Taman Tema Air Panas Pedas Rembau Negeri Sembilan

>> Monday, March 2, 2009



Penahkah anda mendengar Taman Tema Air Panas Pedas, kalau anda nak tahu, taman tema ini semakin popular dikalangan pelancong tempatan dan luar negara. Boleh dikatakan taman tema ini selalu dikunjungi aku kerana rumah mertua kakak aku satu kilometer saje dari sini, jadi kalau kebetulan lalu disini untuk mengambil kakak aku, taman ini wajib aku singgah. Walaupun ia tidak sebesar taman tema yang lain seperti Desa Water Park, tetapi taman tema ini mempunyai keunikannya tersendiri.

Apa yang uniknya disini?
Taman tema ini menggunakan sumber air panas semula jadi yang dikatakan ditemui penduduk di situ pada abad ke-19. Air panas ini dikatakan menyembuhkan pelbagai penyakit kulit serta lenguh sendi dan melegakan otot badan serta saraf yang tegang. Jadi tidak hairanlah taman teman ini didatangi pelancong dari Thailand, Jepun, dan Singapura untuk mengubati pelbagai penyakit.



Taman tema ini adalah yang pertama di Malaysia yang menggunakan sumber air panas semula jadi. Uniknya air ini tidak mempunyai sulfur.

Sebelum taman tema ini dibuka pada orang ramai pada tahun 1999 ia dikenali sebagai Wet World Resort Pedas Hot Spring. Selalunya aku pergi pada hujung minggu, jadi aku anggarkan lebih 4000 hingga 6000 pengunjung, memang padat gila, nak je aku bagi cadangan agar diperbesarkan lagi taman tema ini.



Banyak kemudahan yang disediakan di sini seperti restoran, gimnasium, surau, bilik persalinan, gelanggang tenis, kedai cenderamata dan banyak lagi, dan yang paling penting anda boleh cuci mata, kerana pelancong asing yang datang dengan tanpa rasa malunya akan memakai bikini dan terbaring di tepi kolam..hehehe...tapi aku takde lah cuci mata, cuma nak bagi tahu saje.

Bukan itu saja, di sini juga mempunyai ombak buatan manusia setinggi satu meter lebih. Jadi anda yang sudah bosan ke laut boleh datang di sini.

INFO TO YOU

Taman tema itu dibuka setiap hari bermula dari jam 1 petang hingga 7 malam manakala pada hujung minggu, cuti umum atau cuti sekolah, ia dibuka dari jam 10 pagi hingga 7 petang.

Pengunjung dikenakan bayaran masuk RM10 bagi dewasa manakala kanak-kanak RM8 dan mereka yang menjadi ahli kelab bakal beroleh manfaat dengan harga potongan 10 peratus.

Terletak di Kilometer 20, Jalan Seremban - Tampin dan pengunjung yang melalui Lebuh Raya Utara-Selatan boleh turun ke Plaza Tol Senawang dan terus menuju Jalan Seremban - Tampin.

Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Share/Save/Bookmark

Read more...

Produk Teknologi Yang Paling Popular Ketika Ini

>> Sunday, March 1, 2009



Terma high-tech merujuk kepada sesebuah produk yang menggunakan sistem teknologi tertinggi, teknologi paling canggih yang boleh ditemui pada ketika ini. Tiada spesifikasi tertentu mengenai teknolgi yang boleh dipanggil high-tech, definisi ini berubah mengikut peredaran zaman. Cuba anda bayangkan ketika mula-mula sekali produk teknologi pada zaman anda lahir , pada ketika itu produk tersebut diketogorikan sebagai low-tech atau kuno pada masa ini. '



Ini aku ada senarai produk yang paling popular pada masa ini, produk-produk ini juga telah mengubah kehidupan kita. aku anda semua mungkin sudah tahu apa iakan.

1) Kamera
2) Televisyen
3) Komputer Riba
4) Telefon Bimbit
5) Mp3

Siapkah disebalik semua produk tersebut?siapakah yang memperkenalkan dan mencipta produk ini?. Mereka sudah tentu orang yang bijak pandai. Dibawah ada senarai pencipta produk-produk ini.

1) Kamera

Sistem yang digunakan dalam kamera pada masa kini pada mulanya dicipta oleh seorang saintis Iraq yang bernama Ibn al-Haytham atau Alhazen. Ini terbukti dari buku penulisannya pada tahun [1015-1021].

2) Televisyen

Dicipta pada tahun 1884 oleh Paul Gottlieb Nipkow, seorang pelajar universiti di Jerman ketika berumur 20 Tahun.

3) Komputer Riba

Setelah komputer peribadi menjadi tarikan pada awal tahun 1970-an, idea untuk mencipta komputer mudah-alih telah diilhamkan oleh Alan Kay pada tahun 1968 dan memperkenalkan kepada umum dengan nama 'Dynabook'.

4) Telefon Bimbit

Martin Cooper, seorang penyelidik dan eksekutif Motorola merupakan pencita telefon bimbit dan pertama kali menggunakannya pada 3 April 1973.

5) Pamain MP3

Kane Kramer telah merekacipta salah satu pemain audio digital yang pertama di dunia pada tahun 1979, pada masa itu gadjet ini dipanggil 'IXI'.



Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Share/Save/Bookmark

Read more...
Resources Blogs
Top  blogs

  © Blogger template Socolatajuz by Rahman Bashri 2011

Back to TOP