Proton Exora

>> Wednesday, February 18, 2009

Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) pertama negara keluaran Proton Holdings Bhd. dinamakan Exora. Nama Exora dizahirkan daripada nama bunga Ixora nama yang dipilih daripada ratusan ribu nama yang dicadangkan oleh orang ramai dalam Peraduan Menamakan Proton MPV baru-baru ini. Ia dihantar oleh seorang guru pelatih Norsholihan Abd. Eanich, 29, dari Jitra, Kedah.

Pengarah Urusan Proton Holdings Bhd., Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir selepas pengumuman rasmi nama MPV itu di Petaling Jaya semalam berkata, Proton Exora dijana menggunakan enjin CamPro 1.6 liter dan tempahan dibuka pada 21 Februari di kesemua 293 pejabat jualan Proton Edar dan EON seluruh negara. Ia berharga kurang daripada RM80,000 dan yuran tempahan ditetapkan pada RM1,000.


Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

0 comments:

Post a Comment

Resources Blogs
Top  blogs

  © Blogger template Socolatajuz by Rahman Bashri 2011

Back to TOP