Jerman Akan Hantar Robot Ke Bulan 2015

>> Tuesday, August 11, 2009

Jerman mungkin menghantar sepasukan robot ke bulan menjelang 2015 dengan pembiayaan yang menucukupi dan keinginan politik yang kuat.Koordinator Angkasa Negara, Peter Hintze berkata, program itu akan menelan belanja sebanyak 1.5 bilion euro (RM7.5 bilion) dan mengambil masa lima tahun.Menurutnya, misi itu amat berbaloi kerana selepas 40 tahun Neil Armstrong dan Edwin ‘Buzz’ Aldrin menjejakkan kaki ke permukaan bulan, ia kekal sebagai ‘platform penyelidikan untuk penjelajahan angkasa yang amat baik’ dan menjadi ‘arkib sistem solar’.Hintze turut mencadangkan bahawa bulan boleh menjadi ‘pusat angkasa dunia’ untuk misi angkasa pada masa depan.Pengerusi Pusat Angkasa Jerman, Johann-Dietrich Woerner berkata, secara teknikal, projek itu boleh dilaksanakan dalam rangka masa yang dicadangkan Hintze.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjnEQYZT9C81FrvbuZFwi9xJX55Q1cHEqmDTrqMm8HpQur_LnDrBEOh3Hg71B3yH-pX1CP1IwZrUz9WGfeNyq_7szYwZYzOsG_aCps6QwSuDpFTuTKAaL1CnXJY6wvdYtlAhSZ694e9SpdJ/s400/GermanMoon.jpg[MoonMars.jpg]


Have you found this post useful? If so please share it:
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Read more...

Blogger Tertua Di Dunia Telah Meninggal Dunia

>> Friday, May 29, 2009

Maria Amelia Lopez adalah Blogger tertua di dunia yang berumur 97 tahun berasal dari Sepanyol telah meninggal dunia. Dia telah diperkenalkan oleh cucunya pada dunia blogger 2 tahun lalu. Kebanyakkan entri Maria Amelia Lopez adalah berkenaan dengan pelbagai aspek seperti kehidupannya, politik era Franco dan selalu menyentuh akan kesehatannya yang tidak menentu. Nenek tua ini menulis dari rumahnya ditepi laut di bandar Muxia disitu jugalah tempat dia dilahirkan pada 23 Disember 1911 di rumah petani milik cucunya. Maria mula menulis blog pada 23 Disember 2006 " cucu saya telah memberikan sebuah hadiah kepada saya, blog ini ketika saya berumur 95 tahun...dan hidup saya berubah... sekarang, saya dapat berkomunikasi dan berinteraksi dengan dunia luar".

http://technology.timesonline.co.uk/multimedia/archive/00561/maria_561555a.jpg

Blognya di alamat amis95.blogspot.com, mendapat hit lebih 1.5 juta pengunjung. Oleh kerana kepopularitinya itu beliau pernah minum teh bersama dengan Perdana Menteri Sepanyol Jose Luis Rodriguez Zapatero. Pada entri terakhir pada Febuari tahun ini beliau mengatakan " ketika saya berinternet saya lupa akan penyakit saya. Kebingungan adalah perkara yang baik untuk anda - anda mampu berkomunikasi dengan orang lain. meningkatkan daya ingatn dan memberikan kekuatan yang hebat.

Maria menjadi blogger tertua di dunia setelah meninggalnya Oliver Riley berasal dari Australia yang meninggal pada usia 108 tahun di bulan Jun 2008. Pemegang title yang tidak rasmi ini juga masih belum diketahui, karana aktor Kirk Douglas yang berusia 92 tahun yang biasanya menulis blog pada halaman MySpace masih lagi aktif menulis blog hingga sekarang.


If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email
Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.
Have you found this post useful? If so please share it:

Read more...
Resources Blogs
Top  blogs

  © Blogger template Socolatajuz by Rahman Bashri 2011

Back to TOP