Showing posts with label AntiVirus. Show all posts
Showing posts with label AntiVirus. Show all posts

AVG Link Scanner

>> Tuesday, April 21, 2009

Siapa tidak kenal AntiVirus AVG, antivirus yang sangat popularnya dengan perkhidmatan percumanya yang boleh dikatakan sangat bagus. Rakyat Malaysia juga adalah antara yang terbanyak menggunakan AntiVirus AVG.

AVG sekali lagi melancarkan Antivirus terbarunya, iaitu AVG LinkScanner. Apa kegunaannya? AntiVirus ini berbeza dengan produk AVG sebelumnya. Yang ini khusus digunakan untuk scan link yang rosak atau mempunyai Virus, kerana virus juga boleh terdapat pada link. Contohnya link yang tidak boleh dibuka yang berpunca dari Virus. Bukan itu sahaja ia juga akan memberi amaran sekiranya sesuatu link itu mempunyai Virus. Aplikasi ini sangat bagus kerana ia tidak bergantung dengan antivirus lain seperti AVG Antivirus.


Oleh kerana berjuta-juta alamat link di Internet, AVG membuat analisis bahawa ada lebih 2 juta alamat web/blog yang mempunyai ancaman virus tersembunyi. Samada diketahui atau tidak diketahui.Semoga AntiVirus ini dapat membantu anda.

Dengan banyaknya jutaan alamat di Internet, diperkirakan oleh AVG bahwa ada lebih dari 2 juta alamat situs yang disusupi oleh ancaman tersembunyi, baik diketahui atau tidak dan terjadi 100.000 sampai 150.000 ancaman dalam sehari. Semoga saja antivirus ini dapat membantu meminimalisir virus masuk ke komputer anda.

Muat Turn : Klik Disini


Update AVG LinkScanner

Seperti Antivirus yang lain, AVG LinkScanner juga perlu diupdate. Disediakan dua cara update, iaitu update online dan Manual Update. Untuk update online hanya klik icon AVG LinkScanner dan klik Update Now, atau melalui menu Tools > Update.

Secara manual, download file updatenya dari link ini http://free.avg.com/download-update, kemudian muat turun file update dengan nama seperti Link Scanner DB: 8.0.117 ( versinya mungkin berbeza), Saiznya sekitar 620 KB. Setelah file itu di muat turun, cara update melalui menu Tools > Update from folders..



If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email
Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.
Have you found this post useful? If so please share it:

Read more...

Tips Memilih Antivirus

>> Tuesday, February 10, 2009



Aku nak berkongsi sedikit tentang tips memilih antivirus. Kalau anda nak tau aku sendiri masih lagi tidak menggunakan antivirus untuk laptop aku, tak taula kenapa mungkin aku ni tak suka laptop kesayangan aku ini di scan. Tapi tak mengapalah lupakan tentang laptop aku.

Bagi aku perkara-perkara yang perlu anda perlu tahu sebelum memilih antivirus untuk PC/laptop adalah yang paling penting mudah digunakan. Ini senarai tips memilih antivirus.

  1. Mudah penggunaannya. Perisian antivirus yang baik mestilah mudah digunakan, tanpa memerlukan kemahiran dan pengetahuan kita.
  2. Efektif ketika mengenalpasti virus dan sebagainya. Produk antivirus terbaik dapat mengenali data-data yang terkena virus dengan cepat, mencari dan menemukan virus pada banyak tempat, termasuk email, web browsing dan sebagainya.
  3. Efektif ketika membersih atau membuang file yang terkena virus. Perisian antivirus yang baik mestilah mempunyai tiga perkara asas ini, membersih, menghapus dan mengkuarantin virus dengan baik.
  4. Antivirus yang baik akan mengeluarkan laporan dengan segera ketika anda sedang mengimbas komputer anda, dan memberi segala maklumat terperinci tentang virus yang dikesan.
  5. Antivirus yang baik mestilah mempunyai pelbagai fungsi selain daripada mengimbas virus, seperti Auto-Scan, Kesan virus ketika melayari internet dan sebagainya.
  6. Anti virus yang baik mudah untuk dipasang di komputer anda.
  7. Antivirus yang baik mestilah mempunyai 'help', untuk pertanyaan melalui telefon,email, atau chat.
  8. Kalau mampu cari la antivirus yang berbayar, kerana banyak antivirus berbayar yang sangat bagus.
Ok. Itu saje tips yang boleh aku senaraikan. Harap anda mendapat menafaat dari entri aku ini. Selamat mencuba. Memandangkan aku tak mampu nak beli antivirus yang berbayar, Kalau anda sudi cadanglah pada aku antivirus percuma yang bagus.


Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Read more...

Anti Virus Untuk Permainan Video

>> Sunday, January 4, 2009


Anti virus pada komputer sememangnya diperlukan sebagai program keselamatan untuk menghalang serangan virus atau cecacing yang boleh merosakkan komponen dan juga dokumen yang disimpan.Pelbagai penyelarasan produk anti virus berkualiti dan komprehensif telah dihasilkan untuk kegunaan pengguna yang menginginkan kelancaran pengendalian pada sistem komputer mereka.Bukan setakat itu, pembangunan rangkaian perisian keselamatan bagi permainan video juga kini semakin dititikberatkan kesan daripada kegilaan terhadap aktiviti berkenaan.

Mengambil contoh Symantec Corp. (Symantec), syarikat penyedia penyelesaian sistem keselamatan Internet dan anti virus, baru-baru ini telah tampil dengan perisian Norton AntiVirus 2009 edisi permainan video.Tawaran terhadap edisi tersebut sebenarnya disasarkan khas untuk komuniti yang menjadikan permainan video sebahagian daripada aktiviti pengkomputeran mereka.Pelindungannya merangkumi pelbagai masalah antivirus melalui pelaksanaan sistem yang cepat tanpa gangguan terhadap pengalaman permainan video.

Menurut Naib Presiden Kanan Produk Pengguna Symantec, Rowan Trollope, penggemar permainan video sememangnya memerlukan perisian keselamatan tersebut kerana mereka tidak mahu diganggu ketika melakukan aktiviti berkenaan.

"Oleh itu, melalui perisian ini, ia akan melindungi pengguna daripada sebarang gangguan sama ada secara dalam talian, prestasi atau paparan tetingkap yang tidak diingini.

"Dari segi antara muka pengguna pula, perisian ini menyediakan fungsi optimum untuk pengguna seperti pertukaran secara automatik kepada mod permainan video serta menyeimbangkan antara prestasi dan keselamatan,'' katanya.

Antara fungsi lain pada perisian tersebut adalah menjalankan proses sistem imbasan pintar secara intensif apabila komputer tidak digunakan.

Selain itu, perisian tersebut juga tidak akan mengganggu pemain ketika berada di tengah-tengah permainan dan hanya akan melaksanakan pengemaskinian apabila berada dalam mod skrin atau diarahkan oleh pengguna.

Dari segi keselamatan pula, perisian berkenaan boleh menghalang gangguan seperti virus, spyware, worms, Trojans dan juga perlindungan dari laman web yang berpotensi untuk menyebarkan bahan merbahaya itu.

Kelebihan pad produk tersebut juga adalah dari segi mudah untuk dipasang, penggunaan ruang kurang dari enam megabit (MB) dan juga masa imbasan kurang dari 35 saat.

kepada kaki-kaki permainan video download di laman web pengeluar Symatec

Read more...

Anti-Virus Terbaru Kaspersky 2009

>> Tuesday, December 23, 2008



Perlindungan Asas
Kaspersky Anti-Virus 2009


Asas kepada sistem sekuriti PC anda, memberikan perlindungan dari pelbagai ancaman siber

Melindungi PC anda dari:

  • Virus dan Worm
  • Spyware dan Trojan
  • Pencuri Identiti
  • Hijacking dan Botnet



Perlindungan Menyeluruh
Kaspersky Internet Security 2009

Perlindungan menyeluruh yang menawarkan persekitaran siber yang benar-benar selamat untuk anda dan keluarga

Melidungi PC anda dari:
  • Virus dan Worm
  • Spyware dan Trojan
  • Pencuri Identiti
  • Hijacking dan Botnet
  • Ancaman Network
  • Spam

Read more...

Norton AntiVirus 2009

>> Wednesday, December 17, 2008




DUA produk Symantec Corp. (Symantec) iaitu Norton Internet Security 2009 dan Norton AntiVirus 2009 sesuai untuk dipindah turun pengguna memandangkan ia kelengkapan jitu sistem pertahanan dunia maya.

Ia membantu menangkis jenayah siber dan memelihara komputer atau laptop.

Penulis mendapati produk ini amat sesuai digunakan dalam sistem operasi Windows XP dan Vista dan memiliki kelajuan mengesan kelakuan virus atau ancaman lain malah Norton Internet Security 2009 diberitakan melalui 300 pembaharuan prestasi.

Ia pantas melakukan imbasan melalui laptop tapi anda perlu memastikan sambungan Internet dalam keadaan baik.

Teknologi terkini yang diperkenalkan pada perisian terbaru Symantec itu mampu mengurangkan kadar imbasan fail harian apabila ciri imbasan fail biasa untuk setiap hari turut dimansuhkan.

Berdasarkan ujian makmal PassMark Sortware, Norton Internet Security 2009 lebih mudah untuk dipasang kerana ia mengambil tempoh 52 saat dan penulis mengambil masa satu minit dan 30 saat untuk memasangnya.

Perisian terbabit turut dilengkapi dengan teknologi Norton Identity Safe, fungsi yang bertindak memastikan identiti ataupun kata laluan selamat daripada di klon oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Perisian terbaru melalui Norton AntiVirus 2009 dilengkapi dengan teknologi terbaru Norton Protection yang memastikan proses pengimbasan fail dilakukan dengan pantas bagi mengelakkan ancaman menular secara segera.

Melalui teknologi pintar itu, penulis mendapati proses pengimbasan hanya dijalankan ke atas fail yang tidak dikenali dan dipercayai berupaya membawa ancaman serangan kepada komputer ataupun disalurkan menerusi rangkaian Internet.

Jika sebelum ini pengguna banyak bergantung kepada sistem 'update', Symantec memiliki keupayaan baru iaitu 'Real Time SONAR' melindungi data berdasarkan definisi sedia ada yang diperoleh dari makmal.

Seperti penyediaan sistem penyelesaian keselamatan lain, sistem keselamatan Norton 2009 melindungi komputer dan rangkaian Internet pengguna daripada segala ancaman termasuk virus, spyware, trojan, phishing atau spam.

Penggunaan memori aktifnya juga turut dikurangkan apabila perisian itu hanya menggunakan kurang daripada tujuh megabait tapi mampu melaksanakan imbasan pada kadar kelajuan 33 saat.

Pengalaman yang ditempuh penulis apabila melayari menyalin fail dari 'thumbdrive' rakan menyebabkan virus cuba memasuki laptop namun ia berjaya dikesan walaupun tidak diimbas terlebih dulu.

Read more...
Resources Blogs
Top  blogs

  © Blogger template Socolatajuz by Rahman Bashri 2011

Back to TOP