Bagaimana Membuat Link Exchange Button

>> Thursday, February 5, 2009

Bagaimana nak buat link exchange button seperti di blog aku, caranya mudah saja. Tapi sebelum tu elok rasanya aku bagi macam mana nak buat button seperti di blog aku denagn mudah. Jangan risau di dunia internet ramai orang yang baik menyediakan perkhidmatan ini secara percuma saja(ape yg aku merapu ni). Anda boleh buat di laman saudara Adam Kalsey . Siap. Ok selepas itu simpan(right click) button itu dan kemudian upload di laman image hosting anda photobucket atau selain dari itu. Ok siap

Ok sekarang copy paste code dibawah dan kemudian tukar yang berkenaan dengan anda punya sendiri.Biru url anda, oren link untuk button tadi.



Ini contoh aku punya kalau sudi copy dan letakla di blog anda. Itupun kalu sudi la...hehehe...






Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Read more...

Pulau Tioman

>> Tuesday, February 3, 2009


Pulau Tioman merupakan destinasi percutian yang paling mempesona di Laut China Selatan, terletak kira-kira 56km dari pantai negeri Pahang. Tersohor sebagai salah sebuah destinasi percutian pulau yang terhebat di dunia, Pulau Tioman pernah menjadi lokasi penggambaran filem muzikal Hollywood, 'South Pacific' pada tahun 1959.

Menurut cerita legenda, pulau ini merupakan tempat tinggal puteri naga dongengan. Perairan yang suam dan jarak penglihatan yang tinggi di bawah laut menjadikan Pulau Tioman destinasi popular di kalangan penyelam.

Saksikan pemandangan yang mengagumkan termasuk karang lembut Gorgonian, karang Staghorn, 'nudibranch' dan pelbagai bentuk hidupan laut yang indah. Penyelam berpeluang berenang di sisi ikan Napoleon Wrasse yang besar, ikan Golden Striped Trevally, Bumphead Parrotfish dan kumpulan ikan Fusiliers.

Terdapat beberapa buah perkampungan di sepanjang pantai di sekeliling pulau ini, antaranya Kampung Salang, Tekek, Genting, Paya dan Juara.

Setiap kampung menawarkan suasana yang berbeza dan unik. Kawasan pedalaman Pulau Tioman yang berhutan juga menjadi tempat tinggal pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan kecil termasuk rama-rama, mengkarung, rusa dan monyet.

Tumbuhan dan haiwan liar yang terdapat di Pulau Tioman juga pernah dipaparkan di dalam dokumentari National Geographic. Formasi batu granit yang membentuk pulau ini menjadikannya lokasi yang hebat untuk aktiviti memanjat batu.

Bagi mereka yang lebih berani, boleh mencuba memanjat tebing Gunung Nenek Semukut (juga bergelar Dragon's Horns). Berjaya Tioman Beach, Golf & Spa Resort menawarkan tempat penginapan yang mewah, berlatarbelakangkan pemandangan bukit-bukau yang beralun.



If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Have you found this post useful? If so please share it:

Read more...
Resources Blogs
Top  blogs

  © Blogger template Socolatajuz by Rahman Bashri 2011

Back to TOP