Showing posts with label Malaysia Boleh. Show all posts
Showing posts with label Malaysia Boleh. Show all posts

Alamaya : Garden of Beautiful Creatures Siap Tahun 2011

>> Monday, August 31, 2009

Malaysia bakal menjulang satu lagi penghargaan dalam dunia animasi sebaik filem tiga dimensi (3D) tempatan, Alamaya: Garden of Beautiful Creatures yang dibangunkan syarikat animasi tempatan, Shock3D Sdn Bhd siap menjelang 2011.Pengarah Kreatifnya, Eugene Foo Shyang Eu, berkata syarikatnya dalam proses membuat animasi terbabit yang menelan kos sehingga RM5.8 juta yang dibiayai melalui geran kerajaan dan swasta.

"Animasi terbabit mengisahkan budak lelaki yang terperangkap dalam dunia maya dan menyaksikan pelbagai haiwan yang mempunyai gabungan dua bentuk fizikal seperti gajah dicampur ikan duyung," katanya.Katanya, animasi berkonsepkan aksi yang digarapkan dengan flora dan fauna itu menggunakan teknik canggih dengan perisian perkomputeran terkini seperti Maya bagi menyokong kehendak grafik moden.

"Perisian serta perkakasan moden penting dalam pembikinan animasi dengan dibantu tenaga kerja yang bersungguh-sungguh dalam menyediakan kualiti animasi yang setaraf hasil kerja Hollywood," kata Foo.Beliau memaklumkan syarikatnya turut berminat mendapatkan perkhidmatan perkomputeran grid yang dibangunkan Mimos Berhad memandangkan ia membantu memendekkan tempoh menyiapkan animasi."Seperti yang dapat disaksikan menerusi animasi Geng: The Adventure Begins, perkomputeran grid memainkan peranan penting untuk menyediakan prasarana lengkap bagi perkomputeran dengan beban yang tinggi," katanya.

http://www.jonbrooks.co.uk/video/Video%20File%20Images/%27Alamaya%20-%20Garden%20Of%20Beautiful%20Creatures%27%20Trailer.jpg

Alamaya: Garden of Beautiful Creatures turut menarik minta Shock3D untuk memanggil beberapa selebriti terkemuka seperti Maya Karin, Patrick Teoh, Hannah Tan, Deanna Yusof dan Harith Iskandar menyumbang suara dalam animasi selama 90 minit itu.Foo berkata, syarikatnya mensasarkan pasaran China dan Timur Tengah di samping pasaran tempatan bagi filem animasi 3D terbabit namun ia bergantung selepas mendapatkan nasihat pihak lain.
"Kejayaan Geng: The Adventure Begins membuka mata mengenai kekuatan kualiti animasi 3D tempatan dan ia diharapkan mampu membawa nama negara ini ke peringkat lebih tinggi," katanya.

Sementara itu, Pengarah Pembangunan Perniagaannya, Syed Hezri Syed Hisham, memaklumkan syarikatnya bakal mengeluarkan permainan online berkaitan animasi terbabit sebelum filemnya dikeluarkan."Kami juga akan mengeluarkan beberapa siri pendek bagi memperkenalkan karakter seawal 2010 bagi memberi pemahaman kepada penonton," katanya.

Klik Sini Untuk Menonton Trailer Animasi Ini.

Have you found this post useful? If so please share it:
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Read more...

Harga Minyak Naik Lagi

Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikan harga petrol RON97 daripada RM1.80 kepada RM2.05 mulai esok.Manakala harga petrol RON95 yang dilancarkan hari ini - bagi menggantikan RON92 - dijual pada harga RM1.80 seliter.

Kerajaan sebelum ini telah menyatakan bahawa harga petrol akan dinaikan pada 1 September.
Mei lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata harga petrol gred premium RON97 akan naik 20 sen kepada RM2 seliter, manakala petrol gred rendah RON95 akan dijual pada harga RM1.75 seliter.

Bagaimanapun, kerajaan telah menambah lima sen lagi bagi harga kedua-dua gred tersebut.
Hari ini, Ismail yang melancarkan petrol RON95 berkata, harga RON95 terpaksa dinaikkan lima sen berbanding RM1.75 seliter seperti yang diumumkan Mei lalu kerana harga pasaran minyak dunia yang berubah kini.

"Bagaimanapun harga ini adalah sama dengan harga minyak yang biasa dipakai pengguna sekarang iaitu RON97 (RM1.80 seliter).

"Sepatutnya harga RON95 jika mengikut pasaran dunia ialah RM1.89 seliter, tetapi kerajaan tak mahu rakyat rasa ada kenaikan jadi ditetapkan kepada RM1.80 sahaja," katanya, lapor Bernama.

Ismail Sabri berkata kerajaan menganggar akan dapat mengurangkan tanggungan subsidi sebanyak RM420 juta setahun dengan pelaksanaan RON95 memandangkan harga subsidinya lebih rendah iaitu 38.81 sen seliter berbanding subsidi RON97 sebelum ini iaitu 42.72 sen seliter.
Menurutnya lagi, petrol RON97 pula masih dikekalkan dalam pasaran sebagai produk premium memandangkan ada kenderaan yang memerlukannya terutama kenderaan berkuasa tinggi.


Have you found this post useful? If so please share it:
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Read more...

PDRM Menggunankan Mitsubishi Lancer Evolution 10 Sebagai Kereta Polis

>> Wednesday, March 25, 2009



Gambar dibawah yang akan saya tunjuk ini adalah sekitar perasmian kereta baru polis Malaysia yang dirasmikan oleh Paklah tadi. Gambar ini kakak saya yang berikan, sebab dia bekerja di Pulapol. Kakak saya kata Paklah pun sudah mencuba kereta tersebut.

Kereta polis ini digelar Helang Lebuhraya, sebab kereta polis ini akan digunakan untuk kegunaan di lebuhraya sahaja. Mungkin menyedari kereta Waja selalu ditinggalkan kebelakang ketika adegan kejar mengejar dengan penjenayah.PDRM membuat perubahan dengan menukar Waja dengan Mitsubishi Lancer Evolution 10. Mana tidaknya sekarang ini penjenayah semua hebat-hebat, guna kereta mestilah yang hebat. Saya dengar ada yang guna Ferrari Spider, mampus polis nak kejar dengan Waja.

Apa-apa pun tahniah kepada PDRM kerana menuju setapak lagi dalam usaha membenteras penjenayah yang sangat berleluasa ini. Tapi bila saya tengok dah macam dalam filem Hollywood la pulak.hahaha...So layan je la...Thankz To My Sister... Malaysia Boleh






If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Share/Save/Bookmark

Read more...

Malaysia Boleh - Saladin : The Animated Series

>> Sunday, March 15, 2009



Malaysian Boleh. Pernahkah anda menonton siri animasi yang dikenali sebagai Saladin. Siri animasi ini telah dibuat oleh anak Malaysia yang boleh dikatakan berjaya kerana pernah memenangi anugerah 'Encouragement Award' di pertandingan Grand Prix Final of the Digicon 6, edisi yang ke 10 di Tokyo Japun.

Selepas memenangi anugerah tersebut Saladin menjadi tarikan syarikat asing untuk dipasarkan di pasaran global. Itulah saya cakap Malaysia Boleh. Anak Malaysia memang berbakat besar. Setelah berjaya dengan siri kartun ini, Malaysian sekali lagi telah menunjukan taringnya dengan menghasilkan siri kartun animasi Upin dan Ipin dan sekarang pula Filem animasi pertama Malaysia.

Saya tidak tahu hendak pautkan yang mana satu, kerana banyak sangat pautan di Youtube mengenai Saladin : The Animated Series. Tapi yang pasti anda boleh tonton Saladin Trailer di Youtube . Semua Series yang lepas-lepas di Youtube.


If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Share/Save/Bookmark

Read more...

MPV Malaysia Pertama

>> Friday, February 6, 2009



Mungkin semua sudah mengetahui yang proton akan mengeluarkan MPV[Multi Purpose Vehicle] pertama buatan Malaysia dan juga yang ditunggu-tunggu rakyat Malaysia termasuk aku[walupun tak mampu nak beli lagi].Proton juga telah mengadakan pertandingan untuk menamakan MPV tersebut, aku tak melepaskan peluang untuk menamakannya, mana tahu boleh menang.Tapi tarikh akhir pertandingan sudah lama tutup. Pada anda yang terlepas kerana tak tahu, tak mengapa tunggu Proton buat untuk keluaran SUV pulak.hihihi...Amin.Pemenang akan memenangi kereta MPV tersebut.

Di bawah nanti aku kongsi bersama gambaran awal kereta tersebut. pandangan awal aku ia memang cantik. jujur aku katakan dan mengharap kereta ini akan jadi kereta terbaik dari Proton.aku dengar kereta ni akan dilancarkan pada bulan april 2009, kalau tak silapa akula.

Ini Gambar Proton MPV :





Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Read more...

Kecil-Kecil Cili Padi

>> Thursday, February 5, 2009

Jangan disangka kecil tapi tak berupaya nak bersaing. Ini sesuai untuk Proton Savvy. kenapa aku kata begitu, sebab Savvy adalah 10 kereta terlaris di Thailand. Aku memang tidak percaya benda macam ni maklum la..hehehe.. Punye banyak kereta di Thailand tetapi orang thailand suka kereta Savvy sebab murah, senang untuk dibawa.

Senarai Pesaing 2008 :

1) Jaguar XF
2) BMW 320d
3) Volvo S80 3.2
4) MINI Cooper S Clubman
5) Honda City
6) Honda Jazz
7) Ford Focus 2.0 TDCi
8) Mitsubishi Pajero Sport
9) Subaru Impreza STI
10) Proton Savvy

Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Read more...

Selamat Tahun Baru Cina

>> Sunday, January 25, 2009



Walaupun bising nak mampus dengan bunga api di rumah aku, tapi tak mengapalah, sebab aku tahu Malaysia kaya dengan perayaannya. Aku bangga jadi rakyat Malaysia.

Akhir kata aku ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua masyarakat Tiong Hua di Malaysia. Gong Xi Fa Cai!!!

p/s: kepada Andy dan Danish, Jangan buat-buat lupa angpau aku.

Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Read more...

Malaysia Di Tangga Ketiga Kendali Projek Elak Cemar Alam Sekitar

>> Saturday, January 3, 2009

Malaysia menduduki tangga ketiga di Asia dalam mengendalikan projek-projek mengurangkan pengeluaran asap yang mencemar alam sekitar, demikian menurut Mekanisme Kemajuan Pembersihan (CDM) dalam Protokol Kyoto.

Sebanyak 145 projek bernilai US$274 juta yang sedang atau akan dilaksanakan di Malaysia merupakan 3.4 peratus daripada bilangan projek di seluruh dunia, berbanding hanya dua projek pada 2004, tujuh pada 2005, 23 pada 2006 dan 93 tahun lepas.

Menurut Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNEP) kini terdapat 4,200 projek dijalankan di seluruh dunia, dengan China, India, Brazil dan Mexico mendahului daripada segi bilangannya manakala jumlah paling kecil adalah di Fiji, Laos dan Papua New Guinea.

Pengarah Eksekutif UNEP, Achim Steiner, berkata bahawa menjelang tahun 2012, sebanyak 8,000 projek CDM bernilai US$30 bilion dijangka dapat dilaksanakan di seluruh dunia.

Read more...
Resources Blogs
Top  blogs

  © Blogger template Socolatajuz by Rahman Bashri 2011

Back to TOP