Era TV di Astro Ria

>> Tuesday, March 17, 2009



Sebuah lagi rancangan hiburan hebat terbitan Astro, berjudul Era TV bakal menemui penonton setiap Khamis, jam 10.30 malam di Astro Ria. Rancangan hiburan yang mula bersiaran malam ini akan diacarakan penyampai radio Era secara bergilir-gilir.

Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan Shagul berkata, “Kami di Astro sentiasa peka akan kehendak pelanggan dan berazam untuk terus menawan hati mereka dengan memberikan kepelbagaian dalam rancangan yang ditawarkan.

“Sehubungan itu, kami berasa bangga untuk memperkenalkan sebuah lagi rancangan yang berasaskan hiburan dan muzik yang akan menampilkan berita dan perkembangan terkini mengenai pelbagai acara hiburan di tanah air seperti muzik, filem, teater, drama dan sebagainya melalui Era TV.

“Melalui Era TV, penonton berpeluang untuk memenangi tiket untuk menyaksikan acara hiburan, album dan juga tiket wayang dari semasa ke semasa,” tambah Khairul lagi.

Program hiburan yang akan bersiaran selama 30 minit pada setiap minggu ini mempunyai tiga segmen utama iaitu segmen muzik, kaki wayang dan sudut sembang.

Pada segmen muzik, penonton dapat mengikuti Carta Era iaitu 20 lagu paling popular yang dimainkan di radio Era melalui Carta Era mingguan. Selain itu, penonton juga akan dibuai melalui tayangan video klip lagu dari Indonesia dan lagu baru di Era.
Bukan itu saja, penonton yang menyaksikan rancangan hiburan ini berpeluang untuk menyaksikan tayangan eksklusif muzik video artis yang belum pernah ditayangkan di mana-mana stesen TV sebelum ini.

Bagi menghebatkan lagi program, segmen Kaki Wayang diperkenalkan bagi berkongsi maklumat terbaru mengenai filem box office yang rancak dimainkan di pawagam. Selain itu, penonton juga berpeluang untuk mengenali artis undangan pada setiap minggu melalui sudut sembang.

Info terkini dan perkembangan terkini acara hiburan tanah air juga akan dikongsi bersama penonton pada setiap minggu.

Jangan lupa untuk saksikan Era TV pada setiap hari Khamis, jam 10.30 malam bermula pada 12 Mac ini. Siaran ulangan juga akan ke udara pada setiap Jumaat, jam 6.30 petang. Semua ini hanya di Astro Ria.

Sumber : Berita Harian online

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Share/Save/Bookmark

0 comments:

Post a Comment

Resources Blogs
Top  blogs

  © Blogger template Socolatajuz by Rahman Bashri 2011

Back to TOP