Awekku

>> Monday, January 2, 2012


Saya suka sagat tengok jari-jemari awek saya... cantik betul.. sungguh! sampai takut nak pegang... bukan takut patah tau... tapi takut nanti jari-jemari kitorang tak boleh tolong each other di satu hari yang giler forever depan yang maha Esa...

Saya suka tengok rambut awek saya... cantik betol... sungguh! sebab tu saya belikan dia tudung... hmm, bukan sebab jeles orang lain tgk plak tau... . tapi, sebab saya nak tgk rambut iklan pantene dia tu sampai bila2... takut nanti dibakar dek api neraka, di suatu hari yang giler forever...

Saya suka tengok body awek saya... solid betol... sungguh! sebab tu saya belikan dia telekong supaya mase die 'dating' dgn Kekasih die Yang Utama, dia jaaauh lg cantik dan berseri menghadapNya. saya pun tumpang dapat pahala. pergh, syoknye...

Saya sedih sgt bile tengok awek saya tak tido, tak makan, sbb rindu kat saya... saya pun macam tu jugak, ada problem yang sama.. die tanya apa ubatnya?... saya pun bagi die Quran untuk penenang jiwa... semoga lebih cintakanNya drpd saya...

Saya sedih tengok awek saya selalu pesan macam2 kat saya.. "makan, minum, jaga diri, drive elok2 tau.. nanti awak sakit saye susah ati... bla bla bla bla" katenya.. tapi bila tengok movie sama2, burn asar maghrib gitu aje, die tak kata satu aper pun.. Hai... berdosanye saya... .

Kesimpulannya saya memang sayang sgt kat dia.. nak jumper die, bersama dia, giler forever.. yang ever punye forever.. di dunia dan akhirat terutamanya, janji nak share heaven sama2.. kekal bahagia, selamanya...

Semoga kami saling mengingati, dosa sendiri pun infiniti... nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni... semoga kami menginsafi diri... Ya Allah, ampunkanlah kami... . semoga kami dapat kekal bersama selamanya, di syurga nanti...

Amin......

Read more...

Curi Seluar Dalam Untuk Jual Di Kedai Bundle

>> Wednesday, December 28, 2011




Kalau sebelum ni ada kes seorang lelaki yg di tangkap sebab berjoging sambil curi coli, ni plak lain ceritanya…lelaki ini telah di tangkap kerana mencuri seluar dalam lelaki dan wanita di mana2 pasaraya…untuk apa?? untuk di jual di kedai bundle…puncanya, dia di berhentikan kerja dan hilang sumber pendapatan, terdesak maka terpaksa mencuri…ermmm…baca jom baca kisahnya….semoga jadi iktibar…

Seorang bapa anak tiga terpaksa meringkuk dalam penjara selama lima tahun selepas didapati bersalah mencuri seluar dalam di sebuah pasaraya dekat Nibong Tebal.
Raju (bukan nama sebenar) melakukan kegiatan itu hampir enam bulan sebelum dia ditangkap pada jam 2.45 petang di sebuah pasaraya dekat sini apabila seorang pekerja menyedari akan tindakannya.Menceritakan kembali kisah hidupnya, Raju ketika ditemui wartawan di Kompleks Penjara Seberang Perai berkata, dia mencuri seluar dalam lelaki dan wanita di mana-mana pasaraya adalah bertujuan menjualnya kepada seorang kenalan.

“Dahulu saya bekerja sebagai kerani kilang tetapi diberhentikan apabila syarikat mengalami masalah kewangan.“Ketika itu, hidup saya dan beberapa pekerja yang diberhentikan itu ibarat layang-layang terputus tali apabila sumber pendapatan untuk menyara keluarga sudah tiada,” katanya.Menurutnya, selepas beberapa bulan diberhentikan, seorang kenalan lama menawarkan pekerjaan buatnya.“Rakan saya membuka sebuah kedai bundle di hadapan rumahnya dan beberapa minggu selepas bekerja, barulah saya tahu bahawa kedai berkenaan adalah hasil daripada barang curi. Rakan saya ini akan membeli pakaian lama dan curi daripada mana-mana kenalannya sebelum menjual kepada orang ramai dengan harga yang berpatutan.“Perasaan janggal untuk melakukan kegiatan terbabit pada mulanya memang menguasai diri ini tetapi apabila sudah biasa, saya menjadi gian untuk mencuri seluar dalam pada mana-mana pasaraya.“Pulangan lumayan yang diberikan rakan membuatkan saya semakin alpa dan akhirnya membawa padah,”katanya.Raju berkata, dia hanya mencuri seluar dalam lelaki dan wanita sahaja kerana pulangan yang diperoleh menerusi kenalannya itu amat lumayan.

“Sehelai seluar dalam lelaki dan wanita, saya akan memperoleh RM10 dan disebabkan itulah saya nekad untuk membawa seberapa banyak yang mungkin kepada rakan kerana saya amat memerlukan duit untuk menyara keluarga.“Bagaimanapun, kegiatan saya itu akhirnya membawa padah apabila ditangkap ketika mencuri untuk kali ke-17 dalam tempoh enam bulan.“Saya berterima kasih kerana dihukum dan jika masih diluar sana, saya pasti akan terus hanyut.“Di sini, banyak pengajaran yang saya pelajari dan akui bahawa, tindakan saya itu amat memalukan kerana tidak berfikir panjang sebelum melakukannya.Diharap, isteri, anak-anak dan ahli keluarga saya dapat memaafkan diri ini serta memberi peluang kedua untuk saya berubah,”katanya.Raju dijatuhi hukaman penjara selama lima tahun dan bakal dibebaskan pada Ogos 2014.

Read more...

Tentang Saya

Saya dilahirkan pada 04 September. Menulis tentang pelbagai isu kemasyarakatan dalam konteks dakwah masakini. Mula menulis di socolatajuz.blogspot.com pada tahun 2004. MENULIS ini hanya untuk mencetus minat dan mahu untuk membaca dan memahami apa sahaja yang ditulis dan dibaca. supaya apa yang ditulis dan dibaca itu dapat diterjemahkan dalam kehidupan seharian. Semoga anda mendapat taufik dan hidayah dari Allah...
Resources Blogs
Top  blogs

  © Blogger template Socolatajuz by Rahman Bashri 2011

Back to TOP