Apa Itu Google Adsense?

>> Thursday, January 29, 2009

Google adsense ialah suatu program dimana ia membolehkan kita menjual ruang pengiklanan untuk mempromosikan iklan orang lain pada website/blog kita. Ia juga dipanggil PPC program atau Pay Per Click Program. Kita akan dibayar atas setiap iklan yang di klik. Untuk menyertai program tiada bayaran atau deposit diperlukan. Dari mana datangnya duit yang kita perolehi dari program google adsense ini?

Didunia ini berapa banyak syarikat yang ingin memperkenalkan produk mereka, selain daripada menggunakan perkhidmatan televisyen, radio, surat khabr dan lain-lain, mereka juga menggunakan Perkhidmatan internet untuk promosi produk atau servis mereka. Jadi Google telah memperkenalkan Google Adword, dimana mereka akan membayar kepada Google untuk mengiklankan produk mereka. Mereka akan membayar kepada Google setiap iklan yang di klik oleh pengguna. Google yang sememangnya cerdik pandai tahu bagaimana hendak perbanyakkan klik itu dengan memperkenalkan Google Adsense.

Untuk memperbanyakkan dan disebarkan di seluruh dunia maka Google telah membuat progam Google Adsense, dimana semua webmaster atau empunya website/blog boleh meletakkan iklan tersebut di website/blog mereka. Setiap iklan itu mempunyai nilai yang tersendiri apabila ia di klik oleh pengunjung website/blog mereka. Contoh Google Adsense adalah seperti dibawah :


[Gambar dari blog Azuraiz]

Untuk Entri Seterusnya saya akan beritahu bagaimana untuk mendaftar Google Adsense.


Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

0 comments:

Post a Comment

Resources Blogs
Top  blogs

  © Blogger template Socolatajuz by Rahman Bashri 2011

Back to TOP