Allah S.W.T Sentiasa Bersama Kita

>> Friday, August 27, 2010

http://1.bp.blogspot.com/_NFBDMykh8XE/TDQM-c3RqqI/AAAAAAAAAHc/U0GlVtu7D0k/s1600/2_249.png



Hidup tidak selalunya indah, laut tidak selalunya tenang dan hari tidak selalunya cerah. Namun susahnya hidup, geloranya laut dan mendungnya hari bukanlah pencacat diari kehidupan. Setiap yang berlaku dan apa yang kita lalui itu ada hikmahnya. Ada cerita di sebaliknya. Kita perlu bersedia menghadapinya dan mencari maknanya supaya kita sentiasa ingat kepada Yang Maha Kuasa.

Perlu kita sedar dan yakin dalam apa jua setuasi, Allah s.w.t sentiasa bersama kita. Hanya kita sendiri yang seringkali menghindarkan diri dan alpa daripada Allah s.w.t. Mungkin ada masanya kita terleka dengan sepoi angin bahagia dunia yang sementara. Atau mungkin kita berada di puncak kebimbangan yang sangat hampir dengan gaung kegagalan dan kekecewaan. Ini yang membuat kita jauh darpada Alla s.w.t dan dilanda kesedihan. Terlalu bahagia atau terlalu senang akan membuat kita mudah terlena, terlalu sedih atau kecewa juga akan membuat kita mudah terbabas ke lorong suram.

Oleh itu hiburkanlah hati, tenangkanlah fikiran. Warnai hidup ini dengan bunga-bunga senyuman, dinginkanlah hati dengan salju ketabahan, wangikanlah suasana dengan rejisan kesabaran dan indahkanlah lagi dengan sentuhan keimanan. Hidup ini akan lebih bermakna dan diri kita akan lebih berharga. Pasti usia yang berlalu setiap saat tidak akan sia-sia.

Apa yang penting dalam hidupku hanya bertaqwa kepada Yang Maha Esa. Ya Allah sesungguhnya aku sangat mencintai Noraishah Nordin, Kau satukan hati kami hingga ke akhir hayat. Hindarilah diriku daripada lembah maksiat kau lembutkanlah hatinya untuk menerimaku seadanya. Amin Ya Rabbal 'alamin..

Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Read more...

Perkhidmatan Internet Terbaik - P1 WIMAX

>> Tuesday, August 24, 2010


http://1.bp.blogspot.com/_PC-fOLkfAqM/SOlfgI9x0TI/AAAAAAAACd4/xPPlgVgzZzM/s400/a1.jpg


Secara jujurnya sebelum ini saya menggunakan perkhidmatan Maxis Broadband dan Celcom Broadband, tetapi perkhidmatan yang diberikan kedua-dua "Internet Provider" ini sangat mengecewakan saya, malah ada ketika sehinggakan saya ingin mencampakkan Modem saya itu ke dalam longkang. Antara dua "Internet Provider" itu Maxis Broadband boleh diberi pujian sedikit kerana adakalanya kelajuannya agak membanggakan tetapi tidak stabil. Pagi OK masuk je petang KO, hampeh sungguh. Saya tidak juga boleh salahkan mereka semata-mata kerana mungkin di kawasan rumah saya line internetnye kurang atau perlahan, tetapi sekiranya mereka tahu tentang kawasan rumah saya kurang line internetnya, mereka perlulah mengambil tindakan dengan secepat mungkin. Ini tidak, promosi nak hebat saja, kononnya merekalah Broadband NO.1 di Malaysia ni. Kalau rasa-rasa tak boleh sediakan line untuk 1Malaysia janganla gunakan Title NO.1 tu, manyampah betul saya.

http://www.soyacincau.com/wp-content/uploads/2009/05/p1wimax_dv230.jpg

Ok, berbalik pada tajuk asal. selepas bengang dengan perkhidmatan yang diberikan oleh kedua-dua "Internet Provider" di atas, saya ada terdengar berkenaan pembekal internet terbaru iaitu P1 WIMAX. Setelah mengkaji dan menyoal selidik berkenaan dengan perkhidmatannya pada orang yang telah menggunakannya agak positif. Tanpa membuang masa saya pun mendaftar P1 WIMAX ni Low Yat, kebetulan promosinya ketika itu besar-besaran. Setelah mendaftar saya mengharap ini perkhidmatan internet terakhir yang akan saya gunakan. Pada hari pertama saya menggunakannya ia mengembirakan dan memberi senyuman kepada saya kerana kelajuannya melebihi dari Maxis Broadband dan Celcom Broadband dan mengharap ia berkekalan. Alhamdulillah sehingga sekarang saya menggunakannya tanpa pernah rasa ketidakpuashatian dengan servicenya. Akhir bertemu juga saya pada perkhidmatan yang terbaik sebegini, walaupun saya mengambil pakej yang paling rendah RM49 sebulan, tetapi rasa macam menggunakan untuk yang RM138 punya. Sehingga kini saya telah menggunakannya selama hampir 9 bulan tanpa rase ketidakpuasanhatian kepadanya. Inilah yang saya inginkan.

Tetapi apa yang lebih penting P1 WIMAX yang saya daftar ni ada "Wireless Connection", so kawan-kawanku boleh menggunakannya dan saya pun dapat pahala. Apa yang saya ingin beritahu di sini adalah sebelum anda mendaftar di mana-mana "Internet Provider" anda haruslah membuat soal selidik atau kajian berkenaan dengan perkhidmatan dan linenya. Jangan main daftar je manala tau di kawasan perumahan anda tidak ada line atau line slow ke.

Oleh itu, sebagai pengguna yang berpuas hati anda perlu mendaftar dengan P1 WIMAX sekiranya dikawasan perumahan anda ada line P1 WIMAX daftalah segera kerana saya jamin anda akan puas hati dengan kelajuannya. Tak percaya cuba daftar kalau berani. sekian..wassalam.

Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Read more...

Rakaman Takbir Raya Untuk Siaran RTM Di Masjid Negara

>> Monday, August 23, 2010


 http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcR2XXQPd6zdQkL_3tlu6vWH3cRCPmq1-k4qXoLFJcanAtyFhiE&t=1&usg=__gRudqsggqylvry6WL4-oP0W_vYY=



Pada 20/8/2010 bersamaan 10 Ramadhan 1431H , selepas solat terawih satu sesi rakaman takbir raya telah diadakan di Dewan Solat Masjid Negara, Kuala Lumpur anjuran Unit Perhubungan Awam dan Pusat Sumber, Masjid Negara. Rakaman tersebut diadakan untuk siaran TV1, TV2 dan Media JAKIM yang akan ditayangkan pada hari raya Aidilfiri 2010 dan juga Aidiladha 2010. Rakaman ini mendapat sambutan yang membanggakan kerana lebih kurang hampir 300 orang yang hadir untuk menjayakan rakaman tersebut.

http://www.cimbislamic.com/images/islamic/logo_islamic.gif

Rakaman di ketuai oleh Yang Berbahagia Tan Sri Syaikh Hj. Ismail bin Hj. Muhammad Imam Besar Masjid Negara. CIMB Berhad sebagai penaja utama telah diwakili oleh Dato' Sulaiman bin Mohd Tahir yang juga meminpin bacaan Takbir Raya pada malam tersebut. Tidak ketinggalan bacaan Takbir Raya dibaca oleh Bilal Masjid Negara saudara Shah Azri bin Ahmad.


Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Read more...

Mari Menunaikan Kewajipan Zakat Fitrah

>> Friday, August 20, 2010

 Salam Ramadhanku ucapkan kepada pembaca blog aku...

Ramadhan bulan yang mulia. Banyak amalan yang boleh kita buat, malah setiap amalan kebaikan yang kita lakukan akan dilipat gandakan pahalanya. Istimawanya Ramadhan yang datang setahun sekali sering kali dipersiakan. Ya Allah kau kuatkan Imanku untuk sentiasa beramal soleh kepada mu Ya Allah. Amalan yang boleh dilalakukan pada bulan Ramadhan adalah sangat banyak ia adalah seperti Membaca Al-Quran, Berterawih, Zakat Fitrah dan sebagainya nak taip semua memang banyaklah. tapi yang paling penting anda lakukannya dengan sepenuh keikhlasan hati anda insya-Allah Allah akan mengurniakan pahala yang berlipat kali ganda.

Oleh itu, amalan yang wajib kita lakukan atau tunaikan adalah Zakat Fitrah. apa itu Zakat Fitrah? Zakat Firah juga dikenali sebagai zakat Badan, zakat Puasa, zakat Ramadhan, dan zakat Fitri. Zakat Fitrah adalah sebagai tempat penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal menjelma. Syarat Zakat Firah adalah seperti 1) Islam 2) Mempunyai Mkanan yang lebih pada 1 hari siang dan malam Hari Raya 3) Dapat menemui dua masa antar akhir Ramadhan dan awal Syawal. Kewajiapan Zakat Firah adalah seperti 1) Ketua keluarga untuk dirinya dan juga tanggungannya 2) Sekirannya orang tanggungannya meninggal dunia pada bulan puasa maka tidak waji baginya untuk membayar Zakat Fitrah itu.

Oleh yang demikian waktu membayar Zakat Fitrah terbahagi kepada 5 iaitu 1) Waktu Wajib-Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan hingga terbit matahari esok 2) Waktu Afdhal-Sebelum Sunat Hari Raya 3) Waktu  Sunat-Sepanjang Ramadhan 4) Waktu Makruh-Selepas sunat bhari raya sehingga terbenamnnya matahari 1 Syawal 5) Waktu  Haram-Selepas terbenam matahari 1 Sayawal. Senarai Kadar Zakat Fitrah pada tahun 2010

Negeri Kadar Zakat Fitrah
Perak Rm 7.00
Perlis Rm 6.00
Pulau Pinang Rm 7.00
Pahang Rm 7.00
Selangor Rm 7.00
Sarawak Rm 5.20
Sabah Rm 6.80
Melaka Rm 6.50
Wilayah Persekutuan Rm 7.00
Terengganu Rm 5.00 / Rm 7.00 / Rm 8.00*
Kelantan Rm 7.00
Negeri Sembilan Rm 6.50
Johor Rm 5.50 / Rm 7.50*
Kedah Rm 7.00

Niat Zakat Fitrah
"Wang sebanyak $$$$ ini sebagai menunaikan Zakat Firah, yang wajib ke atas diri/keluargaku untuk tahun berakhir ____ kerana Allah Ta'ala."

Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Read more...

Kelantan Gunakan Dinar Emas

>> Friday, August 13, 2010

http://wakalanusantara.com/images_content/insideKelantan2.jpg
Kerajaan Kelantan mengambil langkah berani dengan memperkenalkan dinar emas dan dirham perak di dalam urusniaga harian. Sebanyak 1000 gedung perniagaan telah mengambil bahagian untuk menerima dinar sebagai wang alternatif menggantikan ringgit Malaysia.

http://www.dinar-emas.com/attachment.php?aid=247

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Mat telah melancarkan mata wang rasmi itu pada 12 Ogos yang akan digunakan untuk semua urusniaga dan membayar gaji kaki tangan awam. Dinar emas di datangkan di dalam lima ukuran yang dijual berdasarkan kepada nilaian harga emas di pasaran. Nilai dinar itu bermula dari setengah dinar bersamaan RM296, satu dinar bersamaan RM592, dua dinar bersamaan RM1,184, lima dinar bersamaan RM2,960, dan lapan dinar bersamaan RM4,736. Manakala nilai dirham adalah RM13 untuk setiap dirham.


Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Read more...

Senarai Laman Web/Blog Yang Menyediakan Perisian/Software Percuma

>> Thursday, August 12, 2010

Ramai pengguna hari ini lebih suka mencari atau menggunakan perisian percuma di internet kerana perisian yang ada di pasaran harganya agak mahal dan mempunyai pelbagai masalah yang berkaitan penggunaan operating system atau OS. Sekarang aku ada menyenaraikan laman web yang menyediakan perisian percuma malah lagi lagi dari perisian yang dibeli. Perisian yang aku maksudkan itu termasuklah Pelayar Web, Penyunting Gambar, Penyunting Video, Aplikasi Pejabat, Permainan Video dan banyak lagilah. Tak payah nak cakap banyak anda klik je senarai laman web dibawah ini yang menyediakan software atau perisian percuma.

Launchy                                              Virtual Dimension                     Chromium
Comodo Backup                                 DFIncBackup                          Firefox
SE Backup                                          Areca                                      OpenOffice
Cobian Backup                                   JaBack                                     Sumatra                             
Bacula                                                BackupPC                                PDFCreator
Nasbackup                                         Restore                                     SongBird
Microsoft Security                              Lotus Symphony                        VLC
OpenClipArt                                      GnuCash                                    Handbrake
GanttProject                                       Windows Live Mail                    DVD Flick
Thunderbird                                       Lightning                                     Free Download Manager
Evernote                                            dsBudget                                    Cabos
Picture Timeclock                              Calibre                                        eMule
Operator                                            Filezilla                                        ZScreen
Torrent                                              Frostwire                                     Inkscape
CCleaner                                          Revo Uninstaller                            Gimphoto/Gimpad
Nirsoft Apps                                    Treesize Free                                 Flickr Uploadr
Teamviewer                                      CDBurner XP                               Infrarecoder
Screamer                                          Faststone Capture                         WinCDEmu
Vdownloader                                    Irfanview                                       Bonkey
Notepad                                           Abiword                                        DirSyncPro
Foxit PDF Reader                            Total Commander                           Pidgin
Preme For Windows 7                     ISO Buddy                                     Spaz
7zip                                                   Belvedere                                      Ultra DefragTrueCrypt
RocketDock

Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Read more...

Rakaman Takbir Hari Raya TV3 Dan TV9 Di Masjid Negara

>> Wednesday, August 4, 2010




Pada 04 Ogos 2010 selepas solat isyak dua sesi rakaman takbir raya telah diadakan di Masjid Negara, Kuala Lumpur anjuran Media Prima Berhad. Rakaman tersebut diadakan untuk siaran TV3 dan TV9 yang akan ditayangkan pada hari raya Aidilfiri 2010 dan juga Aidiladha 2010. Rakaman ini mendapat sambutan yang membanggakan kerana lebih kurang hampir 300 orang yang hadir untuk menjayakan rakaman tersebut.

Rakaman pertama di ketuai oleh Yang Berbahagia Tan Sri Syaikh Hj. Ismail bin Hj. Muhammad Imam Besar Masjid Negara dan rakaman kedua di ketuai oleh Faizal Tahir, Faizal Tahir baca takbir agak salah sedikit walaupun melihat teks bacaan.Rakaman pertama ini akan disiarkan di TV9 dan rakaman kedua akan disiarkan di TV3.

Uptrend sebagai penaja utama disamping penaja-penaja yang lain telah membawa lebih 100 orang usahawan Uptrend untuk menyertai sesi rakaman tersebut. Selain itu, penaja seperti Saffron Integrated Marketing telah menaja air Asy-Syifa' dan biskut Tok Guru Crispy dari keluaran produk Tok Guru.

http://www.annualreports.com.my/uploads/company_r/logo/329_media%20prima.png
Seorang wakil dari Media Prima mengatakan sejak kami mengadakan rakaman takbir hari raya inilah rakaman yang mendapat sambutan yang amat baik kerana telah dihadiri ramai orang berserta artis-artis tanah air seperti Faizal Tahir,Black, Pelakon dari drama Hotel Mania(Bob, Anding dan lain-lain), Tam, Awira dan ramai lagi kalau nak sebut semua aku malas.

Semoga pada tahun hadapan Media Prima Berhad akan mengadakan rakaman takbir hari raya di Masjid Negara lagi. Bolehlah aku masuk TV selalu..hahaha..bubye...esok aku ada Exam JPA...wish me luck ok...



Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Read more...
Resources Blogs
Top  blogs

  © Blogger template Socolatajuz by Rahman Bashri 2011

Back to TOP