WAKIL KEPADA PENDUDUK MALAYSIA PART 1
>> Saturday, April 26, 2008
Ini ade 3 posting yg aku terima, aku rasa 3 org ini adalah wakil kepada
penduduk malaysia ini...HEHEHE
Posting 1
Assalamualaikum warahmatullah…
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada
sekutu bagiNya dan aku
bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba
dan pesuruhNya. Selawat
berserta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad
SAW yang memiliki akhlaq
terpuji dan menjadi ikutan selamanya. Juga buat
orang2 yang beramal soleh
dan kesekalian dari kita.
Malam kelmarin (Isnin), ketika dalam bas ekspres
menuju ke Kerteh, tiba²
saya dikejutkan dengan panggilan telefon dari abang
saya. "Dik, engkau
dekat mana?" "Dalam bas on the way ke Kerteh. Ada
apa?" Tanya saya. Bimbang
juga jika ada apa² berlaku. "Tak. Kawan aku dari
Petronas beritahu aku.
Harga minyak akan naik lagi esok. 30 sen. Aku ingat
kau di rumah. Bolehlah
isi minyak penuh² malam ini."
Saya tersenyum mendengar kata² abang saya. Bukan
apa. Kadang kala abang
saya begitu mudah terpengaruh dengan khabar angin.
Selalunya apabila harga
minyak hendak naik, kita akan dengar kekecohan di
sana sini terlebih
dahulu. Ini tiba² pula. Tidak ada hujan, tidak ada
angin, takkanlah tiba²
hendak ribut pula. Namun kemudian, saya tetap
menelefon ayah saya meminta
dia mengisi minyak keretanya.
Keesokan paginya, saya tiba di lapangan terbang
seperti biasa. Selesai
check in, saya pun menunaikan solat subuh di surau
yang disediakan. Habis
solat, ketika sedang menyarung kasut, seorang teman
duduk di sebelah saya.
"Harga minyak naik 30 sen lagi pagi ni." Bisiknya
kepada saya. "Man engkau
tahu?" "Malam tadi. Ada keluar satu garis sahaja di
TV3 pukul 11 tengah
malam."
Saya terdiam sambil menggeleng²kan kepala. Jadi
benarlah apa yang abang
saya beritahu malam tadi. Jijik betul taktik
kerajaan kali ini. Iyalah.
Mereka telah melihat bagaimana para pemandu beratur
di stesen minyak untuk
mengisi minyak sebelum jam 12 malam jika diberitahu
awal² tentang kenaikan
harga minyak. Maka dibuatnya pengumuman jam 11
malam. Persoalannya, mengapa
begitu?
>
Nampak sangat seolah² kerajaan mahu rakyat terus
terkena beban kenaikan ini
serta merta. Apalah salahnya jika dibiarkan rakyat
menikmati harga lama itu
untuk kurang 24 jam lagi? Kerana bimbang orang buat
stockpiling? Entahlah.
Sudahlah kenaikan 30 sen, yang tertinggi dalam
sejarah, ini mengecewakan.
Cara pengumuman dibuat lebih² lagi menyakitkan
hati. Saya terasa ketika ini
para Menteri sedang ketawa mengenangkan kelam kabut
rakyat....
Kelam kabut ketika berebut² mengisi minyak di
saat² akhir. Dan kelam kabut
menyusun belanjawan akibat kenaikan yang saya sebut
sebagai melampau ini.
Tetapi apa boleh dibuat? Kita mentimun dan mereka
durian. Dilenyek, kita
yang terluka. Melenyek mereka juga kita yang tetap
akan terluka. Yang
peliknya, rakyat tidak pernah HENDAK MENGHUKUM
kerajaan yang tidak habis²
menghukum kebodohan rakyat.
>
Dahulu, ketika kenaikan sebanyak 10 sen, ramai
rakyat yang sokong. Apabila
kerajaan laungkan 'slogan' Bangsa Subsidi, yang saya
sifatkan sebagai
menghina anak bangsa sendiri, ramai juga rakyat yang
terlompat² kegembiraan
kerana bersetuju dengan apa yang telah kerajaan
perkatakan. Yang bising²
pun, setakat cakap² di belakang. Perlahan-lahan,
kita akhirnya dapat
menerima kenaikan itu.
Kemudian dinaikkan lagi. 20 sen pula. Sekali lagi,
perkara yang sama
seperti ketika kenaikan sebanyak 10 sen berlaku
lagi. Dan lagi, dan lagi,
dan lagi. Setiap kali ada kenaikan, keadaan tetap
sama. Dan sehinggalah
semalam (28 Feb 2006) harga minyak naik buat julung
kalinya sebanyak 30
sen. Dan saya jangkakan, rakyat tetap akan bising²
setakat 'gitu-gitu'
sahaja. Kemudian diam seperti tidak ada apa yang
berlaku.
>
Betullah cakap Mahathir. Melayu mudah lupa. Senang
saja caranya. Selepas
ini akhbar² perdana boleh muatkan isu² yang hangat
sedikit. Seperti cerita
kes rogol kanak², atau pelacur Uzbekistan dan
sebagainya. Secara serta
merta pandangan dan komen rakyat akan teralih kepada
isu baru ini. Maka
lupalah mereka tentang kenaikan 30 sen ini!!.
Memanglah Melayu mudah lupa.....!!!.
Banyak sangatkah kesan kenaikan 30 sen ini? Banyak.
Terlalu banyak. Kalau
kenaikan setakat 3 atau 5 sen, mungkin tidak begitu
terasa. Tetapi kenaikan
kali ini, para pemilik motorsikal juga akan
terjejas. Bukan setakat
terjejas malah terjejas dengan begitu teruk.
Bayangkan sebuah motorsikal
yang kapasiti tangki minyaknya sebesar 4 liter.
Ketika harga lama, isian
penuh bernilai lebih kurang RM6.40.
>
Dengan harga baru, si pemilik motorsikal terpaksa
mengisi membayar sebayak
RM7.60. Bayangkan. Kenaikan sebanyak RM1.20. Mungkin
ada yang berpendapat
tidak sebanyak mana tetapi cuba bayangkan satu
situasi seperti seorang
kenalan saya. Kenalan saya ini tinggal di Pasir
Gudang tetapi bekerja di
Pusat Bandaraya. Setiap hari dia terpaksa menunggang
motor (yang berusia
lebih 10 tahun) sejauh lebih kurang 80km pergi dan
balik.
>
Dengan anggapan setiap liter minyaknya boleh
bertahan untuk perjalanan
sejauh 20km, dia terpaksa mengisi minyak secara
penuh hampir setiap hari.
Bermakna perbelanjaannya meningkat sebanyak RM1.20
setiap hari. Ataupun
RM31.20 sebulan. Masih tidak banyak? Jika anda
beranggapan begitu, nyatalah
anda seorang yang penting diri dan lemah dalam
matematik. Sekaligus
melayakkan anda menjadi seorang Menteri Kabinet.....!!!.
Kenaikan minyak akan mendorong kenaikan harga²
barang yang lain. Mana
tidaknya, setiap barangan dihantar dengan
menggunakan lori. Apakah kerajaan
fikir para peniaga ini begitu bodoh dan bebal untuk
menanggung kerugian
akibat kenaikan harga minyak semata² untuk survival
rakyat terbanyak? Tidak
mungkin terjadi. Jadi, secara kasarnya, kenalan saya
tadi akan menanggung
tambahan kos lebih RM100 sebulan akibat kenaikan
harga minyak.
>
Dengan gajinya yang sudah 5 tahun tidak naik, dengan
syarikat yang
memberikan lebih kerja tetapi tidak dibernarkan
overtime claim,
bagaimanakah agaknya dia menghadapi hari esok?
Mengapa dia tinggal jauh
dari tempat kerja? Kerana kerajaan juga! Membuat
pembangunan yang tidak
terancang. Rumah murah hanya dibina nun di ceruk²
rantau. Yang terdiri di
kawasan bandar hanyalah yang harganya lebih RM120k.
Anda menjangka seorang lelaki yang bergaji RM1000
sebulan sepertinya hendak
membayar harga rumah sebegitu? Huh! Kerajaan...
Konon simpati tengok orang
Melayu duduk rumah setinggan. Maka dirobohnya rumah
yang kononnya
menjijikkan mata ini. Tetapi lihatlah bagaimana
siksanya orang Melayu,
pemilik negara ini yang asalnya bernama Tanah Melayu
tersiksa atas nama
pembangunan!!!.
>
Dan kenalan saya juga sudah jenuh mencari kerja di
sekitar Pasir Gudang
tetapi tetap gagal. Mengapa? Kerana dia seorang
Melayu. Dan layaknya
jawatan yang disandangnya sekarang (berkaitan dengan
perchasing) dipegang
oleh bangsa satu lagi di syarikat² lain. Jika dia
hendak berkerja juga,
jadi operator pengeluaran bolehlah. Hm... Agaknya
beginilah cara kerajaan
membalas jasa rakyat yang memilih mereka.
Saya benar² kecewa. Sedih, marah dan berbagai lagi
ada di dalam hati saya
sekarang ini. Kenaikan harga minyak sehingga RM3
seliter pun tidak akan
begitu mengganggu saya. Tetapi saya sedih melihat
teman² dan orang
sekeliling saya yang terpaksa bersusah payah
semata² untuk menampung
kekurangan hidup akibat sifat pentadbir negara yang
cuba bersikap lepas
tangan dari kegagalan pentadbiran mereka.
Teringat saya ketika mereka berkunjung ke kediaman
kami baru² ini. Petang
itu secara kebetulan lalu sebuah motorsikal menjual
aiskerim. Si anak yang
baru berusia 2 tahun terjerit² kepada ibunya "Bu!
Aiskerim bu. Ibu...
Aiskerim" Berulang kali anak kecil itu menyebut.
Namun di ibu dan bapanya
hanya mendiamkan diri. Harga aiskrim yang mencecah
RM2 semangkuk kecil
sudah cukup mahal buat mereka.
Simpati melihat keadaan itu, lalu isteri saya
menahan si penjual dan
membelikan untuk mereka aiskerim tersebut. Sebak
saya melihat kegembiraan
anaknya mendapat aiskerim. Kanak²... Apalah yang
mereka tahu tentang
kesusahan ibu bapa mereka. Hm... Seeloknya kerajaan
melihat situasi begini.
Biar mereka benar² arif kesusahan rakyat di bawah
pentadbiran mereka.
Alah... Entah² Bersamamu pun mereka tidak tonton.
Inilah akibatnya jika pemimpin jauh dari rakyat.
Seorang pemimpin sebaik
Saiyidina Umar ra sentiasa berkeliling kota mencari
orang yang susah.
Bukannya berjalan di atas karpet merah dan berucap
di atas pentas yang
mewah. Bukan setakat melaungkan 'Hidup Melayu'
tetapi dalam masa yang sama
terus 'membunuh' Melayu. Sebaliknya berusaha agar
kekayaan dinikmati oleh
segenap lapisan masyarakat. Bukan orang² yang rapat
sahaja.
Saya minta maaf jika tulisan ini menyinggung hati
mana² penyokong kerajaan.
Saya tidak membenci kerajaan tetapi saya sedih
melihatkan kelemahan mereka
yang memegang tampuk pentadbiran negara ini. Jika
tidak mampu menangani
masalah ekonomi negara, lebih baik turun takhta.
Jangan terus² bebankan
rakyat dengan keputusan² yang merugikan seperti
ini. Dan akhir kata, saya
hanya mempraktikkan kebebasan bersuara. Jika benar
ia dipraktikkan di
Malaysia....!!!
Sekian buat kali ini. Segala yang baik datang dari
Allah dan yang tidak baik
adalah akibat kejahilan saya sendiri.
Wabillahitaufiq walhidayah.
Wassalamualaikum warahmatullah…
0 comments:
Post a Comment