Showing posts with label Gadget. Show all posts
Showing posts with label Gadget. Show all posts

Optimus Maximus Keyboard Termahal dan Terbaik Dunia

>> Thursday, March 17, 2011


Optimus Maximus adalah keyboard termahal dan jugak terbaik dunia yang direka oleh Art. Lebedev Studio dari Rusia. Setiap butangnya mempunyai skrin yang bersaiz 48x48 dan boleh berubah mengikut ketetapan yang kita mahu dengan menggunakan perisian yang disediakan setelah membeli keyboard ini. Keyboard Optimus Maximus adalah terhad pengeluarannya.

Paparan hadapan Optimus Maximus

Optimus Maximus mempunyai banyak keistimewaan, sebagai contoh sekiranya kita menekan 'caps lock' ia akan menukar kesemua paparan butang dengan huruf besar dan jika anda mengingin gambar isteri atau kekasih anda di salah satu butang pun boleh dilakuakan dengan menggunakan aturan yang disediakan pada perisian Optimus Maximus ini.


Spesifikasi


Keyboard demensi
panjang
537 mm (21.1″)
tebal
173 mm (6.8″)
tinggi
38 mm (1.5″)
butang
20.2×20.2 mm (0.8″×0.8″)
Each of the 113 displays
teknologi
OLED
viewable area
10.1×10.1 mm (0.4″×0.4″)
resolusi
48×48 pixels
frame rate
10 frames per second minimum
colors
65 536
viewing angle
160°
Compatibility
sambunagan
USB 2.0
kawalan
Optimus Configurator software
OS
Windows, Mac OS X



Harga Seunit Optimus Maximus adalah RM5,500.00...hahaha...mahal gile baik beli laptop baru

Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Read more...

Myvu Cermin Mata Persendirian Untuk Tontonan Video

>> Tuesday, July 20, 2010

KOMPUTER boleh pakai (wearable computer), alat melihat media peribadi, cermin mata berskrin komputer dan terkini topi TV merupakan antara gajet yang sangat mengkagumkan.
Apa tidaknya, dengan memakai produk-produk itu seperti cermin mata atau topi, anda akan boleh melihat skrin komputer atau menonton video kegemaran.

http://www.utusan.com.my/pix/2010/0718/Utusan_Malaysia/Megabait/me_01.1.jpg
Menarik bukan? Walaupun anda berada di luar rumah atau pejabat, kini anda boleh menonton video kegemaran atau menggunakan komputer yang menggunakan skrin 'besar.'
Sebenarnya memang kita telah menonton video di pemain multimedia, Blackberry, pemain MP3, skrin telefon bimbit atau iPhone - tetapi saiz skrinnya sangat kecil.
Tidak hairanlah ada di kalangan kita yang akhirnya balik ke rumah, menyambungkan video di pemain multimedia ke televisyen atau komputer untuk mendapat kepuasan menonton.
Bagaimanapun, perkembangan teknologi boleh pakai telah membolehkan gajet-gajet itu disambungkan ke kaca mata atau skrin di topi yang membolehkan kita seolah-olah melihat di kaca televisyen atau komputer.
Cermin mata Myvu misalnya yang dibangunkan oleh MicroOptical Corporation merupakan cermin mata yang membolehkan pengguna melihat video seolah-olah menonton di skrin besar.
Cermin mata itu hanya perlu disambungkan kepada alat pemain video bergerak seperti iPod atau telefon bimbit multimedia untuk membolehkan 'kaca TV' berada di hadapan mata kita.
"Konsep menonton video bergerak semakin menjadi kenyataan tetapi terdapat konflik dalam perkara ini kerana pengguna mahukan peranti yang kecil tetapi pada masa yang sama inginkan skrin besar,'' kata Ketua eksekutif MicroOptical, Mark Spitzer.
Kaca mata atau 'eyewear' Myvu itu menggunakan teknologi paparan kanta optik dan pembesaran terkini. Bagi mengatasi masalah saiz, MicroOptical telah menggunakan teknologi paparan yang digunakan dalam industri kesihatan, ketenteraan dan sebagainya untuk digunakan dalam produk terkini itu.
Myvu didatangkan dengan kabel penyambung audio/visual (AV) yang biasa, pek kuasa bateri yang boleh diletakkan dalam beg kecil. Bateri dan set fon telinga juga boleh diletakkan bersama peranti bergerak (seperti telefon atau iPod) dan satu beg pinggang atau 'pouch.'
Kini sebuah lagi alat menonton bergerak diperkenalkan yang dikenali sebagai TV Hat (topi televisyen) yang mana anda boleh menonton video apabila memakai topi itu.

http://ecommerce.spectrum-retail.com/ordering/images/Myvu%20Crystal%20Amber.jpg
Seperti Myvu, anda hanya perlu menyambungkan TV Hat kepada mana-mana pemain multimedia atau iPhone dan kemudiannya menonton di skrin yang berada di dalam topi itu.
Topi itu dilengkapi dengan skrin kaca pembesar 2.5x dan penutup cahaya yang memberikan suasana gelap seperti berada di dalam panggung wayang.
Topi besar ini boleh diletakkan iPod, iPhone atau mana-mana pemain media bergerak. Untuk mendapatkan bunyi menarik, anda boleh memakai fon kepala yang dibekalkan bersama iPhone anda.
Jika anda sememangnya ingin bersendiri menonton ketika berada di luar rumah dan tidak kisah jika dianggap 'orang pelik', TV Hat adalah pilihan yang sesuai.

http://www.insidemacradio.com/wp-content/images/myvuMFiPod_systemSHADOW.jpg

Alat yang yang dianggap ciptaan aksesori terhebat untuk iPhone atau pemain multimedia ini juga sebenarnya membuatkan anda kelihatan sangat pelik apabila memakainya, selain boleh memberi kesan tidak elok kepada mata anda jika digunakan dalam masa yang terlalu lama.
TV Hat sangat sesuai digunakan ketika anda sedang berada di dalam kapal terbang, berehat di tepi pantai atau juga bersenam di gimnasium.
Anda boleh mengubah skrin kaca ke hadapan atau belakang sedikit daripada mata tetapi kaca itu tidak boleh dibuka.
Maklumat mengenai TV Hat boleh diperoleh di laman web www.trytvhat.com.
Selain Myvu dan TV Hat, terdapat beberapa lagi produk untuk menonton video atau bahan-bahan multimedia di 'skrin besar' yang terdapat di kaca mata telah diperkenalkan seperti produk EyeCinema dari Estar dan iTheater dari EMG.

http://images.amazon.com/images/G/01/electronics/detail-page/myvu-shades-red-1.jpg

Cermin iTheater didatangkan dalam tiga jenis bagi disesuaikan dengan bentuk hidung atau saiz muka seseorang. Seperti Myvu, cermin mata ini juga membolehkan pengguna melihat kawasan sekeliling walaupun ketika sedang menonton filem di iTheater.
Sudah semestinya, cermin mata dan topi seumpama ini akan lebih banyak dibangunkan selepas ini kerana ia akan menjadi pelengkap kepada mereka yang suka menonton walaupun ketika berada di jalanan.

Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Read more...

LG Memperkenalkan TV LG LX9500 LED HDTV

Selain telefon bimbit, komputer riba dan pemain MP3, tumpuan pemilikan produk elektronik moden hari ini turut diberikan kepada peranti-peranti audio visual. Antara yang semakin mendapat perhatian adalah televisyen panel rata yang menawarkan pengguna pengalaman tontonan hiburan menakjubkan serta teknologi paparan gambar terbaik.Perluasan trend itu telah mendorong syarikat pengeluar produk elektronik terkenal, LG Electronics (LG) memperkenalkan televisyen tiga dimensi (3D) LED penuh.

http://www.yugatech.com/blog/wp-content/uploads/2010/03/lg-lx9500-led-3d-tv.jpg
Mempertaruhkan penjenamaan Infinia, model LG LX9500 merupakan televisyen LED penuh ternipis yang pernah dihasilkan.Dengan ketebalan hanya 22.3 milimeter (mm), model berkenaan dilengkapi 1,200 LED bagi merealisasikan fungsi kecerahan dan kejelasan kualiti gambar secara maksimum.Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LG Electronics (M) Sdn. Bhd., Jeff Cheh, pengenalan tersebut memberi definisi baru dalam perspektif tontonan hiburan di rumah.''Kita akan terus memberi tumpuan kepada penghasilan produk seumpama ini dalam usaha memastikan pengguna dapat menikmati pengalaman tontonan 3D yang sebenar,'' katanya.Apa yang menarik, model tersebut turut menyokong format paparan pelbagai dalam piawaian 3D.

 http://www.hdtvblog.cz/obrazky/lg/lcd-televize/lg-3d-lx9500-infinia.jpg

Menerusinya, pengguna boleh menonton foto yang diambil menggunakan kamera 3D secara terus di kaca televisyen tanpa perlu memindahkannya kepada komputer terlebih dahulu.Untuk menonton kesan 3D pula, televisyen ini didatangkan bersama kaca mata model AG-S100 yang boleh dicas menggunakan sambungan USB untuk operasi tontonan sehingga 40 jam. LG LX9500 didatangkan dalam saiz 47 dan 55 inci bersama dua unit kaca mata 3D dengan tawaran harga masing-masing RM18,999 dan RM23,999. Maklumat lanjut mengenainya boleh diperolehi daripada laman web www.lg.com/my.

Specifications
  • LED-backlighting technology
  • 22.3mm thickness
  • 1080p resolution
  • 400Hz refresh rate
  • 10,000,000:1 dynamic contrast ratio
  • 47- and 55-inch versions
  • 16mm super-narrow bezel
  • Skype support
  • DLNA connectivity
  • USB 2.0 connectivity
  • HDMI 1.4 connectivity
  • Wireless AV link
  • Invisible Speaker
  • Picture Wizard II
  • Clear Voice II
  • Smart Energy Saving Plus
  • ECO Flower
  • Intelligent Sensor

Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Read more...

Kehebatan Nokia N900

>> Wednesday, November 4, 2009

Gergasi telefon bimbit Nokia dalam persimpangan menarik apabila memperkenalkan platform yang bukannya dimulakan dengan nama Symbian tapi mempercayai sumber terbuka sebagai sistem operasi model N900.
Sistem operasi Symbian yang mendominasi Nokia tidak akan didapati menerusi N900 apabila model terbabit mendapat kepercayaan Maemo sebagai tulang belakang produk untuk beroperasi.

Peranti N900 boleh diibaratkan laptop kecil dengan kemampuan suara yang menggunakan sistem operasi sumber terbuka.Model ini bertindak sebagai peranti pintar yang sesuai didedikasikan untuk penggunaan Internet.
Produk berbentuk mudah lunsur ini menggunakan papan kekunci QWERTY yang mana ia turut membolehkan si pemakainya menyentuh permukaan skrin sekiranya mahu membuat panggilan.Pada bahagian tepinya pula, Nokia N900 dilengkapi pembesar suara, TV-Out, butang on/off, USB mikro, butang kamera dan butang kunci untuk mengunci telefon yang berbeza dengan fungsi Nokia sebelum ini.

Bahagian dalamnya pula menempatkan slot kad microSD sebelum anda menjumpai bateri jenis BL-5J yang turut digunakan untuk model 5230, 5800 dan X6 manakala kad SIM pula dimuatkan di bawah bateri terbabit.Penguji memuji pengalaman menggunakan antaramuka pengguna (UI) Maemo5 yang mempunyai tahap sensitiviti memuaskan sama ada si pemakainya menggunakan pen ‘stylus’ atau jari.

http://www.softsailor.com/wp-content/uploads/2009/08/Nokia-N900-Maemo-5-03.jpg


http://www.letsgodigital.org/images/artikelen/109/nokia-n900-software.jpg


http://www.theinquirer.net/IMG/214/86214/nokia-n900-stand-540x334.jpg
Papan kekunci dengan tiga baris kekunci mungkin sudah cukup untuk penggunaan perkomputeran walaupun ada pendapat mengatakan empat baris yang sesuai bagi pengguna biasa. Saiznya agak tebal tapi ia tidak mendatangkan masalah kepada penguji namun beratnya perlu dititik beratkan Nokia pada masa akan datang.
Ketahanan bateri jenis 1320mAhnya pula amat mengagumkan yang mana ia mampu bertahan selama tiga hari dengan kemampuan menggunakan rangkaian GSM atau 3G ditambah penetapan WiFi.

Kecenderungan Nokia terhadap Maemo5 nyata berbaloi apabila ia boleh menempatkan pelbagai aplikasi pada empat antaramuka berbeza yang mampu diakses dengan seretkan saja jari anda. Menekan ikon pada sebelah kiri atas akan membawa anda ke menu utama atau jika anda mempunyai aplikasi untuk diletakkan di menu utama, letakkannya di ‘dashboard’ yang disediakan Nokia. Untungnya, Maemo5 membenarkan kemasan teks lebih baik untuk khidmat pesanan ringkas (SMS) atau e-mel dengan pemaparan nota ringkas dalam kotak kuning yang jelas.

Pengguna pula akan mendapati kesenangan melayari Internet menggunakan platform Maemo5 manakala pengguna hanya perlu melukis bentuk bulatan mengikut pusingan jam yang digunakan untuk zum ke atas mana-mana laman web. Namun, sekiranya mahu membaca laman web sehingga ke bahagian bawah, penguji perlu menyentuh skrin dan meleretkan jari ke bawah walaupun terdapat kekunci atas, bawah, kanan atau kiri yang ditempatkan pada papan kekunci. Komitmen Nokia untuk sumber terbuka dan pembangunan Maemo harus dipuji malah menerusi gabungan syarikat gergasi telefon bimbit itu dan Maemo yang dilihat menerusi N900 begitu mengagumkan.






Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Read more...

Gadget Dari Kayu - 'Wooden Gadget'

>> Monday, March 16, 2009


Asus Wooden Laptop

Teknologi sangat menakjubkan bagi saya, saya masih tidak dapat bayangkan tahun-tahun yang akan datang, bagaimana teknologi akan berkembang. Lihat sahaja sekarang bermacam macam 'gadget' yang muncul, jadi tidak hairanlah benda yang saya nak tunjuk ini wujud.

Salah satu fungsi sesuatu teknologi yang diciptakan adalah untuk memudahkan perkerjaan, supaya pekerjaan itu lebih baik dari sebelumnya atau efektif. Apabila sesebuah 'gadget' muncul dan mula diminati oleh penduduk seluruh dunia akan muncul pesaing-pesaing untuk pengeluaran produk tersebut. Dengan ini akan keluarlah idea-idea kretif dan inovatif untuk memberi persaingan kepada pesaing tersebut.

Salah idea tersebut adalah membuat produk tersebut lain dari yang lain, misalnya membuat gadget seperti ThumbDrive, MP3 Player, Keyboard, dan sebagainya dari kayu. Idea sperti ini sangat bagus kerana menampakkan lagi natural nya.

Kalau di Amerika Syarikat dan Jepun gadget seperti amat diminati pelanggan di negara tersebut. Bahkan sanggup berbelanja ribuan ringgit hanya untuk sebuah kereta dari kayu. Sekarang ni, syarikat pengeluar laptop Asus pun telah mengeluar laptop dari kayu yang dipanggil Asus Wooden Laptop. Lihat dibawah.


(Keyboard dan Lampu Suluh)

(Kereta dan Mouse)

(Jam dan Digital Frame)

(Speaker dan Telefon Bimbit)

(Mouse dan Digital Photo Frame)

(GameBoy dan Thumdrive)

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Share/Save/Bookmark

Read more...

Projektor Terkecil Di Dunia Dari Aiptek

>> Wednesday, February 18, 2009


Saiznya tidak lebih daripada sebuah telefon bimbit berbentuk kandi bar, Aiptek Pocket Cinema V10 ialah projektor sinema bersaiz kecil pertama di dunia yang kini berada di pasaran tempatan.

Beratnya hanya 160 gram, peranti sekecil ini mampu memenuhi keperluan gaya hidup mobiliti untuk berhibur terutama apabila hendak berkongsi pengalaman yang dirakam dalam gambar pegun atau video bersama rakan atau keluarga.

Ia boleh dihubungkan dengan pelbagai peranti lain termasuk iPod, kamera digital, kamkorder, telefon bimbit, konsol game seperti Nintendo Wii dan PS2.

V10 ini juga dilengkapi sistem storan terbina di dalamnya dengan saiz simpanan 1 Gigabait serta slot pembaca kad memori SD untuk membolehkan pengguna memainkan segera filem atau imej tanpa sambungan ke pemacu simpanan luaran.


Spesifikasi

PRODUK: Aiptek Pocket Cinema V10

TEKNOLOGI PAPARAN: Liquid Crystal on Silicon

SUMBER CAHAYA: LED putih

PENCAHAYAAN: 10 lumen

RESOLUSI: 640 x 480 piksel

NISBAH ASPEK: 4:3

SAIZ IMEJ: 15 - 129sm

JARAK PAPARAN: 21 - 180sm

FORMAT FOTO: JPEG

FORMAT VIDEO: MPEG4, AVI, ASF, H.264

FORMAT AUDIO: MP3

DIMENSI: 12.5 x 5.5 x 2.3sm

BERAT: 100gm

HARGA: RM1,799



Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Share/Save/Bookmark

Read more...

Cas Peranti Anda Dengan 'Nano Mobile Charger"

>> Sunday, February 8, 2009


Peranti mesra alam sekitar ini baru sahaja dilancarkan, peranti ini boleh mengecas kebanyakan peranti-peranti anda seperti pemain MP3, Telefon Bimbit, Permainan Game[Gameboy,PSP] dan lain-lain peranti.

'Nano Mobile Charger' ini juga boleh mengecas laptop anda, tapi aku tak tahu kenapa namanya ada mobile sedangkan ia bukan sahaja boleh mengecas telefon bimbit malah banyak lagi peranti lain.

Spesifikasi :

Nama Produk : Nano Mobile Charger
Sambungan : USB
Bateri : Lithium polimer
Kapasiti : 2100mAh
Input Voltan : 4.4v - 5.0v / 500mA
Ouput Voltan : 5.0v / 500mA
Berat : 70g je
Harga : RM 179.00

Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Read more...

Sony PSP Berwarna Baru Dari Sony

>> Thursday, January 29, 2009



Walaupun aku tak pernah mempunyai Sony PSP, baik berwarna ataupun tidak, tetapi aku tetap mengikuti juga perkembangannya. Maklumla tak mampu. Sekali lagi Sony telah meng'update' konsol Kegemaran dunia itu dengan mengeluarkan edisi berwarna-warni. Ia boleh didapati dengan warna biru, merah, kuning dan hijau. Walaupun warna ditukar tetapi konsol ini tetap sama sepeti yang sebelumnya. Ia juga belum lagi dilancarkan di Malaysia dan akan dilancarkan di Jepun pada bulan Macrh.


Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Read more...

Jam Tangan USB

>> Monday, January 5, 2009



Apakah anda pernah bermimpi mempunyai gadget-gadget canggih seperti di film, terutama gadget yang dibawa James Bond? Mungkin Jam USB ini salah satu dari gadget tercanggih. Selain berfungsi sebagai jam petunjuk waktu, tetapi ia juga sebagai tempat menyimpan data atau USB thumbdrive. Dengan kapasiti 2GB dan 4GB anda boleh menampung apa saja data di dalamnya. Anda hanya perlu menggunakan USB Cable 2.0 untuk disambungkan pada PC. Kawan-kawan anda tidak akan tahu yang jam anda adalah gadget canggih kerana lubang USB telah ditutup dengan getah.

Read more...

Plasma Atau LCD?

>> Tuesday, July 22, 2008




MENONTON televisyen tanpa audio yang baik mungkin merosakkan mood individu tapi LG Electronics mendatangkan segmen baru TV LCD dengan tambahan sistem bunyi keliling 3,1 dan 'woofer' 500 watt direka Guru 'Audio', Mark Levinson melalui model LG80 definisi tinggi penuh.

Manakala LG70 (plasma) dikuasain enjin Dual XD membekalkan nisbah kontras dinamik 1,000,000:1 bagi menawarkan kejelasan dalam pengalaman visual selain pengenalan konsep 'minimalist' dalam rekaannya mengurangkan kadar silau optikal melalui teknologi anti pantulan..




Spesifikasi

PRODUK: LG80

HARGA: belum ditentukan

SEGMEN: gabungan TV LCD dan teater rumah

SISTEM AUDIO: 3.1 Channel, woofer 500w

RESOLUSI: 1920 x 1080 x 3RGB (HD penuh)

MOD AV: wayang, sukan, game

SAIZ: 32 dan 42 inci

SAMBUNGAN: USB 2.0, terminal HDMI



Spesifikasi

PRODUK: LG70

HARGA: belum ditentukan

NISBAH KONTRAS DINAMIK: 1,000,000:1

RESOLUSI: 1920 x 1080 x 3RGB (HD penuh)

MASA BERTINDAK BALAS: 0.001ms

ENJIN: Dual XD

MOD AV: wayang, sukan, game (dengan satu butang kawalan)

SAMBUNGAN: USB 2.0, empat terminal HDMI


Klik Disini Untuk Lebih Lanjut.

Read more...
Resources Blogs
Top  blogs

  © Blogger template Socolatajuz by Rahman Bashri 2011

Back to TOP