Showing posts with label Masa Hadapan. Show all posts
Showing posts with label Masa Hadapan. Show all posts

Jerman Akan Hantar Robot Ke Bulan 2015

>> Tuesday, August 11, 2009

Jerman mungkin menghantar sepasukan robot ke bulan menjelang 2015 dengan pembiayaan yang menucukupi dan keinginan politik yang kuat.Koordinator Angkasa Negara, Peter Hintze berkata, program itu akan menelan belanja sebanyak 1.5 bilion euro (RM7.5 bilion) dan mengambil masa lima tahun.Menurutnya, misi itu amat berbaloi kerana selepas 40 tahun Neil Armstrong dan Edwin ‘Buzz’ Aldrin menjejakkan kaki ke permukaan bulan, ia kekal sebagai ‘platform penyelidikan untuk penjelajahan angkasa yang amat baik’ dan menjadi ‘arkib sistem solar’.Hintze turut mencadangkan bahawa bulan boleh menjadi ‘pusat angkasa dunia’ untuk misi angkasa pada masa depan.Pengerusi Pusat Angkasa Jerman, Johann-Dietrich Woerner berkata, secara teknikal, projek itu boleh dilaksanakan dalam rangka masa yang dicadangkan Hintze.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjnEQYZT9C81FrvbuZFwi9xJX55Q1cHEqmDTrqMm8HpQur_LnDrBEOh3Hg71B3yH-pX1CP1IwZrUz9WGfeNyq_7szYwZYzOsG_aCps6QwSuDpFTuTKAaL1CnXJY6wvdYtlAhSZ694e9SpdJ/s400/GermanMoon.jpg[MoonMars.jpg]


Have you found this post useful? If so please share it:
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Read more...

Telefon Bimbit Jam Pertama Di Dunia

>> Sunday, January 4, 2009




LG Electronics dari Korea Selatan hari ini mempertontonkan produk terbarunya iaitu sebuah telefon bimbit video berbentuk jam yang pertama di dunia. Model itu menggunakan skrin sesentuh untuk membuat panggilan, ia juga adalah model telefon 3G.

Madel ini juga mampu mengenal suara, menukarkan teks kepada suara, Bluetooth, mp3 dan macam-macam lagi ada.



Tetapi produk ini belum lagi dilancarkan di Eropah, bermakna juga belum lagi di Malaysia, LG akan mempamerkan Model ini pada Pameran Pengguna Elektronok 2009 pada 8 Januari 2009 di Las Vegas.

Read more...

Kereta Perisik James Bond Akan Menjadi Realiti

>> Thursday, January 1, 2009




Satu lagi kenderaan yang mendapat perhatian Saya adalah Rinspeed sQuba yang mampu bertukar menjadi sebuah kapal selam umpama Lotus Esprit yang dipandu ejen perisik British, James Bond dalam filem 'The Spy Who Loved Me'.Menurut pencipta sQuba, Frank Rinderknecht, jentera perisikan itu berjaya diadaptasikan secara realiti dan yakin boleh digunakan secara komersial suatu hari nanti.SQuba adalah kenderaan dua alam yang boleh dipandu di daratan, menongkah ombak dan menyelam sehingga 10 meter di bawah air dengan kelajuan tiga kilometer sejam (km/j)."Dengan menggunakan motor elektrik sebagai sumber kuasanya di dalam air, sQuba mampu menyelam dan bersiar-siar sehingga lapan meter di dasar laut"Kenderaan ini diciptakan tanpa bumbung bagi membolehkan pemilik kenderaan merasai sendiri keindahan dasar laut selain faktor keselamatan sekiranya kenderaan terbabit gagal naik ke permukaan atau sebab kecemasan lain," katanya.



Katanya, kenderaan itu mampu memecut sehingga 125 km/j di jalan raya dan selaju lima km/j ketika mula menerjah permukaan air.Rinderknecht mengambil masa tiga dekad memikirkan idea bagaimana untuk merealisasikan impiannya mencipta kereta serba guna sehingga menjadi kenyataan.Berbeza dengan kenderaan amfibia tentera yang hanya bergerak di permukaan air sahaja, sQuba boleh dipandu seumpama sebuah kapal selam di dalam air tetapi dalam keadaan terbuka.Ruang dalamannya bukan saja dicipta dengan peralatan kalis air, malah turut kalis air masin dan sesuai untuk kegunaan di lautan.SQuba dicipta dengan penggunaan tiga motor elektrik untuk digerakkan iaitu satu untuk kegunaan darat manakala dua motor lagi untuk menggerakkannya di dasar laut.

Read more...
Resources Blogs
Top  blogs

  © Blogger template Socolatajuz by Rahman Bashri 2011

Back to TOP