Alamaya : Garden of Beautiful Creatures Siap Tahun 2011

>> Monday, August 31, 2009

Malaysia bakal menjulang satu lagi penghargaan dalam dunia animasi sebaik filem tiga dimensi (3D) tempatan, Alamaya: Garden of Beautiful Creatures yang dibangunkan syarikat animasi tempatan, Shock3D Sdn Bhd siap menjelang 2011.Pengarah Kreatifnya, Eugene Foo Shyang Eu, berkata syarikatnya dalam proses membuat animasi terbabit yang menelan kos sehingga RM5.8 juta yang dibiayai melalui geran kerajaan dan swasta.

"Animasi terbabit mengisahkan budak lelaki yang terperangkap dalam dunia maya dan menyaksikan pelbagai haiwan yang mempunyai gabungan dua bentuk fizikal seperti gajah dicampur ikan duyung," katanya.Katanya, animasi berkonsepkan aksi yang digarapkan dengan flora dan fauna itu menggunakan teknik canggih dengan perisian perkomputeran terkini seperti Maya bagi menyokong kehendak grafik moden.

"Perisian serta perkakasan moden penting dalam pembikinan animasi dengan dibantu tenaga kerja yang bersungguh-sungguh dalam menyediakan kualiti animasi yang setaraf hasil kerja Hollywood," kata Foo.Beliau memaklumkan syarikatnya turut berminat mendapatkan perkhidmatan perkomputeran grid yang dibangunkan Mimos Berhad memandangkan ia membantu memendekkan tempoh menyiapkan animasi."Seperti yang dapat disaksikan menerusi animasi Geng: The Adventure Begins, perkomputeran grid memainkan peranan penting untuk menyediakan prasarana lengkap bagi perkomputeran dengan beban yang tinggi," katanya.

http://www.jonbrooks.co.uk/video/Video%20File%20Images/%27Alamaya%20-%20Garden%20Of%20Beautiful%20Creatures%27%20Trailer.jpg

Alamaya: Garden of Beautiful Creatures turut menarik minta Shock3D untuk memanggil beberapa selebriti terkemuka seperti Maya Karin, Patrick Teoh, Hannah Tan, Deanna Yusof dan Harith Iskandar menyumbang suara dalam animasi selama 90 minit itu.Foo berkata, syarikatnya mensasarkan pasaran China dan Timur Tengah di samping pasaran tempatan bagi filem animasi 3D terbabit namun ia bergantung selepas mendapatkan nasihat pihak lain.
"Kejayaan Geng: The Adventure Begins membuka mata mengenai kekuatan kualiti animasi 3D tempatan dan ia diharapkan mampu membawa nama negara ini ke peringkat lebih tinggi," katanya.

Sementara itu, Pengarah Pembangunan Perniagaannya, Syed Hezri Syed Hisham, memaklumkan syarikatnya bakal mengeluarkan permainan online berkaitan animasi terbabit sebelum filemnya dikeluarkan."Kami juga akan mengeluarkan beberapa siri pendek bagi memperkenalkan karakter seawal 2010 bagi memberi pemahaman kepada penonton," katanya.

Klik Sini Untuk Menonton Trailer Animasi Ini.

Have you found this post useful? If so please share it:
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Read more...

Harga Minyak Naik Lagi

Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikan harga petrol RON97 daripada RM1.80 kepada RM2.05 mulai esok.Manakala harga petrol RON95 yang dilancarkan hari ini - bagi menggantikan RON92 - dijual pada harga RM1.80 seliter.

Kerajaan sebelum ini telah menyatakan bahawa harga petrol akan dinaikan pada 1 September.
Mei lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata harga petrol gred premium RON97 akan naik 20 sen kepada RM2 seliter, manakala petrol gred rendah RON95 akan dijual pada harga RM1.75 seliter.

Bagaimanapun, kerajaan telah menambah lima sen lagi bagi harga kedua-dua gred tersebut.
Hari ini, Ismail yang melancarkan petrol RON95 berkata, harga RON95 terpaksa dinaikkan lima sen berbanding RM1.75 seliter seperti yang diumumkan Mei lalu kerana harga pasaran minyak dunia yang berubah kini.

"Bagaimanapun harga ini adalah sama dengan harga minyak yang biasa dipakai pengguna sekarang iaitu RON97 (RM1.80 seliter).

"Sepatutnya harga RON95 jika mengikut pasaran dunia ialah RM1.89 seliter, tetapi kerajaan tak mahu rakyat rasa ada kenaikan jadi ditetapkan kepada RM1.80 sahaja," katanya, lapor Bernama.

Ismail Sabri berkata kerajaan menganggar akan dapat mengurangkan tanggungan subsidi sebanyak RM420 juta setahun dengan pelaksanaan RON95 memandangkan harga subsidinya lebih rendah iaitu 38.81 sen seliter berbanding subsidi RON97 sebelum ini iaitu 42.72 sen seliter.
Menurutnya lagi, petrol RON97 pula masih dikekalkan dalam pasaran sebagai produk premium memandangkan ada kenderaan yang memerlukannya terutama kenderaan berkuasa tinggi.


Have you found this post useful? If so please share it:
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Read more...

Nikon Memperkenalkan Kamera + Projektor (Mini) - Coolpix S1000PJ

>> Saturday, August 29, 2009

Nikon telah mengeluarkan satu kamera digital kompak yang boleh juga boleh digunakan sebagai mini projektor.Boleh bawa kamera dan tembak sahaja ke dinding untuk slideshow. Dibawah ni aku ada sertakan specifikasi kamera tersebut.Tetapi dalam BI tak tahu nak translatekan dalam BM.hehehe...Terima Kasih Kepada InfoMalaya.

  • Sharper results with five advanced Nikon image stabilizing features
  • Nikon’s Smart Portrait System with Skin Softening
  • Intelligent automated shooting modes that promote carefree shooting
  • Quick Retouch
  • 2.7-in. high-resolution LCD monitor with anti-reflection coated cover
  • 16 handy scene modes for optimized shooting in various settings
  • D-Lighting
  • Active Zoom
  • Auto Sort and Favorite Pictures functions
  • Four movie modes with sound
  • Time zone function for easy setting of multiple locations
  • Approx. 36 MB of internal memory
  • Hi-Speed USB connectivity
  • Projector:
  • Brightness : up to 10 lumens (Measurement, measuring conditions and method of notation
  • all comply with ISO 21118.)
  • Image size : 5 to 40 in
  • Throw distance : approx. 26cm to 2m (10 in. to 6 ft. 6 in.)
  • Endurance (battery life)*5 : approx. 1 hour
  • Resolution (output) : VGA equivalent

Nikon Coolpix S1000PJ

Harga kamera ni ialah sekitar USD430. Kalau dah convert jadi dalam lingkungan RM1500-RM2000. Apa yang penting, menurut spec (dari Nikon Malaysia):

Jarak projektor: lebih kurang 2 meter
Bateri: lebih kurang 1jam untuk projektor

sungguh portable & murah berbanding LCD projektor yang harga paling kurang dalam lingkungan RM3000 ke atas.

http://www.nikon.com.my/products/1338/dfe96ea2ee/S1000pj_BK_front34l_lo_i.jpg

http://www.nikon.com.my/products/1338/dfe96ea2ee/S1000pj_BK_ambience_3_i.jpghttp://www.nikon.com.my/products/1338/dfe96ea2ee/S1000pj_SL_back_i.jpghttp://www.nikon.com.my/products/1338/dfe96ea2ee/S1000pj_SL_front34l_lo_i.jpghttp://www.nikon.com.my/products/1338/dfe96ea2ee/S1000pj_SL_front_lo_i.jpghttp://www.nikon.com.my/products/1338/dfe96ea2ee/S1000pj_SL_top_i.jpg

Have you found this post useful? If so please share it:
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Read more...

Konvensyen Perpaduan Muslim Antarabangsa Kali-2

Konvensyen Perpaduan Muslim Antarabangsa kali ke-2 bakal diadakan di Malaysia pada 15-16 Disember 2009. Bertempat di Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur. Dianjurkan oleh Ramadhan Foundation, ditaja oleh Yayasan Pimpinan Perdana dan diuruskan oleh My Event. Siapa yang patut hadir ke konvensyen ini? Menurut Ramadhan Foundation, mereka menjemput insan dari seluruh dunia untuk hadir ke Konvensyen Perpaduan Muslim Antarabangsa kali ke-2 dan berpeluang untuk mendengar ucapan dari cendiakawan Islam, ahli politik, dan pemimpin-pemimpin antarabangsa. Sila daftar sekarang untuk mendapatkan tempat. RM500 bayaran dikenakan untuk 2 hari konvensyen tersebut dan RM399 untuk pelajar.

Antara penceramah adalah Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Tun. Dr Mahathir Mohamad, Muhammad Umar, Shaykh Abdullah bin Bayyah, Dr Mohammed Saeed Ramadan Al Bouti, Al Habib Ali Al Jifri, Shaykh Ahmad Hussain Darwish, dan lain-lain lagi.

imuc


Have you found this post useful? If so please share it:
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Read more...

Nyalakan Lampu Kereta Anda Ketika Hujan

>> Thursday, August 27, 2009

Di ibu negara minggu ini, hampir setiap hari hujan.Tapi tidak mengapalah, sekurang-kurangnya hapuslah jerebu. Kurang sikit orang batuk-batuk dan demam-demam. Bahaya demam kena jerebu boleh melarat jadi demam yang satu lagi... H1N1. Tapi itu cerita lain. Penulis akan pastikan pengkisahan yang diperturunkan di sini, tidak lari dari tema pemotoran.Kadang-kadang hujan berlaku lewat petang. Ada juga seawal jam 11 pagi. Tapi awan gelap dan kelihatan macam nak maghrib. Masalahnya, ramai pula pemandu yang keberatan nak menyalakan lampu depan mereka. Maklumlah, bagi mereka hari masih pagi lagi, waima segelap mana pun persekitaran ketika itu dan sekuat mana hujan yang turun.

Dalam konteks ini, para pemandu semua jenis kenderaan disaran supaya prihatin dalam penyalaan lampu di waktu hujan. Perkara asas dalam aspek pemanduan ialah kenampakan.
Adalah penting untuk kenderaan di depan dan belakang anda dapat melihat anda. Atas sebab yang sangat mudah - diwajibkan kenderaan menyalakan lampu bila memasuki terowong atau memandu di waktu malam di mana tahap penglihatan adalah rendah atau tiada langsung. Jadi mengapa masa hujan, lampu pula dikedekutkan? Sedangkan ia sama dengan kriteria tahap penglihatan yang rendah.

http://www.kapanlagi.com/p/vert.car.ap.jpg

Ada orang mengomel, kalau pasang lampu pada siang hari akan cepat `menghauskan' mentol lampu. Mana punya sekolah yang bagi fakta menyeleweng ini? Dan katakanlah... betul sekali pun dakwaan seumpamanya, mana lebih penting? Mentol mati atau diri anda sendiri yang mati dalam kemalangan gara-gara kereta anda tidak kelihatan pada pemandu di depan dan belakang?

Nyalakan lampu bila hujan supaya anda dapat dilihat bukan sahaja oleh pemandu lain tetapi juga pejalan kaki. Bila hujan lebat, pejalan kaki lazimnya sama ada akan berjalan sangat perlahan sambil memegang payung mereka atau berlari-lari anak semasa melintas jalan. Jika mereka tidak nampak anda, dan anda tidak nampak mereka (tanpa cahaya lampu, bayangan badan tidak dapat dipantulkan), nescaya akan berlaku kejadian tidak diingini.


Have you found this post useful? If so please share it:
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Read more...

Penyelidikan Tentang Khasiat Lintah

Ketika penternak lintah berkembang bagai cendawan tumbuh selepas hujan, ramai juga yang ragu-ragu dengan bidang penternakan haiwan eksotik yang semakin popular itu.Ada yang mendakwa sukar untuk dipasarkan dan tidak mempunyai kilang untuk memproses lintah sebagai produk hiliran.Semua ini tidak mematikan semangat sekumpulan penternak lintah untuk mewujudkan Persatuan Usahawan Industri Lintah Malaysia (Pelintah) bagi memajukan industri lintah negara.Pelintah yang ditubuhkan pada November tahun lalu telah mengadakan mesyuarat agungnya yang pertama pada Mac tahun ini.

Yang Dipertuanya, Mahadzir Md Zin berkata, buat masa ini Pelintah mempunyai lebih 350 orang ahli yang terdiri daripada penternak, pemborong, pengusaha dan peruncit.
"Buat masa ini, Pelintah menyasarkan mempunyai ahli sehingga 10,000 penternak."Pelintah juga merupakan persatuan yang diiktiraf di bawah Jabatan Perikanan Malaysia," katanya.
Beliau menerangkan terdapat lebih 600 spesies lintah di seluruh dunia tetapi antara tiga yang terbaik terdapat di negara ini.Terdapat dua spesies lintah tempatan yang mendapat pasaran dunia iaitu lintah hijau dan lintah perang. Bagi menghasilkan pelbagai produk berasaskan lintah, Pelintah sedang cuba mendapatkan dana bagi tujuan penyelidikan.Ini bagi memastikan produk yang dihasilkan menepati dan diiktiraf oleh semua masyarakat tempatan dan secara global.

http://www.shamiyu.com.my/images/seekor_lintah%5B1%5D.jpg

Sehingga kini lintah banyak digunakan dalam perkhidmatan terapi, produk kecantikan, bahan anti-penuaan dan rawatan alternatif seperti bekam.Mahadzir berkata, bekam dan terapi lintah telah lama digunakan di luar negara dan buat masa ini Pelintah telah mula membuat penghantaran lintah ke luar negara bagi tujuan terapi.Buat masa ini, Pelintah dalam perancangan menjalankan kajian dengan institut pengajian tinggi (IPT) tempatan bagi terapi perubatan serta klinikal.Misalnya kajian mengenai lintah untuk menyembuhkan luka selepas pembedahan kecil, kosmetik serta dalam bidang pertanian.

"Kajian menunjukkan lintah mempunyai banyak hormon berguna serta 16 jenis enzim yang berguna," katanya.Bagi penternak persendirian yang berminat mendapatkan maklumat mengenai Pelintah, boleh melayari laman web www.pelintah.ws atau e-mel kepada admin@pelintah.ws


Have you found this post useful? If so please share it:
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Read more...

Upin & Ipin Melangkah Lebih Jauh

>> Wednesday, August 26, 2009

Filem Geng: Pengembaraan Bermula telah mendapat satu lagi pengiktirafan bertaraf global apabila meraih kejayaan bagi kategori Audience Choice Award dalam Indonesian International Film Festival for Kids 2009 (Kidsfest 2009) di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.Filem anismasi tiga dimensi (3D) pertama Malaysia ini merupakan satu-satunya filem tempatan yang tercalon untuk bersaing dengan filem luar negara seperti The Happiness of Kati' (Thailand), The Letter for the King (Belanda), Mia & The Migoo' (Perancis), Niko & The Way to the Stars (Finland) dan 'Teo's Voyage' (Mexico).

Filem hasil karya Produksi Les' Copaque ini mempamerkan gelagat lucu sepasang kembar comel yang telah berjaya menambat hati penonton.Filem tersebut buat kali pertama ia ditayangkan di Blitz Megaplex pada 18 Julai lepas.Kembar kesayangan ramai ini telah pun mempunyai pengikutnya sendiri setelah muncul di saluran TPI Indonesia pada tahun lepas.Dengan sambutan yang hebat ini, Produksi Les' Copaque yakin bahawa filem ini bakal menjadi gempar apabila ia ditayangkan di Blitz Megaplex, Indonesia September ini.

Ini akan menjadikan filem Geng sebagai filem animasi tempatan pertama yang mendapat keistimewaan tayangan perdana di Indonesia.Segala persiapan bagi mempromosikan filem ini sedang diusahakan bagi menghangatkan lagi kemunculannya.

Siri mini animasi 3D Upin & Ipin mendapat sambutan yang menggalakkan setelah ditayangkan di saluran TPI Indonesia pada tahun lalu.Kini TPI Indonesia masih lagi meneruskan tayangan Upin & Ipin musim kedua yang memaparkan aktiviti mereka sepanjang bulan Ramadan.Siri mini Upin & Ipin kini telah pun memasuki musim ketiga dengan cerita yang lebih menarik dan berintipatikan imej global.


Produksi Les' Copaque berharap ini akan menjadi pemangkin pada jualan barangan Upin & Ipin serta akan menambahkan lagi bilangan peminat apabila filem Upin & Ipin Angkasa yang dijangka muncul pada 2011.Geng akan meneruskan lagi perjuangannya untuk ke peringkat antarabangsa dan bakal menggegarkan pawagam di India pada bulan November ini berikutan minat yang mendalam dari syarikat antarabangsa.

Trailer yang telah dialih bahasa ke bahasa Hindi boleh disaksikan di laman web http://www.indiatales.com.

Filem Geng: Pengembaraan Bermula telah ditayangkan di pawagam seluruh negara pada Februari lalu.Filem ini telah mencetuskan fenomena luar biasa apabila berjaya mencatatkan kutipan kedua tertinggi dalam sejarah perfileman iaitu sebanyak RM6.314 juta untuk hasil jualan tiket sahaja.Ini telah menaikkan lagi penjualan barangan cenderahati dan telah berjaya menarik TM-salah sebuah rangkaian telekomunikasi terkemuka untuk menjadi penaja utama siri ini.


Have you found this post useful? If so please share it:
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Read more...

ISA dan Malaysia

>> Monday, August 24, 2009

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Lazimnya dikenali sebagai ISA, iaitu akronim nama bahasa Inggerisnya, Internal Security Act) merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang sedang berkuatkuasa di Malaysia. Sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, dan sekaligus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan. Pada tahun 1989, kebolehan mahkamah untuk menyiasat kuasa Menteri di bawah peruntukan ini telah dihapuskan dengan beberapa pindaan kepada Akta ini. Pada masa kini, mahkamah boleh melihat semula hanya perkara-perkara teknikal sahaja berkenaan sebarang penahanan di bawah ISA.

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 sebenarnya dirangka oleh R.H. Hickling[1] pada awalnya. Kemudian ia dijadikan undang-undang pada tahun 1960. Semasa akta itu mula digunakan, ia membenarkan kajian semula, akan tetapi sejak itu, ISA telah dipinda sebanyak lebih daripada 20 kali dan peruntukan ini telah dikeluarkan. Kuasa mutlak telah diberikan kepada Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri membolehkan beliau menangkap sesiapa pun, tanpa merujuk kepada mahkamah.Tahanan ISA lazimnya diletakkan di bawah tahanan di Pusat Tahanan Kamunting.

60 hari pertama

Seseorang yang ditahan di bawah ISA semasa 60 hari pertama tidak dibenarkan berkomunikasi dengan dunia luar. Tambahan pula, peguam dan ahli keluarga tidak dibenarkan melawat orang yang ditahan semasa tempoh awal ini. Jika satu perintah penahanan dua tahun ditandatangani, orang yang ditahan akan dibawa ke Pusat Tahanan Kamunting untuk tempoh yang ditetapkan, dan ahli keluarga lazimnya dibenarkan melawat semasa tempoh ini. Jika tidak, orang yang ditahan akan dibebaskan.

Penyeksaan

Penyeksaan dilaporkan menjadi sebahagian daripada kehidupan harian tahanan ISA. Mereka yang pernah ditahan menyatakan bahawa mereka telah didera secara fizikal dan mental yang termasuk salah satu daripada senarai ini: pukulan, penanggalan pakaian, soal siasat 24 jam, ketidakbenaran tidur, ancaman bunuh, ancaman deraan fizikal pada ahli keluarga termasuk ancaman rogol kepada anak mereka. Juga, tahanan diletakkan secara individu dalam sel penjara kecil tanpa cahaya dan udara, dalam yang dipercayai menjadi sel tahanan rahsia. Teknik dan aksi penyeksaan ini direka untuk memalukan dan menakutkan tahanan supaya mendedahkan kekurangan dan memecahkan pertahanan mereka.

Kritikan

Disebabkan sifat ISA yang tidak berperikemanusiaan, beberapa pertubuhan hak asasi manusia dan parti pembangkang telah mengritik Akta ini dan memanggil pemansuhannya. Kerajaan asing, terutama kerajaan Barat, juga telah menekan kerajaan untuk memansuhkan Akta.

Dalam negara

Beberapa parti politik pembangkang termasuk Parti Islam Se-Malaysia [PAS],Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menyatakan bantahan mereka terhadap ISA. Ramai diantara pemimpin dan ahli terkenal mereka yang telah ditahan di bawah ISA termasuk Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Lim Guan Eng dari DAP dan Anwar Ibrahim dari PKR.

Namun Akta ini juga pernah dikritik oleh beberapa ahli politik gabungan Barisan Nasional, termasuk parti komponen terbesarnya, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang telah memerintah Malaysia semenjak kemerdekaannya juga telah mengritik ISA. Perdana Menteri Malaysia kelima, Abdullah Ahmad Badawi, telah menyatakan pada tahun 1988 "Jika kita semua hendak menyelamatkan Malaysia dan UMNO, Dr Mahathir (Perdana Menteri ketika itu) mesti diguling. Dia menggunakan undang-undang kejam seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk mendiamkan pengkritiknya." Tahun sebelumnnya, dia juga telah menyatakan "Undang-undang seperti ISA tidak punyai tempat di Malaysia moden. Ia merupakan perundangan tidak berperikemanusiaan dan jahat." Pada tahun 2003 apabila beliau menjadi Perdana Menteri pula, beliau mengatakan bahawa ISA adalah "undang-undang yang perlu," dan mengemukakan argumentasi "Kami tidak pernah menyalahgunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Kesemua mereka yang ditahan dibawahnya terbukti mengancam masyarakat secara umum."

Luar negara

Kerajaan Amerika Syarikat pernah mengritik kerajaan Malaysia kerana menggunakan ISA beberapa kali, paling terkini pada tahun 2001 apabila Presiden George W. Bush mengatakan bahawa "Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah undang-undang jahat. Tidak wajar ada lagi negara yang punyai undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan." Pada 2004 pula, Bush berpaling dan berkata "Kami tidak seharusnya sewenang-wenangnya mengklasifikasi Akta Keselamatan Dalam Negeri Malaysia sebagai undang-undang kejam.", dan ini amat mungkin berpunca daripada peristiwa 11 September 2001 dan penggubalan Akta Patriot selepasnya.

Have you found this post useful? If so please share it:
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Read more...

Makanan Yang Mudah Gemuk

>> Monday, August 17, 2009

Aiskrim
Menikmati aiskrim berperisa vanilla, strawberi atau coklat pada musim panas memang enak. Bagaimanapun anda harus berhati-hati kerana kalori yang terkandung di dalam makanan dingin ini boleh menyebabkan tubuh anda cepat gemuk. Bagi menggantikan aiskrim, anda disyorkan supaya memilih yogurt atau aiskrim rendah lemak.

Hot Dog
Anda tentunya tidak dapat menahan rasa saat melihat hot dog dibaluti dengan roti hangat dengan siraman mayonis dan sos cili di atasnya. Begitu pun, jangan berlebih-lebihan menyantapnya cukup hanya sekadar satu. Ini kerana, hot dog tidak hanya mengandungi lemak tetapi juga mempunyai bahan pengawet dan perasa tambahan.
Coklat
Coklat bukan sahaja enak tetapi juga mempunyai fungsi untuk menenangkan minda. Dark Chocolate misalnya memiliki banyak manfaat untuk kesihatan, itu pun sekiranya diambil dalam kuantiti yang sedikit. Sebaiknya, hadkan pengambilan coklat kerana makanan ini mengadungi lemak dan gula yang tinggi.

Makanan Yang Digoreng
Berhati-hatilah dengan makanan yang digoreng. Ini kerana makan seumpama ini banyak mengandungi lemak yang mudah membuatkan tubuh gemuk. Bagi mengurangkan lemak, sebaiknya anda mengubah kaedah memasak dengan cara makanan merebus, memanggang atau membakar.
Makanan Bersantan
Makanan jenis ini adalah penyumbang terpantas masalah kegemukan. Untuk mengurangkan penggunaan santan dalam masakan seperti nasi lemak atau gulai, gunakan susu rendah lemak sebagai pengganti.


Have you found this post useful? If so please share it:
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Read more...

Kaum Uighur Tenat Dikekang Kaum Han

Nasib umat Islam sering saja tertindas terumatam di kawasan yang mereka menjadi minoriti. Tidak kira di ceruk rantau mana mereka berada, ada saja konflik dan penindasan yang tercetus. Kita boleh saksikan juga perkara sebegini berlaku di Negara seperti Thailand, Filipina yang mana umat Islam merupakan minoriti. Begitu juga nasib umat Islam di Negara-negara barat seperti Perancis. Mereka ini dilayan sperti penduduk kelas kedua kerana mereka ini merupakan pendatang dari Negara bekas jajahan seperti Maghribi dan Algeria. Maka tidak hairanlah berita kejadian rusuhan pada 2005 pernah menjadi sisi gelap bagi Negara itu.

Maka semua kejadian ini tidak dinilai dengan bijak dan terbuka oleh China, sebuah Negara yang bakal menguasai landskap ekonomi dan politik dunia. Jika mereka mengkaji dan menilai apa yang berlaku di Palestin, selatan Thailand malah di Perancis pastinya penduduk minoriti Uighur akan lebih baik dan terjamin memandangkan mereka ini juga sebahagian dari penduduka Negara itu. Mereka ini juga adalah penduduk asal dan menguasai wilayah Xinjang namun kini mereka dipandang sebagai penduduk kelas kedua. Mereka ini bukan sahaja ditindas kerana agama tetapi lebih terarah kepada cubaan asimilasi dan dominasi oleh China.

Dalam kejadian baru-baru ini di Urumqi dalam wilayah Xinjang, dianggarkan 1000 hingga 3000 penunjuk perasaan berhimpun di Dataran Rakyat. Mereka membantah kematian beberapa pekerja kilang alat permainan akibat perkelahian antara kaun Uighur dengan kaum Han China pada 25 Jun lalu. Pada awalnya pertembungan pada Ahad lalu tercetus akibat kegagalan kerajaan mengendalikan pertikaian tersebut dengan adil hingga bertukar menjadi ganas. Maka tercetus pertempuran antara kaum Han dan etnik Uighur yang mengakibatnya sekurang- kuarangnya 156 orang terkorban dan lebih 1,000 lagi cedera. Tindakan ini dilihat sebagai yang paling berdarah selepas kejadian berdarah di Tiananmen lebih 20 tahun lalu. China menuduh puak pemisah Islam Uighur menggunakan senjata pisau dan kayu belantan ketika mengadakan rusuhan. Ratusan penunjuk perasaan dari kaum Han, kumpulan etnik utama di China, dengan bersenjatakan pisau pemotong daging, paip besi, dan batang kayu bertindak menyerang kedai-kedai milik kaum Uighur. “Mereka menyerang kami, kini giliran kami untuk menyerang mereka.” Kata seorang lelaki Han. Sebelum itu, sekumpulan wanita Islam Uighur yang bertudung bergelut dengan anggota polis bersenjata dalam protes berasingan di ibu kota itu.

Kira-kira 200 wanita menyekat sebatang jalan sambil menjerit bahawa suami dan anak-anak mereka telah ditangkap dalam operasi besar-besaran yang dijalankan oleh pihak berkuasa China ke atas kaum minoriti Islam itu. Menurut laporan sebuah akhbar tempatan, polis telanh mengakap 1,434 suspek kerana disyaki terlibat dalam rusuhan tersebut. Bagaimanapun di sebalik insiden ini pastinya kita tertanya-tanya kenapa peristiwa ini berlaku. Secara umumnya diskriminasi dan polarisasi kaum menjadi kata kunci kepada rusuhan ditambah pula rasa tidak puas hati akibat penindasan yang dilakukan oleh kerajaan China terhadap kaum Uighur. Wilayah Xinjang yang mempunyai keluasan 1.6 juta kaki persegi dengan kepadatan penduduk 20 juta merupakan sebuah wilayah yang asalnya dikuasai oleh kaum Uighur. Nama wilayah Xinjang yang bermaksud wilayah baru dalam bahasa Mandarin dianggap satu penghinaan kapada kaum Uighur. Mereka lebih suka jika nama yang membayangkan etnik mereka seperti Uyghurstan digunakan.


Wilayah yang bersempadan dengan Afghanistan, Tajikistan, Kyrgystan, Kazakhstan dan Rusia bahagian utaran serta Pakistan dan India di bahagian selatan turut menempatkan 47 etnik lain. Namun kaum Uighur yang kebanyakan bertutur dalam bahasa Turki menguasai dengan jumlah penduduk 8.3 juta. Dari segi sejarah, wilayah ini telah banyak kali dijajah oleh China. Wilayah ini pernah muncul sebagai Turkestan Timur ketika berlakunya perang saudara namun China bertindak menyerang dan menguasai wilayah ini pada tahun 1949. Sejak itu wilayah itu diletakkan sebagai salah satu dari lima wilayah autonomi di China. Bagaimanapun peningkatan mendadak kaun Han China di situ telah meningkatkan kemarahan kaum Uighur. Bayangkan dari hanya enam peratus pada 1949 kini kaum Han telah meningkat kepada lebih 40 peratus.


PENGUASAAN

Ini jelas menunjukan polisi yang diamalkan China bagi mengelakkan penguasaan kaum Uighur di wilayah itu selain dari mengelak sebarang kegiatan nasionalis berleluasa. Apatah lagi dengan kejayaan Negara-nagara bekas tanah jajahan Rusia seperti Kazakhtan mendapat kemerdekaan pada tahun 1990an, China melihat usaha menempatkan kaum Han di wilayah ini sebagai satu keperluan untuk mengekang sebarang usaha-usaha berbentuk nasianalis dan kemerdekaan.

Gerakan untuk mendapat kemerdekaan oleh puak Uighur ini telah diusahakan oleh Pergerakan Islam Turkestan Timur (ETIM) dan Parti Islam Terkestan (TIM). Kedua-dua kumpulan telah diisytiharkan sebagai kumpulan pengganas dan didakwa pernah menerima latihan dan dana dari Al-Qaeda. Bagi pemimpin demokrasi Uighur yang kini tnggal dalam buangan di Amerika Syarikat (AS), Rebiya Kadeer beliau mengganggap apa yang berlaku sebagai tindakan luahan perasaan marah penduduk asal. “Apa yang saya lihat disana ialah golongan muda tidak mempunyai pekerjaan, tanpa pendidikan dan tanpa harapan.

“Mereka tahu matlamat mereka tetapi pada masa yang sama mereka tidak tahu ada harapan untuk ia dipenuhi. Saya tidak menyokong tindakan ganas sebegini tetapi kemarahan seperti ini pasti ada sebabnya,” kata rebiya yang pernah menjadi antara orang terkaya di China sebelum disumbat ke dalam penjara selam enam tahun. Kebanyakan perniagaan dikuasai oleh penduduk Han dan rumah-rumah penduduk Uighur telah dimusnahkan untuk memberi laluan kepada kemasukan kaum Han. Kebanyakan peluang perniagaan turut dikuasai oleh puak Han. Lebih menyedihkan budaya kaum Uighur telah diketepikan dan mereka kini umpama golongan minoriti yang terpaksa menumpang di wilayah sendiri walaupun hakikatnya adalah sebaliknya.

Kaum Uighur mengatakan kebanyakan dasar-dasar kerajaan tidak berlaku kepada mereka demi menberi tempat kepada penghijrahan kaum Han Cina ke wilayah Xinjang dan kini telah menimbulkan ketegangan etnik dan menaburkan benih-benih keganasan. Dari segi kemanusiaan penindasan sebegini tidak seharusnya berlaku. Kaun Uighur hanya mahukan keadilan dan hak mereka dikembalikan. Namun laungan mereka ini tidak mendapat sebarang pembelaan dari kerejaan China. Sesungguhnya pihak berkuasa China tidak seharusnya menyalahkan kaum Islam Uighur sahaja dalam setiap rusuhan yang berlaku.

Mereka perlu lebih peka dengan kehendak puak Uighur ini memandangkan mereka juag sebahagian dari penduduk Negara itu. Adalah jelas, yang tertindas adalah puak Uighur kerana segala hak dan kepuasan mereka ini dirampas hanya untuk memberi runag untuk kaum mejoriti Han yang menguasai China secara keseluruhan.


Have you found this post useful? If so please share it:
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Read more...

Jerman Akan Hantar Robot Ke Bulan 2015

>> Tuesday, August 11, 2009

Jerman mungkin menghantar sepasukan robot ke bulan menjelang 2015 dengan pembiayaan yang menucukupi dan keinginan politik yang kuat.Koordinator Angkasa Negara, Peter Hintze berkata, program itu akan menelan belanja sebanyak 1.5 bilion euro (RM7.5 bilion) dan mengambil masa lima tahun.Menurutnya, misi itu amat berbaloi kerana selepas 40 tahun Neil Armstrong dan Edwin ‘Buzz’ Aldrin menjejakkan kaki ke permukaan bulan, ia kekal sebagai ‘platform penyelidikan untuk penjelajahan angkasa yang amat baik’ dan menjadi ‘arkib sistem solar’.Hintze turut mencadangkan bahawa bulan boleh menjadi ‘pusat angkasa dunia’ untuk misi angkasa pada masa depan.Pengerusi Pusat Angkasa Jerman, Johann-Dietrich Woerner berkata, secara teknikal, projek itu boleh dilaksanakan dalam rangka masa yang dicadangkan Hintze.

http://4.bp.blogspot.com/_O_L1W8HmE8E/SoNJDjgo51I/AAAAAAAAAx0/aRu5c9bF1Xk/s400/GermanMoon.jpg[MoonMars.jpg]


Have you found this post useful? If so please share it:
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Read more...
Resources Blogs
Top  blogs

  © Blogger template Socolatajuz by Rahman Bashri 2011

Back to TOP