5 Jentera Terpantas Dunia

>> Saturday, January 3, 2009

Kecanggihan teknologi automotif yang semakin berkembang pesat menyebabkan beberapa pengeluar kenderaan mampu menghasilkan kenderaan terpantas di darat.Bagaimanapun, hanya lima kenderaan yang diiktiraf jentera terpantas di dunia, antaranya SSC Ultimate Aero, Bugatti Veyron, Koenigsegg CCX, Saleen S7 Twin-Turbo dan Mclaren.



Model Pertama terpantas SSC Ultimate Aero TT adalah kenderaan bertaraf supercar yang dikeluarkan Shelby Super Cars, Amerika Syarikat.Jentera yang memiliki enjin pada bahagian tengah itu boleh diiktiraf sebagai terpantas di dunia apabila mencatatkan kelajuan sehingga 413 kilometer sejam (km/h).Rekod berkenaan dicatatkan ketika sesi pandu uji pada 13 September tahun lalu di West Richland dan diiktiraf Guinness World of Records pada 9 Oktober tahun sama.Kos menghasilkan SSC Aero dianggarkan bernilai lebih $AS620,000.


Model kedua adalah Bugatti Veyron yang dikeluarkan pada 2005.Veyron yang dikeluarkan anak syarikat Volkswagen Group, Bugatti Automobiles SAS mencatatkan kelajuan terpantasnya sekitar 408 km/j.Veyron juga dianggap kenderaan paling mahal di dunia dengan harga sekitar Euro 1.1 juta.Dijana enjin W16, Veyron menyimpan 987 kuasa kuda (hp) dan nama jentera berkenaan diberi selepas pelumba Perancis, Pierre Veyron berjaya memenangi perlumbaan 24 jam Le Mans pada 1939 menggunakan jentera Bugatti.Koenigsegg CCX adalah kenderaan jenis Roadster daripada Sweden.CCX adalah model terbaru menepati piawaian ketat teknologi automotif Amerika dan dicipta untuk bagi menggantikan model Koenigsegg CCR.



Model ketiga terpantas itu mula dipertontonkan kepada umum pada 28 Februari 2006 di Pameran Automotif Geneva.Menariknya, CCX boleh didapati dalam versi teknologi bio yang dikenali CCXR, apabila kuasanya 15 peratus lebih tinggi daripada CCX.



Model Keempat terpantas keluaran Amerika dikenali sebagai Saleen S7 Twin-Turbo yang dicipta hasil gabungan teknologi daripada Saleen, Hidden Creek Industries, Phil Frank Design dan Ray Mallock Ltd.Model berkenaan mula diperkenalkan kepada umum pada 19 Ogos 2000 menggunakan enjin lapan silinder (V8) yang menghamburkan 550 hp.Pada 2005, S7 diganti model S7 Twin Turbo berkuasa 750 hp, membolehkan ia memecut sehingga 402 km/h.



Model kelima terpantas di dunia menjadi milik McLaren F1 yang terkenal dengan ‘kelincahannya’ di jalan raya.McLaren F1 adalah satu-satunya kenderaan yang memenangi rekod jentera jalan raya terpantas selama 11 tahun bermula 1994 sehingga tahun 2005.Jentera yang dikenali seluruh dunia itu dibangunkan British McLaren Group, McLaren Automotive yang juga mempunyai pasukannya sendiri dalam Formula Satu (F1).McLaren mencatatkan kelajuan terpantas setinggi 371 km/h pada tahun 1994 dan mengungguli takhta jentera teratas selama 10 tahun sebelum dipecahkan Koenigsegg CCR pada tahun 1995.

0 comments:

Post a Comment

Resources Blogs
Top  blogs

  © Blogger template Socolatajuz by Rahman Bashri 2011

Back to TOP