Link To Us

>> Monday, June 30, 2008

Read more...

Tukang Masak Golongan Atasan

>> Saturday, June 28, 2008

Chef ialah seorang individu yang memasak secara profesional. Dalam sebuah dapur profesional, terma ini digunakan hanya untuk orang yang bertanggungjawab ke atas segala-galanya di dapur, iaitu 'Eksekutif Chef'. Chef merupakan perkataan yang dipendekkan dari satu perkataan perancis 'chef de cuisine', yang bermaksud "ketua" atau "kepala" di dapur. Jawatan Chef dalam bidang memasak ini bermula dari amalan masak-memasak golongan atasan bermula pada kurun ke-19.
Orang barat kebanyakan menggunaklan terma tersebut untuk memanggil mana-mana tukang masak profesional, tanpa mengira pangkat dan peringkat mereka.

Peringkat-peringkat chef:

1. Chef d Cuisine
2. Sous chef
3. Expediter (Aboyeur)
4. Chef de Pertie
5. Commis
Sekiranya anda beminat untuk mendapatkan resepi-resepi masakan anda bolehlah melayari laman web ini resepi.mesra.net.

Read more...

PETUA KECANTIKAN SEMULAJADI PART 3

>> Thursday, June 26, 2008

Mengelak Keguguran Rambut
Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kuit kepala seeloknya pada waktu malam. amalan ini juga dapat mencegah kelemumur.

Menghilangkan Bau Ketiak
Amalkan semasa mandi, gosok ketiak di atas kepala lutut.
Selain itu, setiap kali lepas mandi, sapu dengan belakang tapak tangan pada bahagian bawah ketiak.

Menghilangkan Kelemumur
Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala
Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam
Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala.
Basuh dgn air suam.
Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.

Rambut Gugur
Rendamkan kacang hijau semalaman.
Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2.
Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh.
Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.

Menghilang Sakit Kepala
Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram.
Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi.
Amalkan 2-3 hari dan insyaAllah anda akan berasa segar dan ringan kepala.

Menghilang Ketumbit Mata
Gesel 2 batang sudu.
Sapukan bahagian yg digesel di tempat ditumbuhi ketumbit
Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang.

Menurunkan Berat Badan (1)
Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air.
Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis.
Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

Menurunkan Berat Badan (2)
Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari.
Perah airnya ke dalam gelas yg berisi air sejuk. Masukkan ke dalam peti ais.Amalkan minum selepas makan tengahari atau selepas makan malam.

Mengatasi Tumit Pecah
Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut.
Amalkan sebelum mandi.

Awet Muda (1)
Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.
Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur

Awet Muda (2)
Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini.Urutkan wajah anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali.
Amalkan setiap hari urutan ini.

Mudah Bangun Pagi
Sebelum tidur,tepuk bantal tiga kali sambil berselawat ke atas Nabi s.a.w.Niat dalam hati utk bangun pagi
Insya-Allah,esok terjaga dengan sendirinya.

Menghilangkan Jerawat
Campur bedak sejuk dan asam jawa.
Selawat pada Nabi 3 kali.
Sapukan di muka dan di tempat jerawat
Insyaallah, jerawat akan beransur hilang.

Meluruskan Rambut Kerinting
Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja
Campurkan dgn air limau nipis.Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim.
Gunakan krim ini utk disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya.Tutup kepala dgn tuala sehingga 1 jam barulah dibilas dgn bersih.Lakukan 3 kali seminggu.Anda akan dapati rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit.

Menghaluskan Kulit Muka (1)
Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong ubi. kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan.Biarkan ia mengering lebih kurang limabelas minit. Selepas itu barulah dibilas.

Memerahkan Bibir
Sapukan madu asli pada bibir tiap2 malam sebelum masuk tidur.Amalkan selalu. Insyaallah bibir anda akan merah seperti memakai gincu.

Memutih dan Mengilatkan Gigi
Ambil beberapa helai daun kelapa kering.
Bakar hingga jadi abu.
Gosokkan gigi anda dengan abu daun kelapa tersebut.
Lakukan berulang kali dan insyaallah gigi anda putih berkilat.

Tegangkan Payudara
Amalkan meminum air kanji (air didih nasi)sebelum tidur malam.Insyaallah mujarab.

Menghaluskan Kulit Muka (2)
Didihkan susu segar atau pun susu tepong bercampur air. Biarkan ia sejuk.Lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih.

Hilangkan Pecah-pecah Di Tumit
Beberapa keping asam gelugur dimasukkan ke dalam baldi yg berisi air suam.Rendamkan kaki anda selama 1/2 jam.Lakukan setiap hari hingga tumit sembuh semula.

Mengembalikan Seri Muka Selepas Bersalin
Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu.Seeloknya pada waktu pagi dan malam.

Menguatkan Gigi
Selepas membuang air besar, anda berdiri seketika.
Kemudian, duduk bertinggung sambil dua tapak tangan mengetuk urat paha tiga kali .Semasa mengetuk paha dengan dua tapak tangan, cengkam gigi sekuat tenaga.
Selepas itu, kumur air di mulut hembuskan pada dua tapak tangan ke arah muka.

Menghilangkan Bau Mulut
Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih.Kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukannya tiga hari sekali.

Menghilangkan Lebam Mata
Teh uncang yg telah digunakan jangan buang.
Lekap pada mata dan biarkan semalaman.
Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur.

Menghapuskan Urat Timbul Di Kaki Sewaktu Mengandung
Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu.

Mengelak Santau
Untuk mengelakkan santau melalui makanan,pastikan sebelum menjamah makanan ,rasa lelangit kita dengan lidah.Kalau lelangit tu terasa kesat tanpa rasa geli,jangan makan makanan/minuman atau pun tutup kedua-dua belah telinga kalau tak dengar bunyi berdengung,berhati-hatilah dgn keadaan sekeliling.
Untuk mengelakkan santau melaui angin,jangan amalkan tidur bertentangan dengan pintu.

Meminimakan Gangguan Semasa Tidur
Biasakan bangun awal pada waktu pagi kerana boleh menyebabkan seseorang itu cepat merasa mengantuk pada waktu malam. Lakukan senaman kerana ia menjadikan seseorang itu cepat letih dan mengantuk.
Hilangkan segala masalah dengan mempraktikkan hobi anda seperti membaca, bermain atau berjenaka dengan anak dan isteri. Ingatlah Allah sebelum tidur dan bertawakal kepadaNya setelah kita yakin dengan segala kerja di siang hari itu adalah ibadat.

Menghilangkan Sakit Kepala
Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis.
Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman.
Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang.
Pelipis akan berwarna merah kehitaman tetapi akan mengelupas dalam sehari dua.

Read more...
Resources Blogs
Top  blogs

© Blogger template Socolatajuz by Rahman Bashri 2011

Back to TOP