Apa Itu Affiliate

>> Sunday, November 14, 2010


Ini adalah penulisan Bahasa Melaysia yang pertama saya dalam blog ini. Sebenarnya saya nak jadikan blog ini sebagai panduan bagaimana nak membuat blog, tetapi oleh kerana terlalu banyak blog panduan membuat blog menngunakan Blogger di internet jadi saya pun tinggalkan blog ini dengan sekian agak lama. Boleh dikatakan lebih kurang 1 tahun 2 bulan 7 hari saya tidak mengemaskini blog ini, jadi faham-faham sahajalah ranking blog saya ini memang jatuh mencanak gila-gila. Ok untuk posting yang pertama ini saya mahu ceritakan serba sedikit mengenai program Affiliate. Apa itu affiliate?

Affiliate dari segi bahasa yang mudah adalah satu bentuk perniagaan yang melibatkan oleh 3 pihak iaitu Anda sebagai affiliate,penjual dan pembeli. Anda hanya perlu mempromosikan produk penjual itu tadi dengan membawa pembeli kepada laman website penjual dan sekiranya pembeli berminat dengan produk itu dan berlakunya transaksi jual beli, anda akan mendapat komisen daripada penjualan produk tersebut.

Kenapa affiliate? sebab melalui program affiliate anda tidak perlu susahkan diri untuk memikirkan cara mengahasilkan produk seperti menulis ebook,menjual produk dan sebagainya. Ini kerana semua perkara itu telah dihasilkan oleh pemilik produk affiliate tersebut. Anda hanya perlu mejual produk affiliate tersebut kepada orang ramai denga mempromosikan link affiliate yang telah disediakan oleh pemilik produk affiliate tersebut. Sekiranya ada pembeli yang membeli produk  affiliate tersebut melalui link affiliate anda maka dengan mudah anda mendapat komisen daripada penjualan tersebut. Bnayak anda jual banayk yang anda dapat. Memang boleh kaya.

Sebagai contoh satu produk affiliate bernilai RM70.00 anda akan diberi komisen 50% daripada penjualan satu produk tersebut ini bermakana anda mendapat RM35.00 dan sekiranya 3 orang pembeli membeli produk tersebut melalui link affiliate anda dan anda akan mendapat komisen sebanyak RM105.00 daripada 3 penjualan.

Program affilate ini sangat sesuai kepada mereka yang berminat dalam perniagaan di internet, tapi tidak tahu bagaimana nak menghasilkan produk yang bermutu, tidak tahu bagaimana menghantar barang yang ditempah, tidak tahu  bagaimana pembeli nak buat pembayaran melalui apa dan sebagainya. Program affilate ini senag sahaja jual produk orang lain anda dapat keuntungan daripada penjualan tersebut.

Ok. Sampai disini dulu saya cerita mengenai apa itu affiliate nanti artikel yang mendatang saya akan ceritakan bagaimana untuk mendapatkan link affilate, bagaimana mengetahui affilate yang terbaik dan bagaimana cara anda boleh mempromosikan link affiliate anda.

2 comments:

Anonymous,  November 14, 2010 at 8:56 AM  

terima kasih bro..walaupun simple tapi padat..baru senang orang nak faham...

Tina Rina Gonzales,  November 15, 2010 at 10:15 AM  

salam..good info bro..boleh tak cite skit program affiliate yg terbaik...

Post a Comment

Resources Blogs
Top  blogs

  © Blogger template Socolatajuz by Rahman Bashri 2011

Back to TOP