Mereka Menembak Rakyat Vol 1
>> Saturday, April 4, 2009
Mereka menembak
Hari itu mereka menembak rakyat
Mereka menembak rakyat yang berpakat 100 ribu
Memohon daulat, daulat bahasa, daulat jiwa merdeka
Rakyat berpakat menghadap Agong menyelamat maruah bangsa
Rakyat ditembak di atas jalan ke istana
Orang tua orang perempuan anak kecil tak diperkira
Gas pemedih mata menyesak nafas bertubi-tubi ditembak
air asid disembur
Hari ini buka demo biasa
Yang turun ke jalan raya tokoh besar buday cendekiawan
A Samad Said, Hassan Ahmad, Khazanah tamadun bangsa
dan ramai profesor, ahli sastera, mereka di baris muka
meminpin rakyat menyatakan benar, mengenai
bahasa, pendidikan, ilmu, jiwamerdeka, jiwahamba,
usia lanjut 70-an mereka menjulang hanya satu
marwah harga diri sesuatu ummah
Mereka ditembak
Hari itu manusia bijaksana khazanah ummah ditembak
Memalukan kita, negara seperti tak kenal adab dan budi
Orang jahat penjenayah perasuah penipu dibiarkan bebas
Orang bijaksana cerdik pandai dihina ditangkap ditembak
Pedih mata pedih muka sesak nafas menghirup gas
Bukan polis yang jahat tapi pemerintah yang jahat
Kepala parti yang gila mahu bolot kuasa bukan
untuk rakyat mereka merompak hak dan harta negara untuk diri
sekaligus tali barut zionis penjajah mencengkam dunia
melalui senjata bahasa Inggeris konon bahasa dunia, bahasa ilmu
Tanyalah orang-orang berilmu bahasa Melayu lama sudah menjadi
bahasa ilmu Lama sudah lingua franca di rantau Asia Timur
Oleh : Dinsman
Sumber : Hujjah( Sebenarnya Harakah )
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email
Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.
Have you found this post useful? If so please share it:
0 comments:
Post a Comment