WAKIL KEPADA PENDUDUK MALAYSIA PART 2

>> Saturday, April 26, 2008

Pertama sekali abang Perdana Menteri kita ia itu Ibrahim bin Badawi
menerusi syarikatnya SkyChef menjadi supplier makanan kepada syarikat
penerbangan MAS yang sekarang mengalami kerugian RM900 juta untuk sembilan
bulan pertama 2005. Abang PM kita jual sebotol air mineral kepada MAS
dengan harga RM30 setiap botol. Kenapa kita hairan MAS rugi ?

Menteri Besar terengganu Idris Jusoh telah mengadakan lumba kapal layar
Monsoon Cup yang menelan duit rakyat sebanyak RM300.0 Juta.

Duit ini di bayar kepada seorang taukeh bernama Patrick Lim dan kekawannya
termasuk Khairy Jamaludin menantu Perdana Menteri. Perlumbaan kapal layar
tak sampai lima hari makan duit rakyat RM300.0 Juta. Sudah tentu duit
RM300.0 Juta itu ditelan oleh orang yang sungguh bertuah dapat kontrak
RM300.0 Juta itu.

Untuk menutup kehilangan duit sebesar ini sekarang sabsidi minyak di potong
dan harga minyak nail 30 sen satu liter.

Telekom Malaysia pula rugi lebih RM700 Juta duit rakyat sebab terpaksa
bayar ganti rugi kepada syarikat telekom German ia itu Deutsche Telekom.
Terpaksa bayar ganti rugi RM700 Juta sebab Telekom Malaysia tak tahu buat
kontrak.

Nak tutup rugi ini pula kerajaan potong sabsidi minyak.

Sekarang lebih murah naik kapalterbang Air Asia pergi balik dari Kuala
Lumpur ke Kuala Terengganu. Tambang pergi balik Air Asia dari Kuala Lumpur
ke Kuala Terengganu tak sampai RM300 bagi tiga orang sekeluarga.

Air Asia diurus oleh orang yang tidak rasuah dan yang tahu buat bisnes
tanpa menyusahkan rakyat.

Sekarang dengan harga minyak yang sudah naik, belanja minyak sahaja nak
pergi balik dari Kuala Lumpur ke Alor Setar sudah naik hingga RM220 (kereta
Proton Waja). Bayar tol pula lebih RM120. Belanja makan dan minum (nasi
campur dan teh kosong) bagi sekeluarga enam orang tambah lagi RM40. Ini
bermaksud jumlah belanja minyak, tol dan makan minum pergi balik dari Kuala
Lumpur ke Alor Setar hampir RM300.

Negeri lain bukan macam negara kita. Walaupun harga minyak di Thailand
lebih mahal daripada harga minyak di Malaysia tapi di Thailand tak ada
bayar tol.

Dari Bukit Kayu Hitam ke Bangkok jauhnya lebih 1,100 batu (bukan kilometer)
naik lebuhraya enam lorong tanpa bayar TOL (bukan empat lorong macam
Lebuhraya Utara Selatan kita).

Di Thailand tak ada rasuah AP. Harga kereta Honda Civic 1.5 di Thailand tak
sampai RM40,000. Lebih murah daripada harga kereta Perodua Kelisa 1.0 di
Malaysia. Inilah kelebihannya di Thailand- tak ada AP di sana.

Di Malaysia pula ada AP. Sebenarnya harga AP yang perlu di bayar kepada
Kerajaan (MITI) tak sampai RM250 sahaja. Tapi AP boleh di jual sehingga
RM40,000 sekeping kepada Dato Dato yang kaya yang di kenal sebagai "AP
King". Rasuah AP ini telah berlanjutan selama lebih 30 tahun. Akhir kata
rakyat Malaysia yang terpaksa tanggung rasuah AP ini.

Oleh yang demikian kereta Honda Civic 1.5 yang dijual dengan harga RM40,000
di Thailand naik harga sehingga RM110,000 di Malaysia. Rakyat Malaysia
rugi. Kerajaan pun hilang wang. Bila kerajaan tak cukup wang - maka
potonglah sabsidi minyak. Maka naik lah harga minyak 30 sen satu liter.


Saya minta sila sebarkan maklumat ini kepada seberapa ramai orang yang kita
kenali. Maklumat ini elok di jadikan sepanduk dan kain rentang untuk di
kibarkan pada Hari Jumaat ini. Semoga Tuhan kita akan melindungi rakyat
Malaysia yang bersusah payah daripada kejahilan dan kerakusan tamak haloba
Kerajaan.

Sekian. Salam.

0 comments:

Post a Comment

Resources Blogs
Top  blogs

  © Blogger template Socolatajuz by Rahman Bashri 2011

Back to TOP