Showing posts with label Laptop. Show all posts
Showing posts with label Laptop. Show all posts

Bergaya Dengan Dell Latitude XT2

>> Friday, March 27, 2009



Lama rasanya saya tidak membuat 'review' mengenai laptop. Kali ini saya mahu memperkenalkan laptop dari Dell, iaitu Dell Latitude XT2. PC Tablet terbaru dari Dell ini menawarkan ciri multi sentuh dengan kecekapan dan keselamatan yang ditingkatkan serta pengurusan yang mudah berabanding dengan pengeluaran yang sebelumnya. Ia mempunyai faktor yang ringan dan nipis serta rekaan antena wayerless untuk kestabilan sambungan dan mudah dibawa kemana-mana.




Baterinya pula mampu bertahan sehingga lebih 11 jam. Mereka yang biasa dengan produk ini boleh scrol, besarkan, kecilkan, pusing atau zum dengan hanya menggerakkan jari pada skrin. Selain intu juga paparan ia juga jelas dengan 2730p. Ia juga menawarkan papan kekunci saiz penuh, sokongan pemacu SATA, RAM DDR3 sehingga 5GB, pad sentuh, stik tunjuk, pen bebas bateri untuk ketetapan yang tinggi bagi membenarkan penggunaan tanpa ganguan.

Spesifikasi
PRODUK: Dell Latitute XT2
HARGA: RM7,500
PEMPROSESAN: Intel Core 2 Duo SU9300 (1.2GHz)
SISTEM OPERASI:Windows XP Pro
MEMORI: 1GB - 5GB DDR3
CAKERA KERAS: 80GB SATA
PAPARAN:
BERAT:
PENGEDAR TUNGGAL:

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Share/Save/Bookmark

Read more...

NetBook Pertama Toshiba

>> Wednesday, December 17, 2008





TOSHIBA masih belum terlambat untuk memasuki pasaran netbook apabila menghasilkan model NB100 bersaiz 8.9 inci yang dilengkapi pemprosesan Intel Atom terkini ditambah pula sistem operasi Windows XP Home.

Model terbabit disasarkan kepada pengguna mahukan notebook kedua untuk kemudahan mobiliti manakala tiga port USB turut berfungsi sebagai port 'tidur dan cas' yang boleh digunakan bagi mengecas perkakasan lain walaupun ia ditutup.


Spesifikasi
PRODUK: Toshiba NB100
HARGA: RM1,699
PEMPROSESAN: Intel Atom N270 (1.6GHz)
SISTEM OPERASI:Windows XP Home
MEMORI: 1024MB DDR2 SDRAM
CAKERA KERAS: 120GB SATA
PAPARAN: 8.9 inci WSVGA TFT
BERAT: 1.05kg
PENGEDAR TUNGGAL: Tele Dynamics Sdn Bhd.

Read more...

Dell Studio 15 dan Dell Studio Hybrid

>> Monday, November 17, 2008




PENERAJU perkakasan dunia digital, Dell Incorporated memperkenalkan rangkaian produk terbaru menerusi komputer riba Dell Studio 15 dan komputer meja Dell Studio Hybrid.

Dell Studio 15 menampilkan tujuh elemen warna terang, diperincikan dengan kamera web, butang kawalan media, pilihan pemapar LED serta pengalaman digital seperti Dell Dock dan Dell Video Chat.


Dell Studio Hybrid pula diperkenalkan menerusi tujuh warna unggul yang memenuhi citarasa remaja kini.

Komputer meja mudah alih ini 80 peratus lebih kecil manakala penggunaan tenaganya kurang 70 peratus berbanding komputer meja biasa.

Aspek cetakan dan pakej turut dikurangkan, hampir 95 peratus dikitar semula untuk menggalakkan pengguna menjaga dan menghargai alam sekitar.

Spesifikasi
PRODUK: Dell Studio 15 (Notebook)
HARGA: Antara RM3,299 hingga RM4,299
PEMPROSES: Intel Core 2 Duo P8400 (2.20GHz, 1066MHz FSB, 3MB Cache)
SET CIP: Intel Cantiga GM45
SISTEM OPERASI: Genuine Windows Vista Ultimate
MEMORI: 2 saluran DDR2 SDRAM 800MHz sehingga 4GB
GRAFIK: Intel Integrated Graphics Media Accelerator X3100 / 4500MHD
SKRIN: LCD 15.4 inci (1920 x 1200)
KAMERA WEB: 2.0MP
PEMACU CAKERA KERAS: Sehingga 500GB4 dengan SATA (5400 RPM)
PEMACU CAKERA OPTIKAL: CD/DVD Writer (DVD+/-RW), Blu-ray, CD/DVD Combo Drive
PENYAMBUNGAN: Bluetooth, Wi-Fi, USB 2.0
BATERI: Li-Ion 6 sel / 9 sel
DIMENSI: 355.6 x 261.5 x 25.3 mm
BERAT: 2.77kg

Spesifikasi
PRODUK: Dell Studio Hybrid (Desktop)
HARGA: RM1,999
PEMPROSES: Intel Core 2 Duo T8100 (2.1GHz, 800MHz FSB, 3MB Cache)
SET CIP: Intel(R) 965PM/GM Express
SISTEM OPERASI: Genuine Windows Vista Ultimate
MEMORI: 2 saluran DDR2 SDRAM 667MHz sehingga 4GB
GRAFIK: Intel Integrated Graphics Media Accelerator X3100
SKRIN: Tiada. (Sistem menggunakan DVI dan HDMI port. Tidak menyokong VGA)
KAMERA WEB: 2.0MP
PEMACU CAKERA KERAS: Sehingga 320GB4 dengan SATA (5400 RPM)
PEMACU CAKERA OPTIKAL: DVD+/-RW, Blu-ray
PENYAMBUNGAN: Bluetooth, USB 2.0, LAN
DIMENSI: 8.8 x 8.3 x 3.0 inci

Read more...

Notebook Untuk Maxis Broadband

>> Sunday, November 9, 2008





BUAT pertama kalinya di pasaran tempatan, Maxis Comunications Berhad (Maxis) memperkenalkan komputer peribadi (PC) notebook Dell Inspiron Mini 9 yang didatangkan dengan keupayaan jalur lebar.

Ketua Bahagian Strategi dan Perniagaan Baru Maxis, Dr Nikolai Dobberstein, berkata inovasi terbaru itu akan memberi kepuasan dari sebuah notebook mini yang lebih ringan dibawa ke mana saja dengan capaian mudah ke Internet.


Hanya seberat 1.035 kilogram, Dell Inspiron Mini 9 dengan reka bentuk nipis, anggun dan tahan lasak adalah peranti capaian Internet yang menyediakan penyambungan berterusan.

Ia didatangkan dengan sistem storan pemacu solid state (SSD), skrin LED berkilat 8.9 inci (1024 x 600), papan kekunci kalis air, kamera web terbina dalam dan standard Bluetooth untuk kemudahan penyambungan antara perkakasan yang sama standard.

Sementara itu, keupayaan jalur lebar tanpa wayarnya diperkasa oleh modem Ericsson HSPA.

Menurutnya, Maxis menawarkan skim bayaran mudah tanpa faedah RM99 selama 24 bulan. Pakej itu didatangkan dengan langganan jalur lebar Maxis Broadband selama enam bulan.

Dell Inspiron Mini 9 boleh diperoleh di mana-mana Maxis Centres dan penjual semula terpilih Maxis di seluruh negara.

klik sini untuk tempahan

Read more...
Resources Blogs
Top  blogs

  © Blogger template Socolatajuz by Rahman Bashri 2011

Back to TOP