Norton AntiVirus 2009

>> Wednesday, December 17, 2008




DUA produk Symantec Corp. (Symantec) iaitu Norton Internet Security 2009 dan Norton AntiVirus 2009 sesuai untuk dipindah turun pengguna memandangkan ia kelengkapan jitu sistem pertahanan dunia maya.

Ia membantu menangkis jenayah siber dan memelihara komputer atau laptop.

Penulis mendapati produk ini amat sesuai digunakan dalam sistem operasi Windows XP dan Vista dan memiliki kelajuan mengesan kelakuan virus atau ancaman lain malah Norton Internet Security 2009 diberitakan melalui 300 pembaharuan prestasi.

Ia pantas melakukan imbasan melalui laptop tapi anda perlu memastikan sambungan Internet dalam keadaan baik.

Teknologi terkini yang diperkenalkan pada perisian terbaru Symantec itu mampu mengurangkan kadar imbasan fail harian apabila ciri imbasan fail biasa untuk setiap hari turut dimansuhkan.

Berdasarkan ujian makmal PassMark Sortware, Norton Internet Security 2009 lebih mudah untuk dipasang kerana ia mengambil tempoh 52 saat dan penulis mengambil masa satu minit dan 30 saat untuk memasangnya.

Perisian terbabit turut dilengkapi dengan teknologi Norton Identity Safe, fungsi yang bertindak memastikan identiti ataupun kata laluan selamat daripada di klon oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Perisian terbaru melalui Norton AntiVirus 2009 dilengkapi dengan teknologi terbaru Norton Protection yang memastikan proses pengimbasan fail dilakukan dengan pantas bagi mengelakkan ancaman menular secara segera.

Melalui teknologi pintar itu, penulis mendapati proses pengimbasan hanya dijalankan ke atas fail yang tidak dikenali dan dipercayai berupaya membawa ancaman serangan kepada komputer ataupun disalurkan menerusi rangkaian Internet.

Jika sebelum ini pengguna banyak bergantung kepada sistem 'update', Symantec memiliki keupayaan baru iaitu 'Real Time SONAR' melindungi data berdasarkan definisi sedia ada yang diperoleh dari makmal.

Seperti penyediaan sistem penyelesaian keselamatan lain, sistem keselamatan Norton 2009 melindungi komputer dan rangkaian Internet pengguna daripada segala ancaman termasuk virus, spyware, trojan, phishing atau spam.

Penggunaan memori aktifnya juga turut dikurangkan apabila perisian itu hanya menggunakan kurang daripada tujuh megabait tapi mampu melaksanakan imbasan pada kadar kelajuan 33 saat.

Pengalaman yang ditempuh penulis apabila melayari menyalin fail dari 'thumbdrive' rakan menyebabkan virus cuba memasuki laptop namun ia berjaya dikesan walaupun tidak diimbas terlebih dulu.

0 comments:

Post a Comment

Resources Blogs
Top  blogs

  © Blogger template Socolatajuz by Rahman Bashri 2011

Back to TOP