HAYATI DAN FAHAMI

>> Monday, May 26, 2008

Jika kamu memancing ikan...
setelah ikan iu terlekat di mata kail, hendaklah kamu
mengambil terus ikan itu...
jangan sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam
air begitu sahaja...
kerana ia akan SAKIT
oleh kerana bisanya ketajaman mata kail mu dan mungkin
ia akan menderita sekalgi ia masih hidup.

Begitu juga setelah kamu memberi banyak pengharapan
kepada seseorang...
setelah ia mula menyayangi mu hendaklah kamu menjaga
hatinya...
janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu
sahaja...
keran dia akn terluka oleh kenangan bersama mu dan
mungkin idak dapat melupakan segalanya selagi
dia mengingati mu...

Jika kamu menadahair biarlah berpada, jangan terlalu
mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh...cukuplah sekadar keperluan mu...
Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu
menampalnya semula...
akhirnya ia dibuang...
sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih
boleh digunakn lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah lah
seadanya...
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu
mengangapnya begitu istimewa...
anggaplah is manusia biasa.
Apabila sekli ia melakukan kesilapan bukan mudah
bagi kamu untuk menerimanya...akhirnya kamu kecewa
meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan
kamu akan berterusan hingga ke akhirnya...

Jika kamu memiliki sepinggan nasi... yang kamu
pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang
lain...
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh
memakanya.
Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seseorang
insan...
yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu.
Menyayangimu. Mengasihimu.
Mengapa kamu berlengah, cuba membandinkannya dengan
yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu kan kehilangannya apabila ia menjadi
milik orang lain
Kamu juga yang akan menyesal...

Read more...

e-Wakaf

>> Thursday, May 22, 2008

ISLAM sentiasa menggalakkan kemajuan malah agama itu sendiri berkembang pesat sesuai dengan perubahan dunia semasa.

Perkembangan teknologi dalam dunia Islam bergerak begitu pantas, dari sistem pembesar suara untuk azan, paparan khutbah di skrin sehinggakan sistem mengambil wuduk ditingkatkan untuk kemudahan umat Islam.

klik sini


Di negara ini, perkembangan teknologi untuk umat Islam tidak kurang hebatnya, seperti sistem wakaf yang merubah struktur pentadbirannya ke dunia maya.

Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar) melancarkan sistem elektronik e-Wakaf bagi mempercepatkan perkhidmatan jabatan itu selain memperkemaskan sistem pengurusan berkaitan wakaf, zakat dan haji antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata e-Wakaf dan e-Bayanat menjadi penyelaras pengurusan antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan secara lebih efesien.

“Sistem yang diperoleh dari majlis agama Islam negeri masing-masing akan digabung secara setempat dalam e-Wakaf agar maklumat itu diperoleh orang ramai dengan mudah, tepat dan terperinci," katanya.

Sistem e-Wakaf dapat menyediakan maklumat terkini mengenai tanah wakaf sekali gus memudahkan kerajaan Persekutuan menyediakan dana bagi membantu pembangunan tanah wakaf untuk pembinaan masjid, rumah anak yatim dan sekolah agama.

Ahmad Zahid berkata, e-Wakaf ialah sistem Pengurusan Maklumat Wakaf Bersepadu yang digerakkan di peringkat nasional merangkumi empat subsistem.

“Empat subsistem itu ialah Portal Pengurusan Maklumat Wakaf, Sistem Pengurusan Maklumat Wakaf, Sistem Antara Muka Maklumat Wakaf dan Pusat Data Wakaf,” katanya.

Sehingga kini, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains), Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Majlis Agama Islam Melaka (Maim) dan Majlis Agama Islam Kelantan (Maik) sudah menggunakan sistem itu.

Pembangunan tanah wakaf secara 'online' mampu membentuk kesepaduan serta keseragaman dalam menyediakan kemudahan kepada masyarakat di negara ini.

Sistem online itu membolehkan orang ramai mendapat maklumat terperinci dan terkini pembangunan institusi wakaf setiap negeri.

“E-Wakaf juga membantu mempercepatkan pembangunan 9,947 hektar tanah wakaf di seluruh negara yang setakat ini hanya 0.72 peratus dimajukan.

"Maklumat e-Wakaf membolehkan kita mengetahui lokasi, nilai, individu yang memberi wakaf dan status pembangunan hartanah wakaf di negeri dan daerah.

"Sistem ini membolehkan maklumat wakaf disepadukan dengan berkesan dan berupaya memberi gambaran menyeluruh pada peringkat nasional," jelasnya.

Dalam satu jurnal dikeluarkan Jawhar pada 2007, kertas kerja yang dibentangkan Aidi Ahmi, Mohd Herry Mohd Nasir dan Mohd Hisham Mohd Sharif dari Fakulti Perakaunan, Universiti Utara Malaysia (UUM) memaklumkan keberkesanan e-Wakaf ke arah pengurusan wakaf lebih sistematik.

Takrifan wakaf dari segi bahasa bermaksud tahan (habs) atau berhenti (man’u) manakala dari segi istilah pula ia bermakna menahan sesuatu benda atau harta yang suci dan halal bentuk zatnya agar digunakan untuk tujuan kebaikan dan mendapat manfaat daripadanya.

Wakaf juga terkenal dengan nama sedekah jariah iaitu sedekah yang berterusan pahalanya dari semasa ke semasa selagi ianya dapat dimanfaatkan.

Ada dua kategori wakaf iaitu wakaf am (mutlak) iaitu harta yang diwakafkan untuk kepentingan umat Islam setempat dan wakaf khas (muqayyad) bermakna wakaf yang ditentukan oleh pewakaf yang mahu mewakafkan harta mereka untuk sesuatu projek yang khusus seperti pembinaan masjid, surau dan keperluan anak-anak yatim.

Pengurusan wakaf tertakluk di bawah pentadbiran Majlis Agama Islam negeri berdasarkan peruntukan bidang kuasa yang diberikan kepadanya.

Perlaksanaan dan pengurusan wakaf masih lagi memerlukan pembaharuan yang terkini dan sesuai dengan perkembangan teknologi ICT yang semakin canggih.

Keperluan maklumat wakaf yang cepat dan tepat boleh membantu sebagai satu sistem sokongan kepada kerajaan misalnya untuk membangunkan ekonomi ummah.

Pendekatan Majlis Agama Islam Negeri untuk menambahkan bilangan tanah wakaf memang digalakkan bukan saja melalui pemberian wakaf oleh umat Islam sendiri termasuk permohonan tanah baru kepada kerajaan negeri untuk diwakafkan seterusnya dibangunkan untuk faedah dan kebajikan ummah.

Harta wakaf ini kemudiannya diuruskan dengan cekap, dibangunkan berlandaskan hukum syarak atau digunakan mengikut tujuan ianya diwakafkan.

Melihat kepada penyataan di atas, pembangunan e-Wakaf adalah tepat untuk mencapai tujuan itu dengan rangkuman sistem elektronik memungkinkan setiap data digabungkan secara kolektif.

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menyebabkan sistem e-Wakaf dapat diselenggara dengan baik berdasarkan pengumpulan maklumat dari setiap Majlis Agama Islam Negeri.

Justeru, satu sistem pengurusan yang lengkap dan tepat berkaitan dengan harta wakaf ini seharusnya dibangun dan dilaksanakan memandangkan bilangan harta wakaf dari tahun ke tahun akan bertambah.

Data yang bertambah setiap tahun ini mungkin akan mengganggu pentadbiran jika maklumat berkaitan harta ini tidak disimpan dengan baik seterusnya memungkinkan dosa dilakukan kerana harta wakaf itu satu amanah yang diberikan masyarakat.

Kertas kerja itu memberi gambaran ciri yang terdapat di dalam sistem e-Wakaf termasuk:



  • Melaksanakan pendaftaran tanah wakaf baru

  • Menyelaras dan mengemaskini daftar tanah wakaf

  • Menyelaras tanah wakaf yang hendak disewa/dipajak

  • Melakukan pencarian maklumat wakaf

  • Mengeluarkan laporan-laporan yang diperlukan

  • Pengagihan hasil wakaf

    Maklumat berkaitan hartanah wakaf baru boleh direkodkan ke dalam sistem sebaik saja surat lafaz wakaf dilengkapkan dan segala dokumen berkaitan dengannya selesai termasuk perkara seperti yang terdapat di dalam rukun wakaf iaitu orang yang mewakafkan, pihak yang menerima wakaf, benda yang diwakafkan berserta ijab dan qabul.

    Penyelarasan dan pengemaskinian daftar tanah wakaf boleh direkodkan secara online seperti status tanah atau catatan terkini berkenaan hal ehwal pentadbiran tanah wakaf atau suntingan daftar tanah.

    Ia mampu dilakukan dari masa ke semasa bersesuaian dengan perkembangan status tanah wakaf terbabit.

    Keseragaman dalam pembangunan online melalui institusi wakaf ini membantu membina laporan kepada umum berkaitan:

  • Laporan senarai keseluruhan inventori tanah wakaf.

  • Laporan terperinci maklumat setiap wakaf.

  • Laporan bilangan tambahan dan kurangan tanah wakaf bagi sesuatu tempoh.

  • Laporan tanah yang didaftarkan atas nama Majlis Agama Islam Negeri.

  • Laporan ringkasan bilangan lot dan keluasan tanah wakaf.

  • Laporan cukai bagi semua tanah wakaf mengikut daerah.

  • Laporan tanah wakaf yang memberikan hasil dan pulangan.

  • Laporan jumlah kutipan hasil tanah wakaf bagi setiap tahun.

  • Laporan jumlah hasil yang diterima untuk sesuatu tempoh berdasarkan klasifikasi wakaf dan penerimanya.

    Kesimpulannya, teknologi membantu meringankan urusan seharian dan memberi maklumat berguna kepada umat Islam selagi mereka mahu berubah.
  • Read more...

    Tentang Saya

    >> Wednesday, May 14, 2008

    Nama saya Abdul Rahman bin Bashri. Anak kelahiran Kuala Lumpur, sekarang menetap di Cheras bersama keluarga tercinta. Boleh dikatakan saya amat ketinggalan dalam dunia Internet dan blog, sebab saya tidak pernah terfikir menulis blog ini sangat seronok. Mula jatuh cinta di dalam dunia blog 2008 dan mula belajar mengenai blog dan Internet. Orang bertanggungjawab membawa saya di dunia blog adalah kakak saya. Dia ada membeli sebuah e-book dari seorang Usahawan Internet yang sangat berjaya, kalau tidak silap saya dari website Noorizam Shah.Tapi buku tak tau kemana hilangnya. Tetapi saya sempat membaca buku tersebut sehingga habis. Di dalam buku itu ia mengajar Bagaimana Menjana Wang di Internet bermula dari RM0.

    Sekarang saya ada minat baru iaitu menjana wang dari Internet. Saya bersungguh dan penuh komitmen dalam bidang perniagaan Internet ini. Walaupun tidak ada asas langsung dalam dunia Internet, tetapi sikit demi sedikit saya menguasainya dengan belajar sendiri sahaja. Saya percaya usaha tanda kejayaan, "man jadda wajada" Sesiapa yang bersungguh-sungguh pasti dapat. Satu hari nanti saya pasti akan akan berjaya Insya-Allah.

    Pendidikan

    Sekiranya anda ingin mengenali saya, saya pernah sekolah di Maahad Al-Ridhwaniah, Bagan Serai Perak(PMR) dan Ma'had Al-Ummah, Chemor Perak(SPM), selepas habis sekolah saya terus belajar di International Islamic College Gombak(Diploma). Sekarang proses ke Ijazah.

    Lama Sosial

    Saya juga mempunyai Friendster, Myspace dan Tagged. YM saya nbp_9495@yahoo.com

    Anda boleh panggil saya rahman ataupun man sahaja.

    Read more...

    Penyambungan 2 Skrin Ke Satu Komputer

    >> Friday, May 9, 2008

    SISTEM Operasi Windows dan Apple membenarkan lebih dari satu skrin ke sesebuah komputer. Untuk komputer dari jenis desktop, Kad Grafik Video perlu ditambah untuk memberikan satu alat tambahan penyambungan ke skrin baru.
    Bagaimanapun, tiada kad tambahan diperlukan untuk komputer dari jenis laptop.Apabila skrin tambahan digunakan pada komputer kita, langkah pengaktifan diperlukan untuk membolehkan skrin yang kedua digunakan. Untuk mengaktifkan skrin yang kedua, langkah yang berikut perlu dilakukan:


    1. Pergi ke menu Start > Control Panel

    2. Pilih perisian Display > Setttings

    3. Klik di atas Skrin bernombor 2 dan pilih arahan Extend my Windows desktop onto this monitor

    4. Butang Identify boleh ditekan untuk anda memastikan yang sambungan semua monitor adalah sempurna. Jika semuanya sempurna nombor 1 akan dipaparkan di skrin pertama dan no 2 akan dipaparkan di skrin kedua.

    5. Secara automatik skrin kedua perlu diletakkan di sebelah kanan, jika skrin kedua perlu diletakkan di sebelah kiri maka klik di atas skrin nombor dua dan tolakkannya ke sebelah kiri.

    Teknik ini juga boleh digunakan apabila membuat persembahan menggunakan Projektor, dengan teknik ini, aktiviti yang dilakukan di desktop tidak lagi akan dipancarkan di projektor

    Read more...

    Bagaimana Menukar Nama Fail Secara Serentak

    Ikuti langkah-langkah berikut:

    1. Pilih imej yang hendak ditukarkan namanya. Ikuti langkah di bawah untuk memilih imej yang banyak dengan lebih mudah:

    ? Jika imej berada di dalam satu folder, gunakan arahan Select All dengan menekan kekunci CTRL + A

    ? Jika imej yang hendak dipilih berada di lokasi yang berturutan di dalam folder yang sama, klik imej yang pertama, tekan SHIFT dan kemudian klik imej yang terakhir, tanpa melepaskan kekunci SHIFT itu. Semua imej yang berada di antara susunan imej pertama dan terakhir akan dipilih secara automatik.

    ? Jika anda ingin memilih imej yang tidak berada di dalam susunan pula, tekan kekunci CTRL dan seterusnya mengklik diatas imej pilihan, anda boleh terus meng klik diatas beberapa imej sekali gus tanpa melepaskan butang CTRL. Teknik ini akan memudahkan anda memilih imej yang berlainan susunan secara serentak.

    2. Setelah imej dipilih anda boleh membuat perubahan nama imej serentak dengan menekan butang kanan tetikus dan memilih menu Rename

    Dengan hanya menukarkan nama satu imej yang terdapat di dalam pilihan,

    kesemua nama fail yang telah dipilih akan ditukarkan secara automatik mengikut nama yang diberikan.

    Untuk mengelakkan persamaan di dalam nama fail, nombor bersiri akan ditambah secara automatik pada penghujung setiap nama fail yang dipilih.

    Jika kamera digital atau telefon bimbit mempunyai kemudahan meletakan nama secara automatik, anda boleh juga menggunakan kemudahan itu yang mana, nama fail akan ditambah semasa gambar itu diambil.

    Read more...

    Bagaimana Membuat Dokumen PDF

    Kebanyakkan dokumen yang digunakan untuk urusan perhubungan ketika ini dihasilkan secara elektronik. Dokumen itu juga tidak lagi dicetak atau dihantar melalui pos tetapi dihantar secara elektronik melalui e-mel.Dokumen yang dihasilkan oleh sesuatu perisian memerlukan perisian yang sama apabila dokumen itu hendak dibuka semula.jika perisian yang berlainan digunakan, ia mungkin tidak boleh dibaca, atau jika boleh sekalipun, ia mungkin berubah.


    Satu penyelesaian diperlukan supaya semua dokumen yang dihasilkan secara elektronik oleh sebarang perisian boleh dibuka tanpa menggunakan perisian asal.Di antara format yang popular yang membolehkan dokumen dibuka secara elektronik tanpa penggunaan perisian asal adalah format PDF ataupun Portable Document Format. Perisian penghasilan PDF ini satu ketika dulu perlu dibeli, namun kini terdapat banyak perisian penghasilan PDF yang boleh diperoleh secara percuma. Di antara perisian untuk menghasilkan fail PDF yang boleh digunakan secara percuma adalah PrimoPDF yang boleh dipindah turun dari www.primopdf.comApabila perisian PrimoPDF dipasang di komputer, cara pengunaannya tidak seperti perisian yang lain.

    Kemudahan perisian PrimoPDF ini hanya boleh dicapai menggunakan arahan Print. Itu bermakna apabila hendak mengubah sesuatu dokumen kepada format PDF, kita perlu melakukan arahan Print terlebih dulu.

    Ikuti langlah-langkahberikut:

    1. Buka dokumen yang hendak diubah seperti biasa.

    2. Pilih arahan Print dan pilih Printer yang bernama PrimoPDF. Tekan Ok.

    3. Paparan ini akan dipaparkan, pilih pilihan yang sesuai untuk dihasilkan

    4. Tekan di atas butang “Security” jika dokumen yang dihasilkan memerlukan kemudahan kata laluan.

    5. Dokumen yang sudah diubah formatnya kepada format PDF akan dipaparkan untuk semakan. Anda memerlukan perisian Adobe Acrobat Reader untuk membuka fail PDF yang dihasilkan itu.

    6. Perisian ini boleh diperoleh secara percuma di www.acrobat.com

    7. Berikut adalah aliran format dan perisian yang diperlukan untuk menukarkan format .DOC kepada format .PDF.

    Format PDF ini juga boleh digunakan untuk mengekalkan jenis huruf yang terdapat di dalam sesuatu dokumen, menerima kemasukan data di dalam bentuk borang serta penambahan elemen interaktif terhadap sesuatu dokumen.

    Dokumen PDF yang dihasilkan boleh dihantar melalui e-mel kepada penerima seperti kita menghantar dokumen elektronik yang lain.

    Read more...

    Bagaimana Maksimakan Kelajuan Komputer Anda

    Setiap kali perisian dalam kategori Perisian Utiliti dipasang di dalam komputer, kemungkinan besar ianya akan disetkan untuk dimulakan secara automatik setiap kali komputer dimulakan.Walaupun kemudahan memulakan perisian secara automatik ini memudahkan pengguna, namun ianya akan memanjangkan masa untuk komputer dimulakan. Lebihlebih lagi jika perisian terbabit tidak lagi diperlukan.Kebanyakaan perisian yang dimulakan secara automatik ini boleh dilihat di dalam kawasan 'System Tray', di sebelah kanan bawah Task Bar. Jika banyak perisian yang sudah dimulakan, maka akan panjanglah senarai ikon di dalam 'System Tray' sesebuah komputer itu.

    Sebenarnya terdapat kemudahan yang mana kita boleh mengawal perisian-perisian yang muncul di dalam senarai 'System- Tray' daripada dimulakan secara automatik semasa komputer dimulakan.Untuk mencapai kemudahan pengawalan perisian yang muncul di dalam 'System Tray', ikuti langkah berikut: 1. Pilih Menu Start > Run > Taip: MSCONFIG Gambar Tip1 2. Pilih Tab Startup Gambar Tip2 3. Klik diatas perisian yang kita tidak ingin dimulakan secara automatik apabila komputer dimulakan.

    Tekan OK apabila selesai.

    4. Untuk pilihan terkini diaktifkan, komputer anda perlu dimulakan sekali lagi. Tekan 'restart'.

    5. Mesej peringatan akan dipaparkan setiap kali anda memulakan komputer selepas senarai diubah.

    6. Jika anda ingin mengubah senarai perisian semula, ulangi langkah seperti di atas.

    Selepas memendekkan senarai perisian yang akan dimulakan apabila komputer dihidupkan, anda akan dapati komputer anda boleh digunakan semula dengan lebih cepat berbanding sebelum itu.

    Ia juga akan mengurangkan pengunaan memori, seterusnya akan membolehkan komputer anda beroperasi dengan lebih cekap.

    Read more...

    Bagaimana Salin Foto Daripada Fail Format pdf

    Fail pdf amat penting memandangkan ia digunakan dalam transaksi data besar yang memudahkan pengguna mengurangkan saiz fail yang disertakan. Namun kadang-kadang ketika kita perlu menyalin sebarang grafik yang terkandung dalam dokumen PDF, ia mungkin menggusarkan kepala tetapi usah risau kerana ada kaedah ringkas menyalin foto atau visual menggunakan kaedah berikut:


    1. Buka mana-mana fail yang disimpan.

    2. Gunakan 'SnapShoot Tool' terletak di tengah-tengah antaramuka Adobe Reader.

    3. Klik pada ikon kamera itu dan pilih visual yang hendak digunakan.

    4. Kemudian hanya tampal di mana-mana dokumen seperti Microsoft Word, Paint dan sebagainya.

    Read more...
    Resources Blogs
    Top  blogs

      © Blogger template Socolatajuz by Rahman Bashri 2011

    Back to TOP