Showing posts with label Pelancongan. Show all posts
Showing posts with label Pelancongan. Show all posts

Pusat dan Tempat Pelancongan Di Melaka

>> Monday, November 8, 2010

Negeri Melaka juga dikenali sebagai Melaka Negeri Bersejarah atau Negeri Hang Tuah). Pada tahun 2008 Melaka diisytiharkan oleh UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia (World Heritage). Negeri Melaka juga diisytiharkan sebagai 'Melaka Maju' pada 20.10.2010 pada jam 20:10 di Stadium Hang Jebat yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia langsung dari Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur. Melaka juga dinyatakan sebagai Negeri Bandar Teknologi Hijau.

http://lh5.ggpht.com/_ZOVF5DGhXrQ/SxaaPrD0QkI/AAAAAAAADeI/MttarmLThE4/IMG_0743.JPG
Melaka terkenal pusat pelancongan di Melaysia kerana mempunyai banyak tempat-tempat yang menarik..
Sekiranya anda berkunjung ke Melaka anda boleh melawat tempat-tempat yang menarik ini..

Bangunan Bersejarah
1. Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan
2. Istana Kesultanan Melayu Melaka
3. Masjid Peringgit
4. Masjid Tengkera
5. Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka
6. Bangunan Stadthuys

Tapak Bersejarah
1. Makam Hang Tuah
2. Makam Tun Teja
3. Perkuburan Belanda
4. Makam Hang Jebat
5. Makam Hang Kasturi
6. Perigi Hang Li Poh
7. Makam Sultan Hussein
8. Perigi Hang Tuah
9. Perigi Raja
10. Kota Kuala Linggi
11. A Famosa
12. Kota St. John

Tempat Agama Bersejarah
1. Gereja Christ
2. Gereja St. Francis Xavier
3. Gereja St. Paul
4. Gereja St. Peter
5. Masjid Kampung Hulu
6. Masjid Tengkera
7. Masjid Tanah
8. Masjid Kampung Kling
9. Masjid Al-Azim
10. Kuil Sri Poyyatha Vinayagar Moorthi
11. Kuil Sam Po Kong
12. Kuil Hang Li Poh
13. Kuil Cheng Hoon Teng Temple

Tempat Bersejarah
1. Melaka Pindah
2. Kampung Tedong
3. Porta De Santiago
4. Persiaran Jonker - Jonker Walk
5. Villa Sentosa
6. Tanjong Tuan
7. Kota St. John
8. Dataran Portugis
9. Kampung Chitty
10. Masjid Selat
11. Kampung Semabok

Muzium Di Melaka
1. Muzium Pemerintahan Demokrasi
2. Muzium Tuan Yang Terutama
3. Muzium Islam Melaka
4. Istana Kesultanan Melaka
5. Muzium Sejarah dan Ethnografl
6. Galeri Laksamana Cheng Ho
7. Muzium Sastera
8. Muzium Belia Malaysia
9. Galeri Seni PERZIM
10. Muzium Rakyat
11. Muzium Kecantikan
12. Galeri Layang-layang
13. Muzium Samudera (Replika Flor de La Mar)
14. Muzium Samudera Fasa II
15. Muzium TLDM (ditutup untuk naiktaraf)
16. Muzium UMNO
17. Kapal Ex-KD Sri Terengganu (ditutup untuk naiktaraf)
18. Muzium Orang Asli, Ayer Keroh (ditutup untuk naiktaraf)
19. Muzium Adat Istiadat, Alor Gajah
20. Muzium Pertanian, Jasin
21. Muzium Laut
22. Muzium Warisan Baba dan Nyonya
23. Muzium Pulau Besar
24. Muzium Setem Melaka


Tempat-Temapat Menarik Di Ayer Keroh
1. Taman Mini Malaysia
2. Taman Mini Asean
3. Zoo Melaka
4. Taman Burung
5. Hutan Rekreasi Ayer Keroh
6. Taman Buaya
7. Dataran Sejarah
8. Taman Budaya Melaka
9. Muzium Orang Asli
10. Taman Ular dan Reptilia
11. Tasik Ayer Keroh
12. Auyin Hill Resort
13. Taman Rama-rama

Tempat Menarik Lain
1. Sungai Melaka
2. Menara Taming Sari
3. Dataran Pahlawan
4. Dataran Sejarah
5. Dataran Bandaraya
6. Melaka Tropical Fruit Farm, Sungai Udang
7. Taman Rekeraksi dan Air Terjun Gunung Ledang , Asahan

Pantai dan Pulau
1. Pantai Klebang
2. Pantai Tanjung Bidara
3. Pantai Puteri
4. Pantai Pengkalan Balak
5. Pantai Kundor
6. Pulau Besar
7. Pulau Upeh

Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email Your comment will be highly appreciated.

Read more...

Pulau Sipadan

>> Tuesday, March 17, 2009



Salah satu impian saya adalah ingin ke Pulau Sipadan, Sabah. Saya sangat tertarik dengan keindahan pulau ini dan sememangnya akan memukau apabila melihatnya. Air lautnya yang jernih adalah tempat terbaik untuk aktiviti scuba. Satu hari saya pasti akan ke sana Insya-Allah.


Seorang penyelidik laut yang terkenal di dunia Jacques Couteau menggambarkan Pulau Sipadan sebagai "hasil seni agung yang tidak diusik manusia". Pulau ini juga adalah satu dari lima destinasi aktiviti menyelam yang terbaik di dunia, Penyelam terbaik dunia menjadikan pulau ini sebagai destinasi wajib bagi mereka.


Pulau Sipadan mempunyai saiz yang agak kecil iaitu seluas 12 hektar dan satu-satunya pulau laut dalam di Malaysia. Pelawat boleh berjalan mengelilingi pulau ini di dalam masa 25 minit sahaja. Ianya terletak kira-kira 700 meter dari aras dasar laut dan menjadi tarikan kepada pelbagai hidupan laut yang datang dari dasar laut. Pulau yang di kelilingi air laut yang bersih dan jernih ini mempunyai kekayaan hidupan laut yang menakjubkan.

Hutan tebal di pulau ini menampung sejumlah besar spesis burung tropika termasuk helang laut, burung rajawali, 'sunbird', 'starling' dan merpati kayu dan telah diisytiharkan sebagai kawasan perlindungan burung pada tahun 1933 oleh Kerajaan kolonial Borneo Utara dan diwartakan semula pada tahun 1963 oleh Kerajaan Malaysia. Hidupan krustasia eksotik termasuk ketam kelapa bertaburan di pantai dan bersembunyi di celah-celah tumbuhan di sini.

Sewaktu menyelam di sini, para penyelam skuba mempunyai peluang yang tinggi untuk menemui penyu, kumpulan ikan aji-aji, 'bumphead parrotfish' dan ikan alu-alu yang banyak terdapat di sekitar perairan pulau terumbu karang ini.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Share/Save/Bookmark

Read more...

Pulau Tioman

>> Tuesday, February 3, 2009


Pulau Tioman merupakan destinasi percutian yang paling mempesona di Laut China Selatan, terletak kira-kira 56km dari pantai negeri Pahang. Tersohor sebagai salah sebuah destinasi percutian pulau yang terhebat di dunia, Pulau Tioman pernah menjadi lokasi penggambaran filem muzikal Hollywood, 'South Pacific' pada tahun 1959.

Menurut cerita legenda, pulau ini merupakan tempat tinggal puteri naga dongengan. Perairan yang suam dan jarak penglihatan yang tinggi di bawah laut menjadikan Pulau Tioman destinasi popular di kalangan penyelam.

Saksikan pemandangan yang mengagumkan termasuk karang lembut Gorgonian, karang Staghorn, 'nudibranch' dan pelbagai bentuk hidupan laut yang indah. Penyelam berpeluang berenang di sisi ikan Napoleon Wrasse yang besar, ikan Golden Striped Trevally, Bumphead Parrotfish dan kumpulan ikan Fusiliers.

Terdapat beberapa buah perkampungan di sepanjang pantai di sekeliling pulau ini, antaranya Kampung Salang, Tekek, Genting, Paya dan Juara.

Setiap kampung menawarkan suasana yang berbeza dan unik. Kawasan pedalaman Pulau Tioman yang berhutan juga menjadi tempat tinggal pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan kecil termasuk rama-rama, mengkarung, rusa dan monyet.

Tumbuhan dan haiwan liar yang terdapat di Pulau Tioman juga pernah dipaparkan di dalam dokumentari National Geographic. Formasi batu granit yang membentuk pulau ini menjadikannya lokasi yang hebat untuk aktiviti memanjat batu.

Bagi mereka yang lebih berani, boleh mencuba memanjat tebing Gunung Nenek Semukut (juga bergelar Dragon's Horns). Berjaya Tioman Beach, Golf & Spa Resort menawarkan tempat penginapan yang mewah, berlatarbelakangkan pemandangan bukit-bukau yang beralun.



If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Have you found this post useful? If so please share it:

Read more...

Tentang Malaysia

>> Monday, December 1, 2008

Malaysia terletak di jantung Asia Tenggara dan nyaman untuk tinggal dengan stabilitas politik dan iklim ekonomi nya. Malaysia berada di peringkat ke-20 untuk kota globalisasi menurut Majalah Foreign Policy yang ber-basis di Amerika. Sedangkan di Asia, Malaysia di peringkat ke-2 setelahSingapura. Malaysia adalah negara tropis dengan lahan yang sangat beragam dan terdiri dari terumbu karang, hamparan luas pasir putih, bukit-bukit hijau, barisan bebatuan, gunung, jaringansungai air-jernih cocok untuk arung jeram, dedanauan, dan hutan hujan tropis yang luas. Ibukota Malaysia adalah Kuala Lumpur dengan perpaduan tradisionil dan moderen. Kuala Lumpur di lengkapi dengan system transportasi moderen seperti jalan raya, transportasi ringan dan cepat,bus, dan taksi. Kota ini juga di penuhi dengan pusat pembelanjaan, dan sector bisnis lain. Malaysia menjadi terkenal di regional ini karena menawarkan pendidikan tingkat tinggi pribadiyang berkualitas.

Informasi yang berkaitan:
Lembaga Wisata Malaysia ( Malaysian Tourism Board)
http://tourism.gov.my/corp/default.asp


Read more...
Resources Blogs
Top  blogs

  © Blogger template Socolatajuz by Rahman Bashri 2011

Back to TOP