Mereka Menembak Rakyat Vol 2
>> Monday, April 6, 2009
Sambungan dari Vol 1
Mereka tak peduli mereka menembak gila
Mereka tembak rakyat dari istana hingga ke masjid
Mencemar kesucian kemuliaan agama mereka tak peduli
menggila mereka menembak rakyat yang berkumpul di mana saja
kalau rakyat mahu mendengar berita-berita benar
Hari pemerintah menjadi musuh kebenaran
Akhbar-akhbar benar digantung
Dilarang terbit menyebarkan kebenaran
Inilah musim kekacauan musim huru-hara
Segala yang benar akan dihalang disembur ditembak
Bukan polis yang menembak tetapi pemerintah yang jahat
Menembak rakyat yang sedar daulat bangsa daulat jiwa merdeka
Mereka menembak rakyat kalau mencari berita benar, kerana
yang masih berkuasa di sana sudah hilang kebenarannya
Di musim kekacauan di musim huru-hara ini
Di musim penguasa sedang membilang hari-hari akhirnya
Rakyat harus waspada siap siaga pelbagai kemungkinan
boleh saja terjadi, di mana-mana saja terdengar suara-suara benar
di situ rakyat ditembak. Gas pemedih mata penyesak nafas
Akhbar suara benar digantung ceramah dihalang diharam
Ini tanda-tanda kegusaran kekalutan ketakutan
Menghantui penguasa-penguasa jahat lagi gila
Meraka sedang menghitung hari-hari terakahir mereka
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email
Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.
Have you found this post useful? If so please share it:
0 comments:
Post a Comment