Showing posts with label TV. Show all posts
Showing posts with label TV. Show all posts

Myvu Cermin Mata Persendirian Untuk Tontonan Video

>> Tuesday, July 20, 2010

KOMPUTER boleh pakai (wearable computer), alat melihat media peribadi, cermin mata berskrin komputer dan terkini topi TV merupakan antara gajet yang sangat mengkagumkan.
Apa tidaknya, dengan memakai produk-produk itu seperti cermin mata atau topi, anda akan boleh melihat skrin komputer atau menonton video kegemaran.

http://www.utusan.com.my/pix/2010/0718/Utusan_Malaysia/Megabait/me_01.1.jpg
Menarik bukan? Walaupun anda berada di luar rumah atau pejabat, kini anda boleh menonton video kegemaran atau menggunakan komputer yang menggunakan skrin 'besar.'
Sebenarnya memang kita telah menonton video di pemain multimedia, Blackberry, pemain MP3, skrin telefon bimbit atau iPhone - tetapi saiz skrinnya sangat kecil.
Tidak hairanlah ada di kalangan kita yang akhirnya balik ke rumah, menyambungkan video di pemain multimedia ke televisyen atau komputer untuk mendapat kepuasan menonton.
Bagaimanapun, perkembangan teknologi boleh pakai telah membolehkan gajet-gajet itu disambungkan ke kaca mata atau skrin di topi yang membolehkan kita seolah-olah melihat di kaca televisyen atau komputer.
Cermin mata Myvu misalnya yang dibangunkan oleh MicroOptical Corporation merupakan cermin mata yang membolehkan pengguna melihat video seolah-olah menonton di skrin besar.
Cermin mata itu hanya perlu disambungkan kepada alat pemain video bergerak seperti iPod atau telefon bimbit multimedia untuk membolehkan 'kaca TV' berada di hadapan mata kita.
"Konsep menonton video bergerak semakin menjadi kenyataan tetapi terdapat konflik dalam perkara ini kerana pengguna mahukan peranti yang kecil tetapi pada masa yang sama inginkan skrin besar,'' kata Ketua eksekutif MicroOptical, Mark Spitzer.
Kaca mata atau 'eyewear' Myvu itu menggunakan teknologi paparan kanta optik dan pembesaran terkini. Bagi mengatasi masalah saiz, MicroOptical telah menggunakan teknologi paparan yang digunakan dalam industri kesihatan, ketenteraan dan sebagainya untuk digunakan dalam produk terkini itu.
Myvu didatangkan dengan kabel penyambung audio/visual (AV) yang biasa, pek kuasa bateri yang boleh diletakkan dalam beg kecil. Bateri dan set fon telinga juga boleh diletakkan bersama peranti bergerak (seperti telefon atau iPod) dan satu beg pinggang atau 'pouch.'
Kini sebuah lagi alat menonton bergerak diperkenalkan yang dikenali sebagai TV Hat (topi televisyen) yang mana anda boleh menonton video apabila memakai topi itu.

http://ecommerce.spectrum-retail.com/ordering/images/Myvu%20Crystal%20Amber.jpg
Seperti Myvu, anda hanya perlu menyambungkan TV Hat kepada mana-mana pemain multimedia atau iPhone dan kemudiannya menonton di skrin yang berada di dalam topi itu.
Topi itu dilengkapi dengan skrin kaca pembesar 2.5x dan penutup cahaya yang memberikan suasana gelap seperti berada di dalam panggung wayang.
Topi besar ini boleh diletakkan iPod, iPhone atau mana-mana pemain media bergerak. Untuk mendapatkan bunyi menarik, anda boleh memakai fon kepala yang dibekalkan bersama iPhone anda.
Jika anda sememangnya ingin bersendiri menonton ketika berada di luar rumah dan tidak kisah jika dianggap 'orang pelik', TV Hat adalah pilihan yang sesuai.

http://www.insidemacradio.com/wp-content/images/myvuMFiPod_systemSHADOW.jpg

Alat yang yang dianggap ciptaan aksesori terhebat untuk iPhone atau pemain multimedia ini juga sebenarnya membuatkan anda kelihatan sangat pelik apabila memakainya, selain boleh memberi kesan tidak elok kepada mata anda jika digunakan dalam masa yang terlalu lama.
TV Hat sangat sesuai digunakan ketika anda sedang berada di dalam kapal terbang, berehat di tepi pantai atau juga bersenam di gimnasium.
Anda boleh mengubah skrin kaca ke hadapan atau belakang sedikit daripada mata tetapi kaca itu tidak boleh dibuka.
Maklumat mengenai TV Hat boleh diperoleh di laman web www.trytvhat.com.
Selain Myvu dan TV Hat, terdapat beberapa lagi produk untuk menonton video atau bahan-bahan multimedia di 'skrin besar' yang terdapat di kaca mata telah diperkenalkan seperti produk EyeCinema dari Estar dan iTheater dari EMG.

http://images.amazon.com/images/G/01/electronics/detail-page/myvu-shades-red-1.jpg

Cermin iTheater didatangkan dalam tiga jenis bagi disesuaikan dengan bentuk hidung atau saiz muka seseorang. Seperti Myvu, cermin mata ini juga membolehkan pengguna melihat kawasan sekeliling walaupun ketika sedang menonton filem di iTheater.
Sudah semestinya, cermin mata dan topi seumpama ini akan lebih banyak dibangunkan selepas ini kerana ia akan menjadi pelengkap kepada mereka yang suka menonton walaupun ketika berada di jalanan.

Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Read more...

LG Memperkenalkan TV LG LX9500 LED HDTV

Selain telefon bimbit, komputer riba dan pemain MP3, tumpuan pemilikan produk elektronik moden hari ini turut diberikan kepada peranti-peranti audio visual. Antara yang semakin mendapat perhatian adalah televisyen panel rata yang menawarkan pengguna pengalaman tontonan hiburan menakjubkan serta teknologi paparan gambar terbaik.Perluasan trend itu telah mendorong syarikat pengeluar produk elektronik terkenal, LG Electronics (LG) memperkenalkan televisyen tiga dimensi (3D) LED penuh.

http://www.yugatech.com/blog/wp-content/uploads/2010/03/lg-lx9500-led-3d-tv.jpg
Mempertaruhkan penjenamaan Infinia, model LG LX9500 merupakan televisyen LED penuh ternipis yang pernah dihasilkan.Dengan ketebalan hanya 22.3 milimeter (mm), model berkenaan dilengkapi 1,200 LED bagi merealisasikan fungsi kecerahan dan kejelasan kualiti gambar secara maksimum.Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LG Electronics (M) Sdn. Bhd., Jeff Cheh, pengenalan tersebut memberi definisi baru dalam perspektif tontonan hiburan di rumah.''Kita akan terus memberi tumpuan kepada penghasilan produk seumpama ini dalam usaha memastikan pengguna dapat menikmati pengalaman tontonan 3D yang sebenar,'' katanya.Apa yang menarik, model tersebut turut menyokong format paparan pelbagai dalam piawaian 3D.

 http://www.hdtvblog.cz/obrazky/lg/lcd-televize/lg-3d-lx9500-infinia.jpg

Menerusinya, pengguna boleh menonton foto yang diambil menggunakan kamera 3D secara terus di kaca televisyen tanpa perlu memindahkannya kepada komputer terlebih dahulu.Untuk menonton kesan 3D pula, televisyen ini didatangkan bersama kaca mata model AG-S100 yang boleh dicas menggunakan sambungan USB untuk operasi tontonan sehingga 40 jam. LG LX9500 didatangkan dalam saiz 47 dan 55 inci bersama dua unit kaca mata 3D dengan tawaran harga masing-masing RM18,999 dan RM23,999. Maklumat lanjut mengenainya boleh diperolehi daripada laman web www.lg.com/my.

Specifications
  • LED-backlighting technology
  • 22.3mm thickness
  • 1080p resolution
  • 400Hz refresh rate
  • 10,000,000:1 dynamic contrast ratio
  • 47- and 55-inch versions
  • 16mm super-narrow bezel
  • Skype support
  • DLNA connectivity
  • USB 2.0 connectivity
  • HDMI 1.4 connectivity
  • Wireless AV link
  • Invisible Speaker
  • Picture Wizard II
  • Clear Voice II
  • Smart Energy Saving Plus
  • ECO Flower
  • Intelligent Sensor

Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Read more...

Alamaya : Garden of Beautiful Creatures Siap Tahun 2011

>> Monday, August 31, 2009

Malaysia bakal menjulang satu lagi penghargaan dalam dunia animasi sebaik filem tiga dimensi (3D) tempatan, Alamaya: Garden of Beautiful Creatures yang dibangunkan syarikat animasi tempatan, Shock3D Sdn Bhd siap menjelang 2011.Pengarah Kreatifnya, Eugene Foo Shyang Eu, berkata syarikatnya dalam proses membuat animasi terbabit yang menelan kos sehingga RM5.8 juta yang dibiayai melalui geran kerajaan dan swasta.

"Animasi terbabit mengisahkan budak lelaki yang terperangkap dalam dunia maya dan menyaksikan pelbagai haiwan yang mempunyai gabungan dua bentuk fizikal seperti gajah dicampur ikan duyung," katanya.Katanya, animasi berkonsepkan aksi yang digarapkan dengan flora dan fauna itu menggunakan teknik canggih dengan perisian perkomputeran terkini seperti Maya bagi menyokong kehendak grafik moden.

"Perisian serta perkakasan moden penting dalam pembikinan animasi dengan dibantu tenaga kerja yang bersungguh-sungguh dalam menyediakan kualiti animasi yang setaraf hasil kerja Hollywood," kata Foo.Beliau memaklumkan syarikatnya turut berminat mendapatkan perkhidmatan perkomputeran grid yang dibangunkan Mimos Berhad memandangkan ia membantu memendekkan tempoh menyiapkan animasi."Seperti yang dapat disaksikan menerusi animasi Geng: The Adventure Begins, perkomputeran grid memainkan peranan penting untuk menyediakan prasarana lengkap bagi perkomputeran dengan beban yang tinggi," katanya.

http://www.jonbrooks.co.uk/video/Video%20File%20Images/%27Alamaya%20-%20Garden%20Of%20Beautiful%20Creatures%27%20Trailer.jpg

Alamaya: Garden of Beautiful Creatures turut menarik minta Shock3D untuk memanggil beberapa selebriti terkemuka seperti Maya Karin, Patrick Teoh, Hannah Tan, Deanna Yusof dan Harith Iskandar menyumbang suara dalam animasi selama 90 minit itu.Foo berkata, syarikatnya mensasarkan pasaran China dan Timur Tengah di samping pasaran tempatan bagi filem animasi 3D terbabit namun ia bergantung selepas mendapatkan nasihat pihak lain.
"Kejayaan Geng: The Adventure Begins membuka mata mengenai kekuatan kualiti animasi 3D tempatan dan ia diharapkan mampu membawa nama negara ini ke peringkat lebih tinggi," katanya.

Sementara itu, Pengarah Pembangunan Perniagaannya, Syed Hezri Syed Hisham, memaklumkan syarikatnya bakal mengeluarkan permainan online berkaitan animasi terbabit sebelum filemnya dikeluarkan."Kami juga akan mengeluarkan beberapa siri pendek bagi memperkenalkan karakter seawal 2010 bagi memberi pemahaman kepada penonton," katanya.

Klik Sini Untuk Menonton Trailer Animasi Ini.

Have you found this post useful? If so please share it:
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Read more...

Upin & Ipin Melangkah Lebih Jauh

>> Wednesday, August 26, 2009

Filem Geng: Pengembaraan Bermula telah mendapat satu lagi pengiktirafan bertaraf global apabila meraih kejayaan bagi kategori Audience Choice Award dalam Indonesian International Film Festival for Kids 2009 (Kidsfest 2009) di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.Filem anismasi tiga dimensi (3D) pertama Malaysia ini merupakan satu-satunya filem tempatan yang tercalon untuk bersaing dengan filem luar negara seperti The Happiness of Kati' (Thailand), The Letter for the King (Belanda), Mia & The Migoo' (Perancis), Niko & The Way to the Stars (Finland) dan 'Teo's Voyage' (Mexico).

Filem hasil karya Produksi Les' Copaque ini mempamerkan gelagat lucu sepasang kembar comel yang telah berjaya menambat hati penonton.Filem tersebut buat kali pertama ia ditayangkan di Blitz Megaplex pada 18 Julai lepas.Kembar kesayangan ramai ini telah pun mempunyai pengikutnya sendiri setelah muncul di saluran TPI Indonesia pada tahun lepas.Dengan sambutan yang hebat ini, Produksi Les' Copaque yakin bahawa filem ini bakal menjadi gempar apabila ia ditayangkan di Blitz Megaplex, Indonesia September ini.

Ini akan menjadikan filem Geng sebagai filem animasi tempatan pertama yang mendapat keistimewaan tayangan perdana di Indonesia.Segala persiapan bagi mempromosikan filem ini sedang diusahakan bagi menghangatkan lagi kemunculannya.

Siri mini animasi 3D Upin & Ipin mendapat sambutan yang menggalakkan setelah ditayangkan di saluran TPI Indonesia pada tahun lalu.Kini TPI Indonesia masih lagi meneruskan tayangan Upin & Ipin musim kedua yang memaparkan aktiviti mereka sepanjang bulan Ramadan.Siri mini Upin & Ipin kini telah pun memasuki musim ketiga dengan cerita yang lebih menarik dan berintipatikan imej global.


Produksi Les' Copaque berharap ini akan menjadi pemangkin pada jualan barangan Upin & Ipin serta akan menambahkan lagi bilangan peminat apabila filem Upin & Ipin Angkasa yang dijangka muncul pada 2011.Geng akan meneruskan lagi perjuangannya untuk ke peringkat antarabangsa dan bakal menggegarkan pawagam di India pada bulan November ini berikutan minat yang mendalam dari syarikat antarabangsa.

Trailer yang telah dialih bahasa ke bahasa Hindi boleh disaksikan di laman web http://www.indiatales.com.

Filem Geng: Pengembaraan Bermula telah ditayangkan di pawagam seluruh negara pada Februari lalu.Filem ini telah mencetuskan fenomena luar biasa apabila berjaya mencatatkan kutipan kedua tertinggi dalam sejarah perfileman iaitu sebanyak RM6.314 juta untuk hasil jualan tiket sahaja.Ini telah menaikkan lagi penjualan barangan cenderahati dan telah berjaya menarik TM-salah sebuah rangkaian telekomunikasi terkemuka untuk menjadi penaja utama siri ini.


Have you found this post useful? If so please share it:
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Read more...

Anak Wayang - Projek Terbaru Astro

>> Thursday, April 30, 2009

Info ringkas tentang Projek Anak Wayang Astro.

  1. Projek Anak Wayang menyaksikan kolaborasi di antara dua saluran utama Astro, Program rialiti di Astro RIA dan tanyangan drama di Astro PRIMA.
  2. Peserta diberi didikan lakonan oleh tenaga pengajar dan panel professional tetap akan menilai prestasi untuk memilih hanya dua peserta yang berjaya mara ke peringkat seterusnya.
  3. Kredebiliti dua perserta in akan ditentukan menerusi undian SMS. Penonton perlu menyaksikan drama lakonan mereka setiap minggu.
  4. Keunikan rancangan ini terletak kepada pencarian calon-calon bagi merebut lima watak utama iaitu jururawat, mekanik, pengelola majlis dan gangster dalam drama bersiri 50 episod yang berjudul "Kecuali Cintamu"
  5. Mereka perlu mengekalkan mutu lakonan kerana tiga watak yang dianggap lemah akan dimatikan untuk membei laluan kepada penonton mengundi juara. Hanya seorang sahaja yang bergelar Anak Wayang.
Dialog Anak Wayang
Program ini memaparkan lima episod pengenalan kepada program Anak Wayang. Di dalam program ini juga akan dipaparkan semua lokasi ujibakat Anak Wayang. Program ini juga akan memperkenalkan 25 peserta/pelajar yang layak ke program reality SESI.
Pengacara: Fazura

Jumaat, 22/5/09
Isnin, 25/2/09
Selasa, 26/5/09
Rabu, 27/5/09
Jumaat, 29/5/09
9.30 malam (1 jam)
Program pengenalan

Bermula 22 Mei 2009
Sesi Anak Wayang
Program realiti yang akan ke udara setiap hari Isnin, Selasa dan Rabu. Segala aktiviti pembelajaran dan cabaran pelajar di akademi setiap hari akan dipaparkan dalam episod Sesi.
Pengacara: Fazura

Setiap hari Isnin – Rabu
9.30 malam
(30 minit)
Program diari

Pentas Anak Wayang
Program ini akan memaparkan persembahan pelajar berdasarkan tugasan dan watak yang diberikan. Di samping itu terdapat pelbagai tugasan yang akan diberikan secara spontan oleh juri pada malam tersebut. Program ini akan diakhiri dengan penyingkiran 3 pelajar oleh juri dan 2 akan diadili melalui SMS yang akan diketahui pemenangnya pada hari Isnin.
Pengacara: Rusdi Ramli
Setiap hari Jumaat
9.30 malam
(1 jam)
Program penyingkiran mingguan




If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email
Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.
Have you found this post useful? If so please share it:

Read more...

TV LCD Pertama Berteknologi Motionflow

>> Monday, September 22, 2008


SONY mempunyai penyelesaian menonton program beraksi pantas dengan menyediakan model Z450A dibangunkan melalui teknologi Motionflow 200Hz yang pertama di dunia, sekali gus memberi peluang menikmati pengalaman tontonan terunggul ditambah pula kekuatan Bravia Engine2.

Teknologi terbabit menambah bilangan kerangka kepada empat kali ganda sesaat bagi mengelakkan gambar yang dihasilkan daripada menjadi kabur atau kelam berbanding TV LCD di pasaran kini hanya menawarkan kelajuan pergerakan pada 50hz.

SONY


>Spesifikasi

PRODUK: Sony Bravia Z450A

HARGA: belum ditentukan

TEKNOLOGI: Motionflow 200Hz

ENJIN: Bravia Engine 2

SAIZ: 52, 46 dan 40 inci.

SISTEM BUNYI: S-Force Front Surrond

CIRI: Bravia Sync (gabungkan peranti Sony seperti kamera digital, perakam video, pemain cakera DVD)

PORT HDMI: 3

KUALITI IMEJ: 24P True Cinema

SONY

Read more...

Plasma Atau LCD?

>> Tuesday, July 22, 2008




MENONTON televisyen tanpa audio yang baik mungkin merosakkan mood individu tapi LG Electronics mendatangkan segmen baru TV LCD dengan tambahan sistem bunyi keliling 3,1 dan 'woofer' 500 watt direka Guru 'Audio', Mark Levinson melalui model LG80 definisi tinggi penuh.

Manakala LG70 (plasma) dikuasain enjin Dual XD membekalkan nisbah kontras dinamik 1,000,000:1 bagi menawarkan kejelasan dalam pengalaman visual selain pengenalan konsep 'minimalist' dalam rekaannya mengurangkan kadar silau optikal melalui teknologi anti pantulan..




Spesifikasi

PRODUK: LG80

HARGA: belum ditentukan

SEGMEN: gabungan TV LCD dan teater rumah

SISTEM AUDIO: 3.1 Channel, woofer 500w

RESOLUSI: 1920 x 1080 x 3RGB (HD penuh)

MOD AV: wayang, sukan, game

SAIZ: 32 dan 42 inci

SAMBUNGAN: USB 2.0, terminal HDMI



Spesifikasi

PRODUK: LG70

HARGA: belum ditentukan

NISBAH KONTRAS DINAMIK: 1,000,000:1

RESOLUSI: 1920 x 1080 x 3RGB (HD penuh)

MASA BERTINDAK BALAS: 0.001ms

ENJIN: Dual XD

MOD AV: wayang, sukan, game (dengan satu butang kawalan)

SAMBUNGAN: USB 2.0, empat terminal HDMI


Klik Disini Untuk Lebih Lanjut.

Read more...
Resources Blogs
Top  blogs

  © Blogger template Socolatajuz by Rahman Bashri 2011

Back to TOP