33. Darah manusia mengalir sejauh 96,540 km setiap hari.
  34. Kapal Titanic bergerak selaju 22 knots ketika ia berlanggar dgn bungkah ais.
  35. Air minuman 7-up dicipta pada tahun 1929. ’7′ dipilih kerana pada asalnya ia mengandungi 7 auns air manakala ‘up’ pula kerana buihnya yang naik ke atas.
  36. Doktor gigi menasihatkan kita supaya menyimpan berus gigi jauh 6 kaki dari toilet untuk mengelak percikan air jamban tu bila kita flush.
  37. Pada zaman Rom purba, orang yang hidungnya bengkok dianggap bakal seorang pemimpin.
  38. Diet Coke mula dicipta pada tahun 1982.
  39. Cecair di dalam kelapa boleh digunakan untuk menggantikan plasma darah.
  40. Buah strawberi ada lebih vitamin C dari buah oren.
  41. Sebarang cecair di angkasa berbentuk bulat akibat tekanan graviti
  42. Kicap adalah bahan terbaik untuk mencuci loyang.
  43. 1 hari di planet Pluto bersamaan dengan 1 minggu di bumi.
  44. Pasukan polis yg pertama di dunia ditubuhkan di Perancis pd tahun 1667
  45. Perang terpendek ialah diantara Zanzibar dan England pada 1896. Zanzibar menyerah kalah selepas 38 minit.
  46. Setiap dari kita menghasilkan 3.5 pound sampah setiap hari dan kebanyakannya ialah kertas.
  47. Tiada kertas yg boleh dilipat lebih dari 7 kali.
  48. Seorang dari 4 rakyat Amerika Syarikat pernah muncul di kaca tv.
  49. Rakaman suara yang pertama di dunia dibuat oleh Thomas Edison pada 1877 dan rakamanya ialah’ Mary had a little lamb’
  50. Hobi yg paling banyak mengeluarkan duit ialah berkebun.
  51. Pokok Oak tidak berbuah melainkan ia telah berusia lebih 50 tahun.
  52. Kebanyakan vitamin C pada buah ialah di kulitnya.
  53. Pin bowling hanya perlu mengiring 7.5 darjah untuk jatuh.
  54. Produk pertama yang menggunakan bar kod ialah Wringleys gum.
  55. Raja (King) Heart dalam daun terup satu-satunya raja yang tak ada misai.
  56. Kerusi elektrik dicipta oleh seorang doktor gigi.
  57. Setiap galen air laut ada 1/4 paun garam
  58. American Airlines menjimatkan sebanyak US40,000 pada tahun 1987 dengan tidak lagi meletakkan buah zaitun pada setiap hidangan salad di tempat penumpang kelas 1
  59. Kapal terbang Jumbo menggunakan 4,000 galen minyak untuk terbang.
  60. Planet Venus adalah satu satunya planet yang berputar mengikut arah jam.
  61. CD pertama yang dikeluarkan ialah di US olah Bruce Springsteen (Born in USA)
  62. Kanak-kanak belajar tentang hidup lebih banyak dari TV dari yang lain
  63. Purata setiap kanak2 menghabiskan waktu selama 28 jam menonton tv, 2 kali lebih banyak dari masa yang dihabiskkan di sekolah.
  64. Jika anda kuncikan lutut anda sambil berdiri untuk beberapa jam, anda akhirnya akan pengsan.
  65. Novel Tom Sawyer adalah novel pertama yang dihasilkan menggunakan mesin taip.
  66. Kebanyakan habuk di rumah adalah dari sel kulit yang dah mati
  67. Pemilik pertama Syarikat rokok Malboro mati akibat kanser paru-paru.
  68. 37,037 didarabkan dengan sebarang nombor dari 1 – 9, kemudian darabkan dengan 3, jawapannya pasti sama dengan nombor yang anda pilih. Misalnya, 37,037 X 4 X 3 = 44444
  69. Jika anda darabkan 111,111,111 dengan 111,111,111 anda akan dapat jawapan 12345678987654321
  70. Perkataan utk polis ‘Cop’ berasal dari perkataan ‘Constable of Patrol’ di England.
  71. Perkataan Jepun ‘Karaoke’ bermaksud ‘Orkestra Kosong’
  72. Perkataan ‘Good-bye’ asalnya dari perkataan ‘God be with you’
  73. ‘So Long’ berasal dari perkataan Arab ‘ Salam ‘
  74. Nama semua benua bermula dan berakhir dengan huruf A
  75. Perkataan ‘checkmate’ berasal dari bahasa parsi ‘shah mat’ yang bermaksud ‘raja dah mati’
  76. Nama yang paling banyak digunakan di dunia ialah Mohammad
  77. Angkasawan Neil Armstrong mula menjejakkan kaki di bulan dengan kaki kiri.
  78. Pemain bola keranjang Micheal Jordan menerima bayaran tahunan dari syarikat kasut Nike lebih banyak dari keseluruhan gaji pekerja kilang Nike di Malaysia.
  79. Nama paling panjang di dunia ialah ‘Adolp Blaine Charles David Earl Frederick Gerald Hubert Irvin John Kenneth Lloyd Martin Nero oliver Paul Quincy Randolph Shermasn Thomas Uncas Victor William Xerxes Yancy Zeus Wolfeschlegelsteinhausenbergerdorft Senior’
  80. Gunting dicipta oleh Leonardo Da Vinci
  81. Nama sebenar Tina Turner ialah Annie Mae Bullock
  82. Walt Disney amat takut dengan tikus
  83. Bunyi E.T berjalan dibuat dengan meramas agar-agar dalam tangan
  84. Gula mula dibubuh dalam Chewing gum oleh seoran doktor gigi, William Semple
  85. Kertas dicipta pada abad kedua di China
  86. Mengikut buku Guiness Book of Records, restoran yg menyediakan hidangan terpantas di dunia ialah restoran Karne Garibaldi di Guadalajara, Mexico. Pesanan makanan anda akan sampai dalam masa 13 saat.
  87. Roller Coaster yang terpantas di dunia ialah di West Millen, Pennsylvania, Amerika dengan kelajuan 129 km sejam.
  88. Penaip terpantas di dunia menaip 211 perkataan seminit.
  89. Kapal terpantas di dunia seberat 112 tan dan bergerak dlm kelajuan 164 km sejam.
  90. Bandaraya moden yang pertama di dunia yg mencapai penduduk 1 juta orang ialah London pada tahun 1811
  91. New Zealand adalah negara pertama di dunia yang membenarkan perempuan mengundi.
  92. Kebanyakan orang mempunyai tahap IQ 90 – 109, William James Sidis disahkan sebagai manusia yang punyai IQ tertinggi di dunia iaitu diantara 250 – 300. Pada usia 18 bulan beliau boleh membaca akhbar New York times, pada usia 2 tahun dia belajar bahasa latin, pada usia 3 tahun dia belajar bahasa Greek. Setelah dewasa dia boleh menguasai lebih 40 bahasa di dunia. Dia menghabiskan sebahagian besar hidupnya dengan bertukar kerja dari satu tempat ke satu tempat sebagai kuli biasa.
  93. Angel falls di Venezuela adalah air terjun tertinggi di dunia pada ketinggian 3,212 kaki.
  94. Syarikat keretapi India mempunyai perkerja teramai di dunia, iaitu lebih sejuta pekerja.
  95. Bunga terbesar di dunia ialah Rufflesia, membesar sehingga 10 kaki.
  96. Pokok terbesar di dunia ialah sejenis pokok yang bernama ‘The General Sherman Tree’. di Sequola National Park. Setinggi 275 kaki dan 37 kaki lebar.
  97. Olympus Mons, sebuah gunung berapi yang terdapat di planet marikh adalah gunung berapi yang terbesar yang pernah dijumpai di cakrawala. Seluas 595 km dan setinggi 24 km.
  98. Jupiter, planet ke lima dari matahari, adalah planet terbesar sekali. Ianya dua kali ganda lebih besar dari gabungan kesemua planet yg lain.
  99. Kura-kura terbesar yang pernah ditemui ialah seberat 2,016 paun.
  100. Objek terbesar yang pernah ditemui dalam loji pembentungan Los Angeles, Amerika ialah sebuah motosikal.
  101. Misai terpanjang di dunia ialah 133 1/2 inci yg dimiliki oleh Kalyan Ramji Sain.
  102. Permainan Monopoly yang paling lama ialah selama 660 jam.
  103. Pada suhu 40%C, seseorang akan kehilangan 14.4 kalori dengan bernafas.
  104. 3000 dari 1 juta rakyat Amerika menjadi penghisap rokok setiap tahun. Kebanyakan darinya adalah kanak-kanak.
  105. Jika anda cuba untuk mengira jumlah keseluruhan bintang yang ada dilangit dengan kadar 1 bintang satu saat, anda memerlukan masa 3000 tahun untuk mengira kesemuanya.
  106. Purata setiap orang akan menghabiskan masa selama 2 minggu dari keseluruhan hidupnya untuk menunggu lampu trafic bertukar.
  107. Lebih 2500 orang yang tangan kidal mati di seluruh dunia akibat menggunakan peralatan utk tangan kanan.
  108. Hanya 1 dari 2 billion manusia yang akan hidup lebih dari 116 tahun.
  109. Anda berkongsi hari jadi bersama-sama 9 juta orang lain di seluruh dunia.
  110. Lebih kurang 0.7 % penduduk dunia mabuk setiap detik.
  111. Purata kita tidur 24 tahun dari keseluruhan hidup kita
  112. Janggut manusia mengandungi 7000 hingga 15,000 bulu.
  113. Rambut, 70% lebih mudah digunting jika ianya direndam dulu dengan air suam selama 2 minit.
  114. Peningkatan jumlah kereta di dunia 3 kali lebih banyak dari jumlah kadar kelahiran manusia.
  115. Filem animasi Tarzan, dibuat oleh seramai 1,175 pelukis animasi dan mengambil masa 3 tahun untuk siap.
  116. Secara purata, seseorang manusia menelan 8 labah-labah sepanjang hidupnya.
  117. Kira-kira 17% manusia adalah tangan kidal. Sama seperti gorila dan chmpanzees.
  118. Menghantuk kepala anda ke dinding akan membakar kalori sebanyak 150 sejam.
  119. Purata setiap wanita menggunakan 6 paun gincu sepanjang hidupnya.
  120. Bagi setiap seorang manusia, ada satu juta semut.
  121. Berat bau ialah lebih kuang 760 nanograms.
  122. Bumi mengalami 50,000 kali gempa bumi setiap tahun
  123. Memandu dengan kelajuan 121 km sejam, anda memerlukan masa selama 258 hari untuk mengelilingi lingkaran planet saturn.
  124. Beg udara di kereta akan meletup pada kelajuan 322 km sejam.
  125. 1/3 penyakit kanser ada kaitan dengan matahari.
  126. Ada 1000 kimia dalam secawan kopi.
  127. 7 bilion kabus diperlukan untuk memenuhi satu sudu teh
  128. Berat Bungkah ais batu di kutub di dunia ialah 20 juta tan.
  129. Purata setiap manusia meludah sebanyak 25,000 kali sepanjang hidupnya, boleh memenuhi dua buah kolam renang.
  130. Otak anda seberat 3 paun, semuanya air kecuali 10 aun.
  131. Jika anda bahagikan tanah di bumi kepada semua manusia, secara purata setiap manusia akan dapat 100 kaki persegi.
  132. Purata setiap orang membuat 1,140 panggilan talipon setahun.
  133. Di abad pertama, 1/3 penduduk dunia memeluk Islam
  134. 75% surirumah di Amerika Syarikat menguruskan kewangan di rumah
  135. 1/4 dari tulang anda adalah di kaki
  136. Kuku jari tangan tumbuh 4 kali lebih cepat dari kuku kaki.
  137. Bersin anda dikeluarkan dengan kelajuan 161 km sejam.
  138. Berat bumi ialah 6,588,000,000,000,000,000,000,000,000 tan
  139. Purata setiap orang bermimpi 1,460 kali setahun
  140. Mimpi adalah dalam hitam putih dan bukan berwarna
  141. Purata setiap orang ketawa 15 kali sehari
  142. Sejak 3500 tahun, darinya hanya 230 tahun saja dunia aman tanpa perang.
  143. Manusia bergayut di talipon purata 2 tahun dari sepanjang hidupnya
  144. Apabila gelas pecah, kelajuan serpihannya yang berterbangan ialah 427 km sejam.
  145. Pada 1980, Hospital Las Vegas menggantung pekerjanya yang bertaruh bila seseorang pesakit itu akan mati.
  146. Di Utah, adalah menyalahi undang – undang jika bersumpah di hadapan mayat.
  147. 1 dari 7 orang di Manhattan berjalan kaki ke pejabat.
  148. Kacang adalah salah satu dari bahan di dalam dynamite.
  149. Sekarang ada 6 bilion penduduk dunia, pada tahun 1900 cuma ada 1.6 bilion sahaja.
  150. Planet Neptune belum lagi melengkapkan putarannya mengelilingi matahari sejak ia mula ditemui pada 1846. Oleh kerana ia mengambil masa 155 tahun untuk melengkapkan pusingan, ianya hanya akan berlaku pada tahun 2011
  151. Lagu kebangsaan yang paling pendek ialah Jepun dengan hanya 4 baris perkataan.
  152. Kepulauan Falkland mempunyai jumlah penduduk seramai 2000 orang, tetapi jumlah kambing biri-biri di negara itu ialah 700,000 ekor. Nisbahnya 1 orang – 350 kambing
  153. Teleskop dicipta pada tahun 1608 oleh seorang pembuat cermin mata.
  154. Sehingga tahun 1820, semua saintis menyangka alam semesta berusia 6000 tahun. Kini telah diketahui bahawa alam semesta sebenarnya telah berusia 15 bilion tahun.
  155. Hanya 4 % dalam alam semesta yang boleh kita lihat
  156. Ketika zaman dinasor tak ada rumput. Rumput mula muncul menjalar dari pokok buluh 24 juta tahun lalu.

Read more...

Hudud dan Penerangan Yang Jelas Respon daripada Klip Video Sembang Rakyat

>> Friday, December 16, 2011



2 buah filem pendek yang menerangkan hudud secara umum. Filem pertama dan pendek dibawah diterbitkan bertujuan untuk menjawab persoalan dan kekeliruan yang ditimbulkan dalam klip video ‘Sembang Rakyat’ yang bertajuk ‘Musim hudud‘ dan ‘Lagi Hudud PAS‘. Semoga klip video ini dapat memberi manfaat kepada para penonton.

Lakonan Bob lokman + Mat lutfi. Jom sebarkan pada masyarakat agar meraka tahu apa itu HUDUD yang sebenarnya.

Video dibawah ni adalah antara klip video Sembang Rakyat.



Apa pandangan kita pulak sebagai orang Islam ini. Sama-sama kita kongsikan bersama

Read more...

Aku Tidak Berzina

>> Thursday, December 15, 2011



Kami tidak berzina !…Maaf saya tidak menuduh awak berzina ,tetapi awak menghampiri zina. …..Kami hanya barbual-bual, berbincang,. Bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina?
Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan……Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu…..Hari ini ya.Esok mungkin kamu kecundang.Iblis akan memerangkap kamu.Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus…. Ia telah menipu moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Iblis amat licik.

Ingat pesanan Rasulullah : “Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya ,syaitan” (Tabrani) .

Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis.…..Tidak semestinya semua orang bercinta* menjurus kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun!
Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora,lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?


Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah :
“Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman” (muslim dan Abu Daud).
Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak…. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan…..

Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!*(bagi kes belajar berdua-duaan SAHAJA)*
Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia,akhirat lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid.

Sungguh! Bincang pelajaran sahaja….. Ni Study Group.*(bagi kes berdua-duaan SAHAJA) Study Group...?
Nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-manapun berdua. Kalau ye pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni… betul ke bincang pelajaran? ….Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu... banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.
Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.

Kami berdua sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.
Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.


Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?
Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini.

Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu. Tentu ada cinta secara Islam. Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia.

Sabda Rasulullah :
“Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah” (Ibnu Majah).


Kalau begitu, cinta* remaja semua menghampiri kepada penzinaan?
Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam bukankah mereka semakin hampir dengan penzinaan?

Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun! Masih ramai orang yang bercinta* tetapi tetap selamat tidak sampai berzina. Kami tahan diuji. Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang.

Jadi manusia itu tidak tahan diuji? …
Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia.Allah tegah Adam dan Hawa supaya tidak memakan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan menghampiri pokok khuldi itu.

Firman Allah:
“Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim” (al-Araf:19)

Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya akan kecundang.Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa. Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin.

Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta?
Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing- masing akan berlakon dengan watak terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai- bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada yang pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang pujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking. Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit.

Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti…..Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah?
Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia……Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini, Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung, bagaimana kesudahannya?

Tanya sikit,.. adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta
Semua itu adalah perangkap iblisdan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina. Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?

Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia.Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.

Adakah orang yang bercinta* hilang maruah?
Antara kemulian manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang TIDAK pernah berzina.
Allah berfirman:
“Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin dengan melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman. (Surah An-Nur: 3)
Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan.

Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?
Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik. Kami telah berjanji sehidup semati .Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.
Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.


Jadi, perempuan yang bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki? (tidak mengikut syariat)
Tentu. Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang second hand sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja.Tapi ada orang yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan. Itulah hakikatnya.


Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?
Ya, masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya.
Firman Allah:
“Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina)... Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar” (Surah Al-Ahzab: 35)

Bagaimana kami?
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya. Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha. Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi tiga syarat:
1. Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.
2. Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.
3.Berazam. Bertekad didalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami .Saatnya adalah selepas ijab kabul. Ingatlah semakin bebas pergaulan sebelum berkahwin, semakin hambar & kurang rasa cinta setelah menjadi suami isteri.

Doa elak maksiat berterusan.
Ya Allah. Hambamu ini telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan penerima taubat . Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa . Engkau jaga diriku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapaku curahkan kasih itu kepada orang lain. Oh Tuhan, hambamu ini berdosa Amin , yarabbal alamin. Moga Allah terima taubat kita Kita berpisah kerana Allah , kalau ada jodoh ,tidak kemana!

YaAllah bantulah kami .Kini kami datang kepintuMu mencari redha-Mu. Terimalah taubat kami.

Read more...

9 Mimpi Nabi Muhammad S.A.W Yang Benar

>> Monday, December 12, 2011



Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat,setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan,setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya,sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-menderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukannya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT
lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW, "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Read more...

30 Ciri-ciri Orang Yang Munafik

>> Saturday, December 10, 2011



1. Dusta

Hadith Rasulullah yang diriwayatkan Imam Ahmad Musnad dengan sanad Jayid: "Celaka baginya, celaka baginya, celaka baginya. Iaitu SESEORANG YANG BERDUSTA AGAR ORANG2 TERTAWA."
Di dalam kitab Shahihain (Shahih Bukhari dan Muslim), Rasulullah SAW bersabda: "Tanda orang munafik ada 3, salah satunya adalah jika berbicara dia dusta."


2. Khianat

sabda Rasulullah SAW: "Dan apabila berjanji, dia berkhianat." Barangsiapa memberikan janji kepada seseorang, atau kepada isterinya, anaknya, sahabatnya, atau kepada seseorang dengan mudah kemudian dia mengkhianati janji tersebut tanpa ada sebab uzur syar'i maka telah hinggap pada dirinya salah satu tanda kemunafikan.


3. Fujur dalam pertikaian

sabda Rasulullah SAW:
"Dan apabila bertengkar (bertikai), dia melampau"


4. Ingkar Janji

sabda Rasulullah SAW:
"Tanda orang munafik ada 3: jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia ingkar, dan jika dipercaya (diberi amanat) dia berkhianat." (HR. Bukhari Muslim)


5. Malas Beribadah

Firman Allah SWT:
"...Dan apabila mereka berdiri untuk solat, mereka BERDIRI DENGAN MALAS..."
(An-Nisa': 142)
Jika orang munafik pergi ke masjid/surau, dia menyeret kakinya seakan-akan terbelenggu rantai. Oleh kerana itu, ketika sampai di dalam masjid/surau dia memilih duduk di shaf yang paling akhir. Dia tidak mengetahui apa yang dibaca imam dalam solat, apalagi untuk menyemak dan menghayatinya.


6. Riya'

Di hadapan manusia dia solat dengan khusyuk tetapi ketika seorang diri, dia mempercepatkan solatnya. apabila bersama orang lain dalam suatu majlis, dia tampak zuhud dan berakhlak baik, demikian juga pembicaraannya. Namun, jika dia seorang diri, dia akan MELANGGAR HAL-HAL YANG DIHARAMKAN Allah SWT.


7. Sedikit Berzikir

Firman Allah SWT:
"...Dan apabila mereka berdiri untuk bersolat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya' (dengan solat) di hadapan manusia. dan tidaklah mereka menyebut Allah SWT kecuali sedikit sekali.
(An-Nisa': 142)


8. Mempercepat Solat

Mereka (orang2 munafik) adalah orang yang mempercepatkan solat tanpa ada rasa khusyuk sedikit pun. Tidak ada ketenangan dalam mengerjakannya, dan hanya sedikit mengingat Allah SWT di dalamnya. Fikiran dan hatinya tidak menyatu. Dia tidak menghadirkan keagungan, kehebatan, dan kebesaran Allah SWT dalam solatnya.
Hadith Nabi SAW:
"Itulah solat orang munafik...lalu mempercepat empat rakaat (solatnya)"


9. Mencela orang-orang yang Taat dan Soleh

Mereka memperlekehkan orang-orang yang Taat dengan ungkapan yang mengandung cemuhan dan celaan. Oleh kerananya, dalam setiap majlis pertemuan sering kali kita temui orang munafik yang hanya MEMBINCANGKAN SEPAK TERAJANG ORANG2 SOLEH dan orang2 yang konsisten terhadap Al-Quran dan As-Sunnah. Baginya seakan-akan tidak ada yang lebih penting dan menarik selain memperolok-olok orang2 yang Taat kepada Allah SWT


10. Memperolok-olok Al-Quran, As-Sunnah, dan Rasulullah SAW

Termasuk dalam kategori Istihzaa' (berolok-olok) adalah memperolok-olok hal2 yang disunnah Rasulullah SAW dan amalan-amalan lainnya. Orang yang suka memperolok-olok dengan sengaja hal-hal seperti itu, JATUH KAFIR.
Firman Allah SWT:
"...Katakanlah: 'Apakah dengan Allah SWT, Ayat-Ayat-Nya, dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?' Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman..."
(At-Taubah: 65-66)


11. Bersumpah Palsu

Firman Allah SWT:
"Mereka menjadikan sumpah-sumpah mereka sebagai perisai..."
(Al-Munafiqun: 2, Al-Mujadilah: 16)
Jika seseorang menanyakan kepada orang munafik tentang sesuatu, dia langsung bersumpah. Apa yang diucapkan orang munafik semata-mata untuk menutupi kedustaannya. Dia selalu mengumpat dan memfitnah orang lain. Maka jika seseorang itu menegurnya, dia segera mengelak dengan sumpahnya: "Demi Allah, sebenarnya kamu adalah orang yang paling aku sukai. Demi Allah, sesungguhnya kamu adalah sahabatku.


12. Enggan Berinfak

Orang2 munafik memang selalu menghindari hal2 yang menuntut pengorbanan, baik berupa harta maupun jiwa. Apabila menjumpai mereka berinfak, bersedekah, dan mendermakan hartanya, mereka lakukan kerana riya' dan sum'ah. Mereka enggan bersedekah, kerana pada hakikatnya, mereka tidak menghendaki pengorbanan harta, apalagi jiwa.


13. Tidak menghiraukan nasib Kaum Muslimin

Mereka selalu menciptakan kelemahan2 dalam barisan muslimin. Inilah yang disebut At Takhdzil. iaitu, sikap meremehkan, menakut-nakuti, dan membiarkan kaum muslimin. Orang munafik berpendapat bahawa orang2 kafir lebih kuat daripada kaum muslimin.


14. Suka menyebarkan Khabar Dusta

Orang munafik senang memperbesar peristiwa/kejadian. Jika ada orang yang tergelincir lisannya secara tidak sengaja, maka datanglah si munafik dan memperbesarkannya dalam majlis2 pertemuan. "Apa kalian tidak mendengar apa yang telah dikatakan si fulan itu?" Lalu, dia pun menirukan kesalahan tersebut. Padahal, dia sendiri mengetahui bahawa orang itu mempunyai banyak kebaikan dan keutamaan, akan tetapi si munafik itu tidak akan mahu mengungkapkannya kepada masyarakat.


15. Mengingkari Takdir

Orang munafik selalu membantah dan tidak redha dengan takdir Allah SWT. Oleh kerananya, apabila ditimpa musibah, dia mengatakan: "Bagaimana ini. Seandainya saya berbuat begini, niscaya akan menjadi begini." Dia pun selalu mengeluh kepada sesama manusia. Sungguh, dia telah MENGKUFURI DAN MENGINGKARI QADHA DAN TAKDIR.


16. Mencaci maki kehormatan orang-orang Soleh 

Apabila orang munafik membelakangi orang2 soleh, dia akan mencaci maki, menjelek-jelekkan, mengumpat, dan menjatuhkan kehormatan mereka di majlis-majlis pertemuan.
Firman Allah SWT:
"...mereka mencaci kamu dengan lidah yang tajam, sedang mereka bakhil untuk berbuat kebaikan..."
(Al-Ahzab: 19)


17. Sering meninggalkan Solat Berjamaah

Apabila seseorang itu segar, kuat, mempunyai waktu luang, dan tidak memiliki uzur say'i, namun tidak mahu mendatangi masjid/surau ketika mendengar panggilan azan, maka saksikanlah dia sebagai orang munafik.


18. Membuat kerosakan di Muka Bumi dengan Dalih Mengadakan Perbaikan

Firman Allah SWT:
"Dan apabila dikatakan kepada mereka: janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: 'Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan kebaikan.' Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak sedar."
(Al-Baqarah: 11-12)


19. Tidak ada kesesuaian antara Zahir dengan Batin

Secara Zahir mereka membenarkan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah Rasul Allah, tetapi di dalam hati mereka, Allah telah mendustakan kesaksian mereka. Sesungguhnya, kesaksian yang tampak benar secara Zahir itulah yang menyebabkan MEREKA MASUK KE DALAM NERAKA. Penampilan zahirnya bagus dan mempersona, tetapi di dalam batinnya terselubung niat busuk dan menghancurkan. Di luar dia menampakkan kekhusyukan, sedangkan di dalam hatinya main-main.


20. Takut terhadap Kejadian Apa Pun

Orang2 munafik selalu diliputi rasa takut. Jiwanya selalu bergoncang, keinginannya hanya selalu mendambakan kehidupan yang tenang dan damai tanpa disibukkan oleh persoalan2 hidup apa pun. Dia selalu berharap: "Tinggalkan dan biarkanlah kami dengan keadaan kami ini, semoga Allah memberikan nikmat ini kepada kami. Kami tidak ingin keadaan kami berubah." Padahal, keadaannya tidaklah lebih baik.


21. Beruzur dengan Dalih Dusta

Firman Allah SWT:
"Di antara mereka ada orang yang berkata: 'Berilah saya izin (tidak pergi berperang) dan janganlah kamu menjadikan saya terjerumus ke dalam fitnah.' Ketahuilah bahawa mereka telah terjerumus ke dalam fitnah. Dan sesungguhnya NERAKA JAHANNAM itu benar-benar meliputi orang-orang yang kafir."
(At-Taubah: 49)


22. Menyuruh Kemungkaran dan Mencegah Kemakrufan

Mereka (orang munafik) menginginkan agar perbuatan keji tersiar di kalangan orang2 beriman. Mereka menggembar-gemburkan tentang kemerdekaan wanita, persamaan hak, penanggalan hijab/jilbab. Mereka juga berusaha memasyarakatkan nyanyian dan konsert, menyebarkan majalah2 porno (SEMIPORNO) dan narkotik.


23. Bakhil

Orang2 munafik sangat bakhil dalam masalah2 kebajikan. Mereka menggenggam tangan mereka dan tidak mahu bersedekah atau menginfakkan sebahagian harta mereka untuk kebaikan, padahal mereka orang yang mampu dan berkecukupan.


24. Lupa kepada Allah SWT

Segala sesuatu selalu mereka ingat, kecuali Allah SWT. Oleh sebab itu, mereka sentiasa ingat kepada keluarganya, anak-anaknya, nyanyian2, berbagai keinginan, dan segala sesuatu yang berhubungan dengan duniawi. Dalam fikiran dan batin mereka tidak pernah terlintas untuk MENGINGAT (ZIKIR) ALLAH SWT, KECUALI SEBAGAI TIPUAN SEMATA-MATA.


25. Mendustakan janji Allah SWT dan Rasul-Nya

Firman Allah SWT:
"Dan (ingatlah) ketika orang-orang munafik dan orang-orang yang berpenyakit dalam hatinya berkata: 'Allah dan Rasul-Nya tidak menjanjikan kepada kami selain tipu daya."
(Al-Ahzab: 12)


26. Lebih memperhatikan Zahir, mengabaikan Batin

Orang munafik lebih mementingkan zahir dengan mengabaikan yang batin, tidak menegakkan solat, tidak merasa diawasi Allah SWT, dan tidak mengenal zikir... Pada zahirnya, pakaian mereka demikian bagus menarik, tetapi batin mereka kosong, rosak dan lain2.


27. Sombong dalam Berbicara

Orang2 munafik selalu sombong dan angkuh dalam berbicara. Mereka banyak cakap dan suka memfasih-fasihkan ucapan. Setiap kali berbicara, mereka akan selalu mengawalinya dengan bila UNGKAPAN MENAKJUBKAN YANG MEYAKINKAN AGAR TAMPAK SEPERTI ORANG HEBAT, MULIA, BERWAWASAN LUAS, MENGERTI, BERAKAL, DAN BERPENDIDIKAN. Padahal, pada hakikatnya dia tidak memiliki kemampuan apa pun. Sama sekali tidak memiliki ilmu bahkan lagi terserlah kemunafikannnya.


28. Tidak memahami Ad Din

Di antara "KEISTIMEWAAN" orang2 munafik adalah: mereka sama sekali tidak memahami masalah-masalah agama. Dia tahu bagaimana mengenderai kereta dan mengerti perihal mesinnya. Dia juga mengetahui hal2 remeh-temeh dan pengetahuan-pengetahuan yang tidak pernah memberi manfaat kepadanya meski juga tidak mendatangkan mudharat baginya. Akan tetapi, apabila menghadapi untuk berdialog (bertanya tentang persoalan2 Ad Din (Islam)), dia sama sekali tidak boleh menjawab.


29. Bersembunyi dari manusia dan menentang Allah dengan Dosa

Orang munafik menganggap ringan perkara2 terhadap Allah SWT, menentang-Nya dengan melakukan berbagai kemungkaran dan kemaksiatan secara sembunyi-sembunyi. Akan tetapi, ketika dia berada di tengah-tengah manusia dia menunjukkan sebaliknya: berpura-pura taat
Firman Allah SWT:
"Mereka bersembunyi dari manusia, tetapi mereka tidak bersembunyi dari Allah, padahal Allah beserta mereka, ketika pada suatu malam mereka menetapkan keputusan rahsia yang Allah tidak redhai..."
(An-Nisa': 108)



30. Senang dengan Musibah yang menimpa orang-orang Beriman dan Dengki terhadap Kebahagian mereka

Orang munafik apabila mendengar berita bahawa seorang ulama yang soleh tertimpa suatu musibah, dia pun menyebarluaskan berita duka itu kepada masyarakat sambil menampakkan kesedihannya dan berkata: "Hanya Allahlah tempat memohon pertolongan. Kami telah mendengar bahawa si fulan telah tertimpa musibah begini dan begitu... semoga Allah memberi kesabaran kepada kami dan beliau." Padahal, di dalam hatinya dia merasa senang dan bangga akan musibah itu.

Read more...

Mengapa Yahudi Sangat Bijak



Berpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Coca cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik (bagi umat Islam lebih baik diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran - admin). Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga sukan yg memerlukan kosentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali! Di sini perokok seperti di anak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok, dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!


Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok? Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato! ' Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Read more...
Resources Blogs
Top  blogs

  © Blogger template Socolatajuz by Rahman Bashri 2011

Back to TOP